Sunday, November 27, 2005

CURI MOTOR

Sebelum aku punch out, ada baiknya aku kongsi ngan korang tentang apa yg telah berlaku kt adek aku, Fyzal (bukan nama sebenar).
3-4 minggu yg lepas ada kejadian yg tidak diingini. Baru balik je dari kampung, iaitu pada malam dimana MU kalahkan Chelsea. Motor Yamaha 125Z adek aku lesap. Lesap kat dalam Kolej Meranti lak tu. Time tu pulak PakGuard pun ade.. Baru je aku nak masuk tido pukul 2, aku dpt panggilan dari adek aku. Maka bersegeralah aku hambat motor kapcai buruk aku ngan seorang budak rumah ke kolej Meranti. Aku temankan dia pergi buat report. Menurutnya habis je game EPL tu dia turun nak usha motor. Tup2 tengok tinggal bayang pun takde. Tambah adek aku seorang daripada budak bilik dia tidak ada dalam bilik. Dan pada masa yang sama budak itu disyaki menyorong motor berwarna biru, menurut Pakguard yg bertugas. Pakguard tu kenal hamba allah tu. Tapi adek aku 50-50 nak bitau tentang suspect, dimana budak itu budak bilik dia dan mempunyai hubungan yang baik dengannya.
Nak dijadikan citer ni macam citer bukan cam filem professor Razak mohaideen, motor adek aku akhirnya dapat di kesan. Ini adalah hasil soal-siasat SB ngan suspect dengan Ismail bin Badri. Budak Ismail inilah yg rembat motor ade aku. Tp polis tu mulanya soal dia fasal dadah. Maka dia kantoi dengan pakej dadah dan curi motor. Motor tu ketika itu berada di Skinchan. Moto tu buat bahan racing ropenya. Asalanya motor tu dia rembat sebab plat number motor adek aku tu dia penah gamble kat nombor ekor. Nombor tu kena. .So dia anggap motor tu cam Lucky ar... buduh tul.
MORAL: Mengunci motor anda pun belom tentu ble kasi slamat, kalu org yg paling kita percaya berpaling tadah dengan men-duplicate-kan kunci kita. Kalu nak jadi ,jadi juga..
Sekarang ni, budak tu tengah merenung masa depan kut,
mungkin juga tengah kuis kuis pasir dilantai bumi...
sebab dia baru je kene buang ITM...
padam muka :)

5 comments:

Maya said...

alahai kesiannyer adik u..last week pun ada kawan hilang moto gak..mmg ralat sgt2..

kene le abang tulun adik nmpknya..susah x de transport nie.

hafizulidham said...

adik ko pakai 125Z dan abangnya yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan Malaysia bawak Suzuki RG..? ni satu topik bagus nih.. simpan duit nak kawin ke bang oii..? ke nak kuar nissan sentra pasni kott..?! heh..

Fared Raihan Ahmad said...

motor sudah di jumpai..cuma sib baik budak tu modified yg ble di normalkan kembalikan keadaannya.

Ala, adek aku dapat sponser FAMA...
aku sponser PTPTN je boi..
tu yg overitte aku tu..

Anonymous said...

nasib baik jumpa balik. alhamdulillah.
hmm, terasa sedikit simpati dgn encik badri (ayah Ismail si pencuri motor). simpati sbb anak dia (yang mungkin jadi harapan keluarga) bermasalah macam tu.

\zrl\

Fared Raihan Ahmad said...

mmg kecewa mak bapak dia dengan percapaian mereka itu..