REd Devils..Muas kas kas kas!!
Aku suka benar keadaan cuaca untuk dua-tiga hari lepas.. cantik saja. Tiada hujan. Kalau anda yg bikin dobi dua tiga hari lepas mmg sesuai benar. Hari yg cantik untuk menyidai baju, seluar, cadar, er..sotong...
Motor aku yg dah aku cuci dan polish kekal cam hari pertama. Suka benar aku. Berkilat manjang. Silap2 kalau korang takde cermin boleh le mengadap kat rim tayar aku tu buat cermin. Tu jela aku boleh gambarkan betapa berkilat dan bersihnya motor kesayangan aku ini.
Aku rasa nak dekat 6 tahun aku pakai motor ni. Aku beli di Klang. Asalnya aku nak SS2 Yamaha. Tapi,tiada rezeki aku masa tu. Makanya, aku sambar RG Sport 110. Masa aku beli dahulu, motornya berrwarna hijau lumpur, walaupun dalam geran tulis warna merah. Baru tahun lepas aku tukar cover set motor ini kepada warna yang tertera pada geran. Apa yg anda lihat pada gambar diatas adalah keadaan motor aku sekarang. Sejak aku kerja ni memang aku jaga juga motor aku ni. Tidak seperti aku buat Degree kt ITM dulu, setakat nak pakai ulang alik studio aje...lepas tu bior berkarat dan diliputi oleh minyak hitam..
Banyak kenangan ngan motor ni. Jatuh motor, bawak artwork besar bagak pakai motor(tehehehe),bawak awek, pergi servis motor buat pertama kali tp akhirnya kene tipu dan lain lain lagi.
Motor aku standard sahaja. Tiada sebarang modification padanya. Memang aku suka begitu. Tambahan pula, aku bukan mat rempit yg gemar upgrade motor yang akhirnya menjadi bahan tohmahan dan makian org sekeliling.. Nau'zubillah
Kuat lagi motor aku ni. Masih hebat di persada jalanraya. Setakat Highway tu boleh lenjan lagi la..Aku beli pun bukan motor ni masih baru. Aku beli secondhand tahun 1995 kalau tak silap. Di awal pembabitan aku dalam dunia permotoran ni, memang mendukacitakan aku. Aku rasa nak dekat 2 kali lay block. Giler. Sakit pale gak di buatnya. Mmg duit pinjaman aku save untuk motor aje time tu..Tapi nasib baik dia tidak meragam lama lama. Biasa la motor terpakai ni. Ikut nasib kalau dapat yang elok. Dan sudah nasib aku dapat motor ini. So terima se adanya. Ada orang tak berduit pun nak memliki motor ni. Kalau budak itm , mereka - mereka yang tiada kenderaan sendiri terpaksala daki bukit bukau tu dulu, lepas tu mandi peluh kt bilik lecture/studio. Kasihan...
Motor oh motor, kuda penungganganku.. ke mana saja dapat aku sampai ke destinasi dengan bantuan darimu.. tergantung jua pada diriku jika kering atau pun kebasahan dek hujan yg turun.. bagaikan mutiara...:))
No comments:
Post a Comment