Friday, May 13, 2005

Berhenti Kerja

Tahun 2005 ni belum lagi masuk half time, tp macam2 perkara dah berlaku kt tempat kerja aku. Fasal org itulah, si dialah, fasal si polan dengan si polan lah, gaji sangkutlah(normal...), kutuk org tu la, kutuk org ni la.(tp si pengutuk tak sedar dia tu lagi dikutuk..manusia..manusia. bila la kalian nak berhenti tabiat ni..). Tapi semua tu aku anggap klise. Biasalah, itu semua itu asam garam kehidupan. Aku rase semua company ade masalah sebegini. Mahu atau tidak, terpaksa telan jua.
Dalam banyak2 perkara yg berlaku, ada perkara yg bolehlah aku anggap unik, iaitu soal berhenti kerja. Kalau diperhitungkan, hampir sepuluh org dah berhenti kerja dari kompeni aku dlm tahun ini sahaja. Hebat tak? Individu yang aku anggap paling memberi penangan hebat pada aku adalah cik Yen, bekas Art Director aku dan programmer - Bad. Sekarang tempat cikYen sudah diisi oleh org yg paling kanan, Jijoi. Jijoi ade bawa perubahan yg aku boleh aku anggap positif. Harap ia berterusan. Tempat Bad pulak cam tak di isi. Semalam sahaja, seorang ID (instructure designer) resign. Jarang sekali dia meletakkan sebaris ayat dlm status Y!Messenger. Tapi, hari semalam adalah sebaliknya. Bunyinya gembira semacam. Seakan keluar dari Kem Bina Negara. Rentetan peristiwa budak ofis aku berhenti kerja rasanya tidak akan terhenti sampai disini. Kemungkinan besar akan ada yang bakal menyusuri yg telah melangkah keluar dari pejabat ini.
Seingat aku bermula dari Li Foong - Ema - Su Lyn - cikYen - Rina - Sri - Andre(bakal....) - ???... ramai siut. Tiada pengganti lak tu..
Apakah sebabnya mereka berhenti? Mereka sahaja yang tahu. Tapi satu - dua sebabnya semua org disini tahu. Rasanya tak manis bicaranya disini. Cukuplah apa yg ketahui secara umumnya. Tempat kerja di sini bagus bagiku. Semua kemudahan ada. Politikus juga tiada. Kawan2 sekerja juga kebanyakkan ble masuk.. Nasib baik tiada kolam renang di atas bumbung.. Akaka
Segala yg dianggap kekurangan dalam ofis aku ni, aku anggap ia hanyalah perkara biasa. Aku tidak bisa membanding - bandingkan dengan kompeni yg lain. Aku rasa tak adil. Maklomlah, inilah kompeni pertama aku bekerja dan hingga sekarang aku masih menabur bakti disini. Aku masuk tahun 2003, padahal waktu itu, tak sampai sebulanla aku habis belajar.(belum Konvo tau..). Rejeki aku gamaknya. Dari ramai2 batch aku tempohari, tinggal dua org sahaja hingga kini, termasuklah aku. Yg lain ada yg telah di tamatkan kontrak dan ada yang berhijrah.
Aku tidak tahu apa yg berlaku dimasa akan datang. Apa yang aku tahu, aku bekerja sepenuh hati dan memberikan yang terbaik pada masa aku disini. Berhenti? hmmm ajal, jodoh semua ditanganNya.


P/s : konsertnya Dewa pun macam best kalu pergi 28hb ni..

8 comments:

hana_kirana said...

memang.. semua kampeni ada masalah masing-masing... tapi bila terkena kat batang hidung sendiri baru tau... (refer kat aku lah tu)...

eh, kalau dah ada kolam renang kat bumbung, aku nak datang tumpang mandi, bole?

;)

Fared Raihan Ahmad said...

ho ho ho..
puteri - ble, aku blanja ko minum ko bayakan tiket aku..
ann_bfk - komen sampai 250 patah perkataan pun takpe kak..
hana kirana - kolam renang tu mmg ade dahulu, tp kompeni ni dah jadi miskin kak... semakin mengecil, so sudah berpindah ke 'rumah' baru..

jangan lupa war warkan pada kawan2 kewujudan blog ini.. ble kita sembang panjang...
adios gracias..

alia said...

engko kena suggestla gitu kat golongan atasan suruh wat kolam renang..kasi release tension gitu..

Fared Raihan Ahmad said...

er.. akakaka
ann_bfk7358 - ni nombor kete kenari power tu ker? akakakaka
kak batrisya - kolam memang dah ade.. tapi kolam air reservele...
brani berenangla... esok kuar paper budak lemas...
wakakaka

hafizulidham said...

Bagi aku, pekerja adalah aset utama bagi syarikat macam tempat ko keje tu. Seharusnye management mengambil langkah positif kearah mengekalkan pekerja yang ada. Sayang bila orang berbakat pergi....... bak kata orang putih "you give peanuts you get monkey"

p/s: aku dengar result kuar minggu nie.. heh.. belanja gua kat khalifah kalo lu score subjek prof. khalil.. amacam..??

Anonymous said...

ramai berenti keje? sedih gak tu.
takpa la...
ppl come n go but memories remain

mungkin rezki mereka kat tempat lain....

yg pasti...kepada yg dah keje tempat lain, gaji beh...jgn luper banjer kengkawan....tui tak fared???
hehehehehehehehehehe

Fared Raihan Ahmad said...

kuang ajo Pengintai Setia...
ko mmg setia skodeng kt blog aku... dan acapkali ko tukar nama.. akakakaka
HAFIZUL - result kuar? waaaaa best2
PUT3 - aku stuju ko bayo tiket dewa aku.... akakaka

Anonymous said...

jom p konsert dewa...

~xmen~