Wednesday, December 21, 2005

MASA ITU EMAS



Hari ini hati aku senang. Senang bukan kerana punyai duit yang banyak. Bukan juga kerana lirikan mata-mata yang hangat memandang dengan agenda mengoda. Tapi kerana masa. Masa yang aku akui nilainya tidak ada tolok bandingnya.
Hari minggu aku habiskan dengan terbongkang tidur nyenyak dengan gaya bebas, gelak tawa bersama teman, dan mendengar lagu lagu pilihan aku sambil HP aku di -silence-kan untuk mengelak dari sedar kehadiran panggilan maut dari office. Aku melarang diri aku begerak bebas, yang bisa meletihkan minda aku melihat dan tentu sekali tidak melanjutkan niat pergi untuk window shopping kerana itu memenatkan diri yang sudah sedia penat dan wang aku akan habis. Ini semua gara gara komited aku yang melampau pada kerja. Salah satunya adalah kerana KLIB... Kuala Lumpur International Batik Convention and Conference....
Penat itu sudah pasti. Badan aku jadi lemah tapi bisa aku redah. Balik 2-3 pagi meredah kesejukkan angin malam. Ironinya, aku mengisi borang Over Time (OT) sampai aku ble buat OT sebab isi borang OT(kerja Lebih Masa) itu. Sampai di rumah sudah dinihari. Rakan rakan serumah bergelimpangan di lantai rumah, dengan pelbagai aksi kerana tidur yang enak. Ketika melintasi mereka, aku memandang seketika insan insan yg menemani aku dalam rumah itu. Dalam kegelapan itu aku terlihat lelehan air bateri mengalir lesu di tebing gigi. Aku hanya bisa cemburu. Sambil di selang - selikan dengan bunyi - bunyian cengkerik dan juga dengkuran kepenatan. Kucing-kucing di belakang rumahku berjuang sesama sendiri merebut kawasan dengan ngiaowan yg mendebarkan. Sekali skala orkestra bunyi-bunyian malam itu menghiburkan diriku.
Teringat aku al - kisah 3 dara pingitan dalam 30 hari mencari cinta. Hidup penuh fantasi warna warni dan bergelumang dengan masalah-masalah budak yang tak cukup matang itu. Aku sedikit punyai kesamaan dengan mereka. Tatkala mereka berjanji mencari sang arjuna dalam masa 30 hari, aku pula mengharungi kesukaran 30 hari lebih untuk mengejar dateline kerja yang setinggi puncak itu. Rakan sekerja mengeluh sana dan sini, kerja yang tiada ke penghujungnya...Kedengaran dengusan dengusan berbau rebel.. Namun itu semua bersifat sementara. Ah, ini semua perihal dunia.. mahu atau tidak tetap kita tempuhi jua, kerana ada orang yg lebih susah jalan hidupnya dari apa yang ku alami sekarang..
Tapi hasil kerjaku cukup puashati, tatkala aku dituntut memberikan yang lebih terbaik selepas ini....
GAMBAR : Aku dan adek Firas di tempat duduk pentas catwalk fashion Show, di Karyaneka. Penat ooo.. masa ni..

6 comments:

hafizulidham said...

tahniah beb.. lulus cemerlang sem lepas. takde ape yang lebih menggembirakan seorang pelajar tak kira la pelajar tadika sampailah ke kedoktoran bila melihat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.. aku tumpang gembira sama. semoga kita grad dengan jayanya walaupun terpaksa ikat perut nak kumpul duit nak bayar yuran..!

Angel Eyes said...

Hi there!

Thanks for dropping by my humble blog...

cheers

Anonymous said...

yuuu...huuuu result dah tgk ek..hepi wrking even ksibukan yg tiada batasnya....hahahaha

Anonymous said...

wahwahwah bahasa anda, mengagumkan saya. hehe. tatau nak kata apa sangat, rasa mcm asyik ulang-ulang nasihat yg sama je. =)

"Happy working. May your future be filled with positive experiences and realized dreams"

\zuril\

Anonymous said...

huhu...awal bangat kamu nonton baik punya cilok...dgn zul lak tu...huhu sodih den...
tapi takpo asalkan ekau bahgio...den tgk dgn abg cayang den jer la...hehehehe

Fared Raihan Ahmad said...

yup cik koboi anda juga thaniah di ucapkan kerana merasai aura kecermerlangan itu.. moga kita grad sesama nanti....

Wow angel eye staring at me...

marilah kita bekeje tanpa rasa malas di gomen ..... mana ada masa nak lepak2 kt gomen ni... keje ngan cemerlang dok gitu nonie...

madau... jangan la majuk... den tak saba mase tu nak nonton Baik Punyua Cilok... Lagipun poie ngan bebudak umah den.. saja2 nak mengeratkan lagi siratulrahim....


Bendenton? stranger but most welcome !! nice to meet you here...