Hidup ini satu penggembaraan yang mengujakan, cuma tambahkan senyuman dan keikhlasan.
Wednesday, December 21, 2005
MASA ITU EMAS
Sunday, November 27, 2005
CURI MOTOR
Wednesday, November 09, 2005
RaYEeee
Tahun ini aku sekeluarga menyambutnya secara sederhana. Yg uniknya, kali ini aku tak berhari raya di Lenggeng, Negeri Sembilan. Okla tu, Tetiap tahun first Hari Raya mesti kat sana. Tapi kali ini kami beraya di tempat dimana aku dibesarkan, iaitu di Raub. Mana lagi.. Raya tahun ini cukup sekadar menampakkan kesediaan menyambut hari kemenangan kepada mereka mereka yg tabah dan sabar mengharungi puasa itu. Baju raya aku beli selai je tahun ni dan sepasang kasut yg aku nak gasak habis habisan. Nak blanje sakan tahun ni tak berapa nak bolehla memandangkan kemampuan aku tak berapa nak mampu nak tampung nafsu keduniaan aku ni. Tapi yg paling aku sesal adalah kerana aku tak pergi sembahyang Raya. Tak sempat nak takbir 7 kali itu. Baru je nak kuar bilik adik aku dah sound -org dah start sembahyang. Dengar je camtu aku dengan slamberkodok pi meja makan trus makan nasi himpit yg sudah tersedia. Burrrrrr. Time tu jugak aku dan realize aku dah ble makan anytime n anywhere…
Hari pertama di hari raya ni cambiaso lah, kene la melawat sanak dan saudara aku di Dong, Raub. Nak jumpa hari biasa mmg susahla. Elok beno le Hari Raya ni kene gayanya terjalin kembali kemesraan sedarah itu. Pentingnya Raya ke rumah sedare-mare ni, sebab kekadang sepupu kita yg sedang grow tu bleh berubah. Tahun ni tinggi meja, tahun depannya dah ble tengok cermin kt dinding. Dulu pakai spek tebal lapan inci, Raya ni dah pakai spek ala-ala alternative singer dengan rambut terpacaknya. Yg lelain tu biasala, update kan dengan urusan harian masing masing. Tak kurang juga session up diri sendiri dan session mengumpat. Aku dengo jele. Typical malay culture right?
Hari raya kedua aku dah start melilau. Cari member sana sini. SMS Raya takyah ceritala.. Aku rasa nak dekat 30 SMS aje greeting Hari Raya.. Kebanyakkan pakai pantun dosen tu…benci lak aku baca. Tp ade masenya boleh ketawa gak baca pantun lapan kerat tu. Kebanyakkannya aku dah delete. Sebabnya mudah, kerana hp + sim card aku pakai jenis negara ketiga pun tak sangup nak pakai.. Mana boleh simpan banyak-banyak. Paling banyak pun 8 SMS je. Sedihkan bunyinya? Aku rase tahun ni paling banyak aku terima..Dan sementara itu, kad raya aku hanya dapat satu je. Sedis gak. Raya tetiap tahun aku dapat paling bangsat pun 8 keping. Its ok. At least ade gak org ingatkan aku.
Masa nak mula beraya ni, aku memang paling utama aku cari dulu la kan klik yg rapat ngan aku. Tanpa mereka apalah ertinya Hari Raya., dan begitu jualah sebaliknya. Tapi kali ni gathering mmg lain dari yg lain. UNIK skit..Semacam Reunion budak-budak SPM’97, di mana menyatukan beberapa klik masa aku blajo dulu. Kalu dulu si A anti kat si B, skang ni leh pulak A sama B makan sama-sama sambil gelak tawa bercampur gaul. Harmony? Ya, I can tell that, plus Havoc, man! Mereka telah saling tukar nombor telefon dimana nombor mereka tu bertukar setiap tahun. Tukar nombor telefon je, nak call? Hmmmpp haramm. Lagi la kalau yg saling tukar tu jantan sama jantan. Kalu Kuntum tukar nombor sama Kumbang memang malam tu jugak dah start networking…..
Kawan kawan aku kebanyakkannya aku nampak dah start their future career. Kebanyakkannya kerja seme dah nak stabil. Ada juga yang baru masuk keje tempat baru cam aku. Ade gak yg berenti keje dekat2 nak Raya. Katanya kerja ngan Taukeh India. Duit mileage kasi RM100 je sebulan. Kawan tu pakai Putra 1.8 maa... Mana cukup.
Ada diantara kawan-kawan aku ni bercouple. Ade juga segelintir yg dah prepare nak berumah tangga. Ada juga antara kami ada yg saling meminati. Normal right? Ada yg dah bertunang. Ada yg hendak bertunang. Ada juga yg baru je plan nak hanto merisik. Dan tak kurang juga ade yg baru nak masuk jarum.. Ha, salah satu soalan FAQ mase ni – Bila Lagi? Soalan ni feveret kene kt aku. Siut tul.
Kawan-kawan aku yg mana rezeki murah tu ble la kita tengok dengan membawa kereta baru dan 2nd hand itu memunggah kawan-kawan yg kurang rezeki ni. Nasib baik ade diorang, kalu tak susah gak nak gerak sana dan ke mari. Handset diorang ni pulak tade lagi yg skrin hitam kuning. Seme dah color 1 million dan ade kamera paling kurang 1.3 megapixel. Dari segi fizikal pula, intipati keremajaan semakin pudar dan wajah-wajah kedewasaan mengambil alih dan tanda-tanda kegersangan pula timbul. Ada yg makin kurus, ada yg maintain dan ade juga yg berisi dah sikit. Mengandung dua minggu. Tehehe…
Secara keseluruhannya, Hari Raya tahun ni memang happening tanpa Acu. Acu ni ala ala badut la juga. Penghibur..Penglipur lara…Sahabat rapat aku ni. Raya pertama dah balik ke Kuantan. Katanya kene kerja. Taktahula pulak kerja apa.
Apa pun semua destinasi beraya aku dan kawan kawan sampai dengan jayanya dan tiada satu pun kemalangan jiwa dilaporkan. (Ini bermakna budak budak ni berintelek aja dong..seme ada lesen asli, bukan beli.)Terima kasih kepada mereka yg sudi terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga buat cik Azuan kerana sudi menumpangkan aku. Tahun depan kita jumpa lagi.
Monday, October 31, 2005
RAYA!! MERDEKAAA!!
Merdeka!
Merdeka! Merdeka!
(temporary on masters marathon... 3 laps to go..)
Raya RAYA raya!
Raya RAYA raya!
Raya RAYA raya!
( 3 days to go..)
Semoga bermaafan kita di hari yg mulia Edulfitri...
Monday, October 24, 2005
DUA dlm SATU
Tuesday, October 04, 2005
Futball thang
These dynamic duos are very influential in every Selangor’s attacking movement. And I admitted that this two Indon has a same quality compared to other foreigner players. The Final FA cup and Malaysian Cup prove that...obviously. In FA Cup, all goal are contributed by Ellie Aiboy, Brian Fuentes and Bambang. And Bambang once against show his talent to dig-down Perlis with the magnificent hat-trick goal. But the main question, where is the Local Striker? Aren’t the good enough to close the gap? What a pity football scenario in Malaysia. We can see a beautiful football, we can see a spectacular goal (in EPL - lah), but not from the local players...
Think it...
Eat ball, Sleep ball, kick da BoLL....
Friday, September 16, 2005
Esok Lusa : Kita Hanya Merancang
Semalam
- Keje cam biasa.
- Makan bersama Ketua Pengarah salah satu bahagian di JPA, Cik Normah di Kelab Putrajaya. Pergh gila punya control aku makan. Kami di jamu ketika lunch hour itu atas tanda terima kasih mereka sebab tolong office diorang kasi cantek. Di akhir sesi makan makan tu, kami di beri gift sorang satu. Masa tu Cik Burn, Amy, Azif pun cam tak caya je. yele, cam tak berbaloi je. Tapi orang dah kasi, amik jele. Tengok, budak Kraftangan jugak yg diorang cari... lepas tu kiotang pending sket nak balik opis, terlepas nak senam robik. Ehah- ehah...
- Pergi Ramsay Ong Arterageously, tengok Linda punya solo exhibition. Pergh, aku bangga betul sbb junior aku samapai ke tahap itu. tp dalam hati kecil aku, terbit rasa cemburu tu tetap ada. Tipu la aku cakap takde langsungkan..Dan aku mula mencabar diri sendiri ni... ish ish come on! come on!
Esok
- Ada kelas M I S dengan Dr. Kemy. Aku rindu tul nak pi klas jumpa kengkawan, UiTM di hatiku..
- Aku rancang nak bikin sketches lagi. Aku rase tak cukup lagi tu untuk aku mengadap Prof. Ponirin.
- Nak lepak studio Fine Art lama sket. Amik Feel katakan.... Tp ramai ingat aku nak pi sana pi usha2 junior. Siut tul, aku pi sana dngan semangat perjuangan harmoni serta tulus ikhlas.. ish ish korang..
- Aku nak basuh motor. Dah 2 minggu si Red Devil Aku tak mandi dengan sabun mandi khasnya, serta polish tak heeenngatnye kilat....
- Ingat nak pi melawat Pooi and dan gang. Budak budak yg dikenali sebagai Gelanggang tu... Hebat bebudak ni..
Lusa
- Esok Titonla.. Sib baik minggu ni tak kena keje di hari minggu. Adus, bestnya peluk bantal.. Begitu indahnya pagi yg hening.
- Gather ngan bebudak rumah la.. hari2 biasa aku gather juga, tp aku ade komitmen lepas keje. So - so jele. Aku harap diorang faham.
- Game Man. Utd lawan Liverpool. Aku tak pasti hari ahad ke sabtu. Tapi yg pasti, itu pasti TONTON... ya, pasti!!! Kalu kalah, monyok jembul la aku...
Banyaknya rancangan aku. Sempat ke? Dapat ke accomplish? rancang je...
Hav a nice weekend bebeh!
Tuesday, September 06, 2005
Sudah 25 tahun aku bernafas di dunia ini...
Merdeka lepas aku sambut di atas bantal je. baik aku titon dari pegi tak mana hale. PAgi tu pulak, celik2 je Edi (housemate) aku berkemas2 nak balik kampung. Siap balut bendera Malaysia kt motor. tehehe... Dan sejak kepulangan Edi, maka aku akan jadi Jaga rumah sampai hari ahad (4th Sept). Siut tulla, seme gi pakat balik kampung, saja ja kasi aku dok melangut sesorang kt umah tu. Nasib baik la ade Aie. Aie dtg berhajat. dia menuntut belajar Flash dari aku. Aku pun ajo le yg mana mampu. Sampai dia cakap uyooooooooo.....huiiiiii.....
BADAK sahabat lama aku datang bertandang. Diorang ni cam tau tau je aku dok sorang. Dia menginap umah aku hari jumaat. Then, aku temankan dia whole saturday ngan tunang dia beli barang hantaran. Mereka akan bernikah bulan 12 ni. Insyallah, aku jadi pengapit. Dia kate amik berkat. Aku gelak jele.. tu org tua2 yg kate la kan... ble caya ke?
Kete. Aku mmg nak pakai. Tp aku risau installment bulan2 tu. Kawan2 aku dok tanya aku apsal tak pakai kete. Aku cakap aku tak mampu. Tapi diorang tak caya. Sebab mereka tengok aku dok masyukkk je ngan keje freelance. Tp tu bukan nya setiap bulan. Kalu ade tetap punya pendapatan freelance..mmg aku brani. Pak Sedare aku pun bilang soh aku pakai kete. Aku dah cakap, blanja aku dah cukup2 untuk idup satu bulan dengan siap cover belanja M A aku skali..
Ukur baju di badan sendiri..
Alah membeli menang memakai..
Thursday, August 18, 2005
mMengenal kawan.
Apa yang berada di dalam kepala aku sekarang adalah tentang orang orang yg berada disekelilingku. Orang orang yg menemani aku setiap rutin hidupku, dan kadangkala dapat jua berjumpa dengan individu individu baru atas urusan rasmi atau hasil dari pemerhatian di tempat2 yang menjadi tumpuan ramai. Setiap individu punyai karektor tersendiriyang bakal mengingatkan kita tentangnya. Tentang buah bicaranya, penampilannya, tindakannya, perkara yg jadi kebiasaannya dan mungkin juatentang kebaikan dan keburukannya. Elemen - elemen seperti yg disebut tadi adalah umpama platform yang didirikan sebagai galang ganti simbolsimbol arahan papan tanda tertera di jalanraya. Setiap simbol di reka berlainan rekaan dan warna, yg membedakan setiap arahan dan amaran.Makanya setiap tanda itu haruslah kita kenali dan fahami, kerana andainya salah perhitungan, kemalangan atau kecelakaan menanti. Parut yang terhasil dek kepedihan di siku dan lututitu tidak bisa hilang dalam masa yg singkat. Oleh kerana itu, dalam menangani permasalahan ini memerlukan kematangan dalam mengatur setiap keputusan. Kita perlu hati hati. Toleh kiri dan kanan. Ada masanya cermin sisi juga berguna untuk itu dan juga menimba kejadian-kejadian lampau sebagai iktibar.
Tuesday, August 09, 2005
Sepetang di dua titik...
Perjalanan pulang pula kami ditimpa musibah kecelakaan. Bukan aku, tapi kereta Sukri. Keretanya di rempuh penunggang motosikal. Kasihan lak aku tengok Sukri. Tapi nasib baik ade Cik Dzul, Afzan +Ustadz. Kalu tak mau begaduh lak si Sukri ngan Macha yg tercampak kt pagar dawai rumah makcik kek topi jalan tu. Macha tu macam nak makan Sukri je mase dia bangun dari tersembam dari tanah. Aku pun tak pasti siapa yang salah. Hanya mangsa dan Pemangsa jela tahu... Wa allahu alam...
Hari tu tak habis disitu aja. Aku, Dzul dan Afzan secara spontannya setuju pegi KL Convention Centre. Memang banyak gak tokeh2 komputer pamer barang terkini masing 2 dengan harga yang boleh tahan la. Duit aku je taktahan... Ingatkan pergi sana boleh tengok gadget komputer aja, tapi aku sempat juga tengok adegan kejar mengejar. Cam dalam Gerak Khas la pulak. Seorang budak pakai baju oren dikejar pegawai keselamatan disitu. Aku taktahu lak dia curi apa. Tapi intuisi aku berkata dia ni pencopet. Si pencopet ni pun bengong gak. Dah tau nak mencuri pakai baju oren. Pakai la baju biasa2 dah le. Baju hitam ke..putih ke. Kelam kelibut punya modus operandi. budus....
Bila dan kene cekup, si pencopet ni di kelilingi ramai orang lah. Mase dia berlari keluar dari premis tu, ramai yang nampak, tp tak tolong kejar pun. Seme cam blur.. Taktahu nak buat pe. Cam aku la. Akhirnya mamat ni terpaksa la tebalkan muka 18 inci.. siap Leader Pakguard tu tangkap gambo dia buat jadikan bukti. Hmm nasib ko la mat.. pikiran cetek bangat.
Tuesday, August 02, 2005
Shift my Future
So do my studying. I hope no a problem come out deal with my lecturer class. Yes, my master-ji always give me a easy time. But i still not to take this advantages to let him down. Adios
Thursday, July 21, 2005
Berbalas pantun
Yang ni Aku punya..
Hitam pekat si pendekar Bajau,
Duduk bersimpuh kala berfikir,
Syiling di kumpul berdikit dikit,
YAhudi suruh, Bush kata ya!,
Wednesday, July 13, 2005
Jiwa Kacau
Thursday, June 30, 2005
Tuesday, June 21, 2005
Weekend programme
Friday, June 10, 2005
AKU
Friday, June 03, 2005
nu_album
7 Damn Beckham! feat. Rebecca dah Loos
Wednesday, May 25, 2005
Pernahkah...
...berasa pelik begitu banyak orang nak jadi penyanyi sekarang? Dah tiada kerjaan lain yang boleh menyelamatkan masa depankah? adakah semua orang mahu dirinya dikenali? Begitu mahalkah harga sebuah kepopularitian?
p/s Letih daa tulis. Banyak lagi ni lagi nak tulis sebona eh..
Dewa biar tinggal dlm kenangan abadi..Duit tarak. Dah pokai.
Tuesday, May 17, 2005
DeWA de Concert
So, pada rakan rakan yang meminati muzik DEWA, adalah baiknya anda mengambil kesempatan ini untuk melihat sendiri kehebatan mereka. Mereka mempunyai pilihan lagu2 yang banyak, tidak bersandarkan pada satu buah lagu sahaja, malah sebelum kemunculan DEWA (dahulu dikenali sebagai Dewa19), mereka kaya dengan seleksi lagu2 mereka menerusi bekas vakalis lamanya, Ari Lasso (nyanyi lagu Rahasia Perempuan tu...). Sekarang ni dah di ganti dengan Once. Tetapi tulang belakang 'pasukan' ini adalah Dhani Ahmad (nyanyi lagu "hancur hatiku..mengenang dikau.....).
Logo baru kumpulan ini pernah menjadi kontroversi di Indonesia kerana di dakwa menyerupai tulisan kalimah "Allah" oleh satu pertubuhan Islam yg agresif di sana.
Ini iklan dia di website..klik
http://www.kamdar.com.my/v4/contents/cosponsor.htm
Yang ini pula kalau nak save as v/clip baru dia Satu... mmg surealis abis la.... mmg betul2 dewa la aku cakap wei...
http://www.indonewschannel.com/INC_videos/
Friday, May 13, 2005
Berhenti Kerja
Dalam banyak2 perkara yg berlaku, ada perkara yg bolehlah aku anggap unik, iaitu soal berhenti kerja. Kalau diperhitungkan, hampir sepuluh org dah berhenti kerja dari kompeni aku dlm tahun ini sahaja. Hebat tak? Individu yang aku anggap paling memberi penangan hebat pada aku adalah cik Yen, bekas Art Director aku dan programmer - Bad. Sekarang tempat cikYen sudah diisi oleh org yg paling kanan, Jijoi. Jijoi ade bawa perubahan yg aku boleh aku anggap positif. Harap ia berterusan. Tempat Bad pulak cam tak di isi. Semalam sahaja, seorang ID (instructure designer) resign. Jarang sekali dia meletakkan sebaris ayat dlm status Y!Messenger. Tapi, hari semalam adalah sebaliknya. Bunyinya gembira semacam. Seakan keluar dari Kem Bina Negara. Rentetan peristiwa budak ofis aku berhenti kerja rasanya tidak akan terhenti sampai disini. Kemungkinan besar akan ada yang bakal menyusuri yg telah melangkah keluar dari pejabat ini.
Seingat aku bermula dari Li Foong - Ema - Su Lyn - cikYen - Rina - Sri - Andre(bakal....) - ???... ramai siut. Tiada pengganti lak tu..
Apakah sebabnya mereka berhenti? Mereka sahaja yang tahu. Tapi satu - dua sebabnya semua org disini tahu. Rasanya tak manis bicaranya disini. Cukuplah apa yg ketahui secara umumnya. Tempat kerja di sini bagus bagiku. Semua kemudahan ada. Politikus juga tiada. Kawan2 sekerja juga kebanyakkan ble masuk.. Nasib baik tiada kolam renang di atas bumbung.. Akaka
Segala yg dianggap kekurangan dalam ofis aku ni, aku anggap ia hanyalah perkara biasa. Aku tidak bisa membanding - bandingkan dengan kompeni yg lain. Aku rasa tak adil. Maklomlah, inilah kompeni pertama aku bekerja dan hingga sekarang aku masih menabur bakti disini. Aku masuk tahun 2003, padahal waktu itu, tak sampai sebulanla aku habis belajar.(belum Konvo tau..). Rejeki aku gamaknya. Dari ramai2 batch aku tempohari, tinggal dua org sahaja hingga kini, termasuklah aku. Yg lain ada yg telah di tamatkan kontrak dan ada yang berhijrah.
Aku tidak tahu apa yg berlaku dimasa akan datang. Apa yang aku tahu, aku bekerja sepenuh hati dan memberikan yang terbaik pada masa aku disini. Berhenti? hmmm ajal, jodoh semua ditanganNya.
P/s : konsertnya Dewa pun macam best kalu pergi 28hb ni..
Tuesday, May 10, 2005
FILEM seni untuk seni? seni untuk masyarakat?
Thursday, May 05, 2005
COKELAT bisa dimakan dan didengar? waffer atau bar? :)
Aku dan Cokelat (klik pd gambar utk BESAR)
Hmm, dah lama tak mengepos bait2 kata dan gambaran di sini. Bukan apa, tiada apa yg menarik nak dikongsikan bersama.
Baru2 ini, salah seorang sahabat aku outstation ke Jakarta. Lantas kesempatan itu aku kirimkan tugasan buatnya untuk membeli cakera - cakera padat buatan sana. Menurut rakannya disana, cakera Cokelat yg pertama sukar skali didapati. Iyala, Cokelat dikenali hasil album kedua - RASA BARU. Mmg rase lain la dan sejak itulah aku mengemari muzik mereka. Alunan suara Kikan(vokalis) ala - ala Alanis morisette, ngan Dido. Kalo kat Malaysia ni macam Abot la. Tp Abot dah sunyi. Lagu Abot enak juga. Tp berkubur. Sayang skali.
Monday, April 18, 2005
Sedapnya kene urut tang blakang...
Friday, April 15, 2005
Commercial Ad
Tuesday, April 12, 2005
Dari Manchester ke Pintarmedia
Ni dia bende yg aku dok tunggu2 dari 3 minggu lepas..dah sampai siut.. Thanx Nana! Really Appreciate it...
REd DEvils.... Red DEvils...... Red Devils.... REd DEvils..... Se you again.....
Aha.. Na, ni bukti penerimaan parcel ko kepada aku.. rejeki aku adelagi ngan jersey ni.. Ingat daha kene songlap ngan abang Imegresen dah.. ish ish... abg Imegresen, tak sia sia korang tetiba jadi baik... tp bende lain korang sorok ek... siut. Betoi betoi murah ek, 10 pound ajek.. tehehe..
Terima kasih sekali lagi pada x-boss aku nih.. Anda mmg pemurah, cute, comel, dan lebih pemurah lagi jika anda beli lagi apa apa buat saya.. muaskaskaskas :)) . Harap anda bersiap sedia dengan ujian IELTS, penting tu - masa depan. September nikan masuk skolah kan, skang ni banyak banyak le mengumpul duit dan juga idea (preparation for the thesis and artwork source). Pikir dulu tesis ko... nnt tak pening2 pale nak layan research.
See Yaa!
Kalau anda gembira tepuk tangan...kalau anda gumbira tepuk tangan
kalau anda gembira beginailah caranya, kalau anda.... :)
Monday, March 28, 2005
Letter for Eveleen
Saturday, March 26, 2005
Slip Eye's
Aha... tersenyum simpul aku tengok cite ni...2 thumbs up brader! Congrate Jasmin! Really feel the Malaysian soul inside...
Sepet. Cerita melayu yang nak sangat aku tengok sejak dia ditayangkan dulu. Dah nak dekat sebulan rasanya dia bertahan. Minggu lepas keluar paper tentang filem ni dan kemenangannya dlm Festival Filem kt German kalau tak silap aku. Dan aku dengo2 sejak tu Sepet semakin mendapat perhatian. Well, although this Indie film dont make up a really popular stuff among malaysian, the prestigious awards insteads comes from abroad. Congrate' Sepet crew! Tapi apakan daya, kerja kerja sekolah yg bertimbun timbun dan kerja opis yg tak pernah nak abis memaksa aku pending hajat aku nak tengok. Baju - bajan aku pun tak sempat nak sental. Maka, aku pi hantar mesin kt Kedai DOBI amik alih tugas tu.. Terpaksa wei, badan ni bangsa nak kene ditekan2 dan diurut urut dah.. penat siut.
Sepatutnya aku dan budak2 opis pergi beramai ramai tengok cerita ini semalam(jumaat). Ramai juga yg register kt kertas yg ditampal di daun pintu opis. Nama aku nombor dua daripada senarai nama yg nak pergi tengok, menunjukkan betapa interestednya aku nak pi layan. Tapi hajat tu tak kesampaian. Tukang booking cakap takleh nak booke online. Kene gi beli sendiri. Nak pegi lak jauh lak tu, Middvalley. Cinema kt Summit tade lak tayang. Cuma beberapa pawagam je tayang cerita ni. Kasihankan? Sukarnya filem bermutu seperti ini mencuri hari rakyat Malaysia yg terlalu terpesona dengan fantasi Yusof Haslam dan Razak Mohidden. Bukan nak mengutuklah, tapi itulah kenyataannya.
Solutionnya? Senang ajek...
Ostad(Azahari) yg dah beli VCD original Sepet ni meng-Share-kan file VCD itu. Maka, kami pun 'ramai-ramai' tengok kat opis. Jadile labu... nak tunggu lain kali taktau bila pula nak tengok. Pasni aku mesti carik VCD dia. Buat koleksi. Aritu menyesal lak tak beli Spinning Gasing. Sifatnya sama seperti Sepet. Kita dapat feel ke-Malaysian-nya. Tidak hipokrit dengan penggantian fantasi - fantasi bertentang dengan logik akal. Langsung tak pijak tanah, laksana terawang - awangan di awan; tunggu masa saja nak tersembam jatuh.
Sepet, dilakarkan dengan sepenuh kejujuran... Ya, jujur itu element yg paling penting pada hemat aku. Ditambah pula dengan shot2 yg mengagumkan aku. Sangat sangat teruja aku dibuatnya. Tentu siapa2 yg faham art stuff tentu setuju. Sepet had the original accidentally scene in my life too.... and maybe in your experience. Adois, Gracias.
- mate aku Sepet gak cam Jason AKA Ah Loong....tehehe
Thursday, March 24, 2005
Timbal balik karenah manusia : we 're not perfect!
Thursday, March 10, 2005
Jiwa - jiwa
Thursday, February 24, 2005
PeTeh, PeTeh, N
Kata kata sedemikian ku akui ada kebenarannya. Kata kata itu aku pinjam dari seorang sasterawan, A.Samad Said jika tidak silap. Bangkitnya isu PTPTN, aku semakin mengakui kebenarannya! Tidak lama dahulu, ada di nyatakan bahawa jika seseorang pelajar itu telah tamat pengajian maka dia dikehendaki membayar balik jumlah wang pinjaman dalam tempoh 3 tahun. Aku gembira memdengarnya, kerana ketika itu aku belom mendapat pekerjaan. Dan sekarang sudah sebaliknya. Aku buat endah tak endah mengenai pinjaman PTPTN. Rasa berat hati nak bayar. Pastu pulak PTPTN dok diam aje.. aku lagi la diam.. aku tahu,aku yg salah. Aku akui. Bulan depan kene planning bayar pinjaman, walaupun tempoh pembayaran itu belom tiba lagi.
Aku dah check nama aku kt PTPTN,takut takut ada nama aku. Setelah diselidik, nama aku tiada.Budak ofis aku, Ciklan pun tade. So bagaimana ni? Database mereka buat silapkah? Atau mereka yang sengal? ish ish ish...
Aku rasa janganlah di persalahkan kalu student tak bayar lagi. Bukan mereka tiidak mahu bayar. Cuma, keadaan memaksa mereka untuk berbuat demikian. Dont point the fingers to us!
Bukan semua mereka yg dah graduate dapat kerja elok-elok. Kadang kadang nasib mereka tidak seindah certificate yg telah diterima di konvokesyen. tolonglah.. sebab aku pun ada rakan yg masih tergapai gapai tangan mereka, mencari dahan perpautan. Berkali kali menginjak, namun usaha mereka memerlukan masa...
Kalu di rewind kembali masa, dan menaiki kereta Mike dalam filem Back to the Future, aku nak kembali pada masa aku nak hantar borang permohoman pinjaman ini. Aku nak koyak dan buang dalam tong sampah, bukan dalam tong surat. Aku ikutkan mmg terpaksa. Desakan dan kuasa wang itu sendiri menyebabkan aku menitipkan pen hitam di atas surat permohonan. Pemikiran ketika itu terlalu muda, mentah dan masih hijau. Almaklumlah, baru part one. Kad matrik pun senantiasa di semat semasa pergi kelas malam.
Tambahan pula aku ambil jurusan seni. Conform pakai duit banyak. Beli material aje dah setengah juta. Belom lagi work kene koyak, hilang, rosak.. tu kan pakai duit. Sepanjang 4 tahun, aku berjaya mempergunakan wang itu sebaiknya. Malahan aku juga menambah duit poket juga. Tapi pada hari hari terakhir aku di ITM, duit itu semakin susut.hilang dah semakin meringankan kantung bank. Cukup2 saja untuk belaja.. Bayangkanlah kalau aku tidak ambil pinjaman ini? Apa kan jadi? Mak ngan ayah sudah tentu pening kepala. Semesti mak aku terutamanya...
Budak budak sekarang 'lebih bijak' mengatur pembelanjaan PTPTN mereka. Beli Kereta, Kasut Nike, Seluar LEVIS, handphone mahal mahal dan yang paling best- sara anak dara orang..tehehe
Bukan tak boleh buat bende2 ni. Duit korang,korang punya sukalakan. Tapi mereka mereka ini tidak beringat. Itulah realitinya pelajar pelajar UITM. Bukan lah semua. SEgelintir sahaja. Diorang tak pernah fikir ker bila nak bayar?
Tempoh pembayaran 10 tahun - 15 tahun merupakan tempoh yg memeritkan bagi aku nanti. Bila masa aku nak pakai kereta, rumah dan ada bini, aku pun taktahu. Future planning memang kronik..but, aku pasti masih ada sinar pengharapan. Pasti ada..
Monday, February 14, 2005
Bibik
Jiran jiran di kawasan rumah aku ,ramai di antara mereka yg ada orang gaji seberang ni. Korang bayangkan la..aku yg dok ditengah tengah tengah basuh moto depan rumah. Pehtu tanpa segan segan, bibik bibik yg duduk di kiri dah kanan aku saling berkomunikasi. Itu aku ble terima lagi. Tapi bila dah masuk bahasa jawa tu yang aku tak tahan tu. Bukan tak suka, tapi kelaka siul.. Suara bukan reti nak pelan pelan, macam Apek jual tilam je gamaknya.. Tapi ok lakan..
Sekurang kurangnya tadelah sunyi sangat kawasan rumah aku tu. Masing masing buat hal sendri. Macamla ble hidup berdikari diorang ni.Esok kalu ade susah, baru padam muka masing masing.
Jiran sebelah kanan aku dari keluarga cina. Paling banyak2 jiran, diorangla palaing banyak burak ngan aku. Aku ble cakap ble tabik spring la kat diorang ni. Tak sombong.. Tetapi berlainan pula dengan jiran sebelah kanan aku. Nama je duduk belah kanan, tapi hampeh! Melayu tu dol. Malas cakap banyakla. Memang tak NGAM la ngan aku dan bebudak rumah.
cis, hampeh tul.
Hari minggu lepas aku pulang ke Raub. Maka, pada suatu hari pada hari aku bercuti senang lenang di Raub, Aku makan malam di KFC ngan adik aku. (ceh macam orang kaya..) Di sebelah meja aku ade seorang perempuan. Melayu aku fikir. Tapi memang jelas orang melayu la.. tapi taktaula melayu jawa ker...melayu bugis ker... melayu boyan ka...
Tiba tiba ada seorang anak cina menyertainya di meja makan. Aku dah buat kesimpulan, ini pasti bibik. Memang benar.. Tapi ini bukan bibik sebarangan ko tau... ni bibik berintelek... bisa omong bahasa inggeris...
Aku yg lancar mengunyah,kaget sebentar.
tapi itulah hakikatnya. Jangan pandang rendah pada bibik. Di tanah ini jualah tempat mereka mencari rejeki, tatkala negeri sendiri tak bisa menyediakan apa yg kita miliki disini... maka berpusu pusu mereka berhijrah... melalui berlainan arah...
Wednesday, January 26, 2005
last five day in my life
Wednesday, January 19, 2005
Moto,asap dan cilok
REd Devils..Muas kas kas kas!!