Monday, February 14, 2005

Bibik

Pernah dengar perkataan di atas? siapa siapa yg ada sedara mara yg kaya raya sudah tentu ada bibik. Bibik ni panggilan yg glem la pada amah amah atau orang gaji dari indonesia. Makcik aku yg duduk kat seksyen 3 Shah Alam pun ada juga pasang bibik. Tapi tu dulu ar..sekarang ni aku taktahu. Aku sudah lama tak kesana.
Jiran jiran di kawasan rumah aku ,ramai di antara mereka yg ada orang gaji seberang ni. Korang bayangkan la..aku yg dok ditengah tengah tengah basuh moto depan rumah. Pehtu tanpa segan segan, bibik bibik yg duduk di kiri dah kanan aku saling berkomunikasi. Itu aku ble terima lagi. Tapi bila dah masuk bahasa jawa tu yang aku tak tahan tu. Bukan tak suka, tapi kelaka siul.. Suara bukan reti nak pelan pelan, macam Apek jual tilam je gamaknya.. Tapi ok lakan..
Sekurang kurangnya tadelah sunyi sangat kawasan rumah aku tu. Masing masing buat hal sendri. Macamla ble hidup berdikari diorang ni.Esok kalu ade susah, baru padam muka masing masing.
Jiran sebelah kanan aku dari keluarga cina. Paling banyak2 jiran, diorangla palaing banyak burak ngan aku. Aku ble cakap ble tabik spring la kat diorang ni. Tak sombong.. Tetapi berlainan pula dengan jiran sebelah kanan aku. Nama je duduk belah kanan, tapi hampeh! Melayu tu dol. Malas cakap banyakla. Memang tak NGAM la ngan aku dan bebudak rumah.
cis, hampeh tul.
Hari minggu lepas aku pulang ke Raub. Maka, pada suatu hari pada hari aku bercuti senang lenang di Raub, Aku makan malam di KFC ngan adik aku. (ceh macam orang kaya..) Di sebelah meja aku ade seorang perempuan. Melayu aku fikir. Tapi memang jelas orang melayu la.. tapi taktaula melayu jawa ker...melayu bugis ker... melayu boyan ka...
Tiba tiba ada seorang anak cina menyertainya di meja makan. Aku dah buat kesimpulan, ini pasti bibik. Memang benar.. Tapi ini bukan bibik sebarangan ko tau... ni bibik berintelek... bisa omong bahasa inggeris...
Aku yg lancar mengunyah,kaget sebentar.
tapi itulah hakikatnya. Jangan pandang rendah pada bibik. Di tanah ini jualah tempat mereka mencari rejeki, tatkala negeri sendiri tak bisa menyediakan apa yg kita miliki disini... maka berpusu pusu mereka berhijrah... melalui berlainan arah...

1 comment:

hafizulidham said...

Pembantu rumah ni bukannya benda baru.. dulu kita biasa panggil 'mak temah', 'mak limah', skarang generasi tu dah takde.. diganti oleh orang2 dari seberang. Kalau dikira dari sejarah lagi lama dulu sewaktu perhambaan masih lagi wujud, lagi la best.. nama lain sikit tapi peranan ada lebih sikit kurang sama.. heh.. dia punya 'scope of work' bukan setakat masak dan basuh pakaian aje tapi sampai ke tahap memuaskan tuannya.. kalau nak hamba? pegi aje kat pasar, beli satu.. err.. 'by the way', kalau ko beli, aku kirim satu tau.. sambal lebih..!