Thursday, August 18, 2005

mMengenal kawan.

Manusia sememangnya dijadikan berbeza beza. Manusia itu adalah kita, kita yg berlainan latar belakang, mengharungi laluanhidup untuk kehendak sendiri dan mencari apa apa yg perlu demi mencari kesempurnaan. Itulah uniknya kewujudan mahkluk yg diutuskan oleh Allah S.W.T menjaga alam bumi ini. Bumi yang dikatakan sfera ini dipecahkan kepada beberapa benua. bumi yg aku pijak sekarangdi dalam rangkum benua Asia. Benua yg dahulunya cukup kuat dengan adat ketimuran yg sopan santun dan berlapis - lapis dimana emosi sebenar di lapisan terakhir. Sekarang nilai nilai seumpama itu masih ada, terlekat di setiap jiwapara penduduk Malaysia yg memegang paspot biru. Tapi unsur unsur itu mengira hari untuk pupus. Bak spesis Paus dan Harimau Malaya yang diburu oleh revolusiperubahan bumi dan kerakusan manusia demi kepentingan kepentingan berbau peribadi.
Apa yang berada di dalam kepala aku sekarang adalah tentang orang orang yg berada disekelilingku. Orang orang yg menemani aku setiap rutin hidupku, dan kadangkala dapat jua berjumpa dengan individu individu baru atas urusan rasmi atau hasil dari pemerhatian di tempat2 yang menjadi tumpuan ramai. Setiap individu punyai karektor tersendiriyang bakal mengingatkan kita tentangnya. Tentang buah bicaranya, penampilannya, tindakannya, perkara yg jadi kebiasaannya dan mungkin juatentang kebaikan dan keburukannya. Elemen - elemen seperti yg disebut tadi adalah umpama platform yang didirikan sebagai galang ganti simbolsimbol arahan papan tanda tertera di jalanraya. Setiap simbol di reka berlainan rekaan dan warna, yg membedakan setiap arahan dan amaran.Makanya setiap tanda itu haruslah kita kenali dan fahami, kerana andainya salah perhitungan, kemalangan atau kecelakaan menanti. Parut yang terhasil dek kepedihan di siku dan lututitu tidak bisa hilang dalam masa yg singkat. Oleh kerana itu, dalam menangani permasalahan ini memerlukan kematangan dalam mengatur setiap keputusan. Kita perlu hati hati. Toleh kiri dan kanan. Ada masanya cermin sisi juga berguna untuk itu dan juga menimba kejadian-kejadian lampau sebagai iktibar.
Secara tiba2 je aku teringat episod pindah rumah dari jalan kangkung ke Putra Height...
0212 pagi/Khamis,18 Ogos 2005/Studio.

3 comments:

hafizulidham said...

Secara teorinya 'Charles Pierce' menggelarkannya sebagai 'semiotic' ataupun the science of sign.

"As a human being we shaped every experienced we had by symbol and we refer to that symbol to understand it again."

Tapi secara peribadinya aku gelarkanya sebagai perkara biasa yang orang baru alaminya di tempat baru. kita jumpa kawan baru dan kawan baru kita menjadi kawan lama.. kawan lama kita menjadi kawan lagi lama.. ingatkah dikau pada kawan sewaktu bermain guli dikampung dulu en. fared...? atau dia dah menjadi kawan lama yang dah lama gila tak jumpa....?

Anonymous said...

manusia, satu "makhluk bernyawa yang punya hati,yang ada seninya sendiri". jadi, mmg banyak simbol bagi setiap satu daripadanya. apa yg mungkin kita boleh lakukan, cuba fahami simbol yg ada, supaya nnt di kemudian hari, terjumpa simbol yg sama, kita dah tahu apa yg bakal kita hadapi. kita dah bersedia. kita akan tenang. simbol-simbol baru, yg kita rasa sedikit pelik atau tak penah jumpa, menarik jugak utk cuba difahami, sbnrnya.

hmm, ada kaitan ke komen ni dgn entri ya? macam lari tajuk je. hehe. apapun, entri yang bagus. =)

z.u.r.i.l

Fared Raihan Ahmad said...

hmm..trima kasih kawan kawan yg beri buah respon yg baik...
anda mmg seorang pemikir..