Thursday, February 24, 2005

PeTeh, PeTeh, N

Hutang...perkara yg seboleh bolehnya aku ingin elak. Berhutang apatah lagi. Dan kalau memberi hutang kepada pemiutang juga jangan di amal. Nanti perhubungan kedua dua pihak akan semakin jauh. Jauh benar...
Kata kata sedemikian ku akui ada kebenarannya. Kata kata itu aku pinjam dari seorang sasterawan, A.Samad Said jika tidak silap. Bangkitnya isu PTPTN, aku semakin mengakui kebenarannya! Tidak lama dahulu, ada di nyatakan bahawa jika seseorang pelajar itu telah tamat pengajian maka dia dikehendaki membayar balik jumlah wang pinjaman dalam tempoh 3 tahun. Aku gembira memdengarnya, kerana ketika itu aku belom mendapat pekerjaan. Dan sekarang sudah sebaliknya. Aku buat endah tak endah mengenai pinjaman PTPTN. Rasa berat hati nak bayar. Pastu pulak PTPTN dok diam aje.. aku lagi la diam.. aku tahu,aku yg salah. Aku akui. Bulan depan kene planning bayar pinjaman, walaupun tempoh pembayaran itu belom tiba lagi.
Aku dah check nama aku kt PTPTN,takut takut ada nama aku. Setelah diselidik, nama aku tiada.Budak ofis aku, Ciklan pun tade. So bagaimana ni? Database mereka buat silapkah? Atau mereka yang sengal? ish ish ish...
Aku rasa janganlah di persalahkan kalu student tak bayar lagi. Bukan mereka tiidak mahu bayar. Cuma, keadaan memaksa mereka untuk berbuat demikian. Dont point the fingers to us!
Bukan semua mereka yg dah graduate dapat kerja elok-elok. Kadang kadang nasib mereka tidak seindah certificate yg telah diterima di konvokesyen. tolonglah.. sebab aku pun ada rakan yg masih tergapai gapai tangan mereka, mencari dahan perpautan. Berkali kali menginjak, namun usaha mereka memerlukan masa...
Kalu di rewind kembali masa, dan menaiki kereta Mike dalam filem Back to the Future, aku nak kembali pada masa aku nak hantar borang permohoman pinjaman ini. Aku nak koyak dan buang dalam tong sampah, bukan dalam tong surat. Aku ikutkan mmg terpaksa. Desakan dan kuasa wang itu sendiri menyebabkan aku menitipkan pen hitam di atas surat permohonan. Pemikiran ketika itu terlalu muda, mentah dan masih hijau. Almaklumlah, baru part one. Kad matrik pun senantiasa di semat semasa pergi kelas malam.
Tambahan pula aku ambil jurusan seni. Conform pakai duit banyak. Beli material aje dah setengah juta. Belom lagi work kene koyak, hilang, rosak.. tu kan pakai duit. Sepanjang 4 tahun, aku berjaya mempergunakan wang itu sebaiknya. Malahan aku juga menambah duit poket juga. Tapi pada hari hari terakhir aku di ITM, duit itu semakin susut.hilang dah semakin meringankan kantung bank. Cukup2 saja untuk belaja.. Bayangkanlah kalau aku tidak ambil pinjaman ini? Apa kan jadi? Mak ngan ayah sudah tentu pening kepala. Semesti mak aku terutamanya...
Budak budak sekarang 'lebih bijak' mengatur pembelanjaan PTPTN mereka. Beli Kereta, Kasut Nike, Seluar LEVIS, handphone mahal mahal dan yang paling best- sara anak dara orang..tehehe
Bukan tak boleh buat bende2 ni. Duit korang,korang punya sukalakan. Tapi mereka mereka ini tidak beringat. Itulah realitinya pelajar pelajar UITM. Bukan lah semua. SEgelintir sahaja. Diorang tak pernah fikir ker bila nak bayar?
Tempoh pembayaran 10 tahun - 15 tahun merupakan tempoh yg memeritkan bagi aku nanti. Bila masa aku nak pakai kereta, rumah dan ada bini, aku pun taktahu. Future planning memang kronik..but, aku pasti masih ada sinar pengharapan. Pasti ada..

1 comment:

Anonymous said...

yer...bener belaka..:)

.03062005/anum.