Wednesday, July 13, 2005

Jiwa Kacau


Dakota- a very talented actress... because of you, I step inside the cinema.. Posted by Picasa
AKU terpingga pingga. Tertanya tanya. kebingunggan. Di dalam dilema..Semua perasaan gundah gulana bercampur gaul. Aku diberi pilihan. Apakah yg mana paling benar pilihan aku? Pilihan yg bakal menerajui jalan hidup aku. semua pendapat aku dah terima dan dah analisis.. Nah, terpulang pada aku sekarang. Yg pasti, kedua duanya ada kelebihan dan kekurangan. Aku kene fikir secara matang. Kene memikirkan baik dan buruknya. Sakit kepala ku ini dibuatnya. itulah sebabnya aku jarang jengguk kesini. Aku buntu. Insyallah perkara itu bakal ku selesaikan hujung minggu ini.
Dalam petengahan masa masa yg kalut itu, aku sempat meleraikankan benak ini dgn hobi kelapan aku, menonton filem. Aku mmg hari hari download aje movie2 yg best best. So, kos nak beli VCD/DVD pun tade. Tehehe. Tetapi ajakkan rakan-rakan sebaya mmg tidak dapat dielakkan. Makanya, mereka sempat mengheret aku ke dalam panggung sejak awal bulan sampai sekarang. Dua movie aku tonton. Dan dua lagi layan movie kat rumah.. inilah komen aku..
WAR of The World - ALien ni bingai.. dah tau nak serang bumi buat research tak abis. Aku rase cam tajuk thesis dia tak lepas 'Bumi-method serangan dan penaklukkan'. Advisor dia mmg tak kasi lepas, tp dia nak serang gak. So kedegilan alien ni terbalas la dek karna imunisasi alien ni tak cukup nak bertahan lama di dalam atmosfera bumi. Sesungguhnya bumi ini hanyalah untuk manusia sahaja. Sib baik ade Dakota aje.. ish ish..kalu tak kim la salam nak gi...
Initial D - Kalu nak terel pandu kete dan pandai drift dengan laju dan cekap, bolehlah anda mintak keje partime ngan Bunta Fujiwara (ayah Takumi) angkut Tofu yg akan lalui jalan cam ular kene palu di Gunung Akina setiap hari.
Born To Fight - Majulah sukan untuk mempertahankan negara....wakaakakaka
Musa - Kalu objektif dan nafsu bercampur aduk, akhirnya nafsu mendahului dan akhirnya menyusahkan diri dan rakan rakan yg lain.
Peace + Cayok-cayok + Gambatee...

2 comments:

hafizulidham said...

Keliru boleh membawa banyak implikasi. Segala keputusan jangan disesali. Pandang ke depan dan jangan toleh kebelakang bila membuat keputusan. Mungkin ko tersilap bila membuat pilihan ini, tapi itulah yang perlu kita paham, hidup ini penuh dengan pilihan. Life goes on, living in pain, rest in pain, making choices are no fun..!!

Anonymous said...

jiwa kacau juga ek. aduhai. takpe takpe. nak buat pilihan memang susah, apatah lagi kalau melibatkan masa depan. kadang-kadang di sebalik kekurangan yang ada pada pilihan tu, mungkin ada baiknya. istikharah dan buat ke blom? =)

[ zuril ]