Thursday, January 13, 2005

Aku

Ruang waktu kitaran untuk satu hari ada 24 jam. Ruang -ruang pernafasan untuk aku teruskan survival seakan tersekat-sekat..ku cuba panjat, lalu ku cari ruang yg lebih lapang dan kosong...akhirnya dapat jua bernafas. Aku dapat merasakan kesempitan ruang yg telah di sediakan itu. hidup aku sudah 'pack', sendat. Kerja ofis untuk semalam begitu menduga aku. Banyak.sudah tentu. Pada masa yg sama aku juga kena menghadiri kelas. Syukur juga member aku dapat menolong aku serba sedikit..tapi aku rasa bukan sedikit.. banyak jugala.. akakakakaka
Ilustrasi memang lambat sedikit untuk disediakan. pada masa yg sama terpaksa akur dengan kehendak semasa diamana kerja2 itu seharusnya habis dalam masa2 tertentu. Mesti pantas. sepantas wang mengalir di kawasan urbanisasi ini..Duit,duit,duit,duit. kalau tak kerana duit kita tak perlu semua ini.. ini keperluan. bukan kerana mata duitan. Kalau tak kerana duit macamana nak SORU brader? takkan nak harapkan ayah dan ibunda tercinta di kampung lagi. Kitakan dah besar panjang. Get your own life man.Tapi tak bermakna kita lupakan mereka. U get me?
Tsunami melanda baru baru ini. Sedih juga aku,tapi tak seperti respon aku terhadap kes rogol. Jiwa aku muram dan darah aku naik cam nak terpancut aje dari kepala aku. Sungguh durjana perogol2 malaysia.. takdapat awek dahi licin, sedara sepapat pun ko balun.. Nau'zubillah..
Setakat ni aku enjoy pi kelas Master. Seronok dengar forum dari pensyarah2 yg sememangnya 'Master' dalam bidang mereka. Semalam Dr. Muliyadi adalah panelnya. Aku terlewat hampir 1/2 jam. Nasib baik baru masuk intro.. belom detail lagi. Perkara yg di bincangkan sudah tentulah fasal kartun. Tentang perkembangan kartun2 ni malaysia hingga kini. Perbincangan itu membuatkan aku mengimbas kembali kehidupan aku di Raub. Aku mmg suka komik. Aku suka melukis pun sebab tengok strok2 komik di majalah dan juga suratkhabar. Tapi taklah hardcore.
Nama nama komik yg sudah lama terkubur di arena pasaran tempatan juga terungkap jua semalam. Nama nama seperti (sekadar menyebut beberapa nama) komik Humor, Fantasi, Gelihati, Jenaka, Gadis,Toin-Toin, Gelagat, Politik Kedai Kopi , Lanun, Bujal dan juga X-ray timbul dalam kehangatan forum. Mereka tidak dapat bertahan lama. Komik selaku wadah penyampaian secara tidak langsung kepada masyarakat. Ia berfungsi memberi tindakbalas apa yg berlaku disekelilang kita dan bahan2 itu dijadikan bahan humor utk tatapan se-malaysia. Namun begitu, hanya satu sahaja komik yg sehingga kini masih dapat bertahan.. iaitu Gila Gila. Komik ini lebih berisi. Pengaruh luaran tidak begitu dominan dari segi strok dah juga lawak. Ciri2 ciri masih terpelihara dan kini survive dalam pasaran..
Komik sekarang bukan semata2 komik. Isinya lebih infotainment(bak kata RTM). maklumat tentang action figure, permainan video, anime dan aktiviti dunia komik dapat dipaparkan lebih luas. Komik Gempak, Utopia(yg tengah aku layan sekarang) adalah antara komik yg mempunyai ciri ciri seperti ini. Kartunisnya lebih terdorong dengan lukisan2 komik jepun, Manga. Tapi pada aku tak mengapa dipengaruhi, kerana komik ini adalah media yg bukan dari Malaysia, dari luar juga. Aku sendiri terpengaruh dengan JAPAN stuff ni. Kalu tak masakan blog aku ni namanya FAredoshi! tehehehe. Jangan hilang maruah bangsa, identiti kemalaysiaan dan agama sudah cukup.

1 comment:

Anonymous said...

yeap...gue pong rindukan stok yg ado ciri2 malaysia...takat bergantung pada Reggie Lee, Lat, Rejabhad, Zunar (sekadar menyebut beberapa nama)..sampai bila tahannya. Yg muda terpengaruh lebih pada unsur luar. Memang tak salah tapi still mencari pengganti pada mereka yg akan pergi satu hari nnt.