Friday, June 10, 2005

AKU

AKu... Aku...sejak kecil..
Aku sejak kecil mmg suka melukis. Subjek yg paling aku suka lukis ketika itu ialah manusia. Aku tiru apa saja benda benda yg ada di sekeliling ku. Baik gambar, mahupun apa yg muncul di kaca televisyen. Itulah aktiviti aku sejak kecil. Aku pernah melukis komik ciptaan aku sendiri dengan menggunakan buku latihan sekolah. Seingat aku ada 4-5 buah buku telah aku lakarkan. Malangnya aku tidak pasti di mana Masterpiece yg paling aku sayangi itu. Cerita dlm komik itu fasal bola. Fasal minat yg mendalam terhadap permainan itu.
Dan kecenderungan aku ke arah senilukis itu sememangnya membuahkan keazaman dan cita cita yg besar dalam jiwa aku sendiri. Apa saja pertandingan lukisan di sekolah pasti aku sertai. Dan nasib menyebelahi aku, pasti hadiah yg menanti di hari penyampaian hadiah. Kerana melukis aku di kenali di sekolah. Masakan budak lelaki yg pendiam seperti aku bisa dikenali seluruh sekolah bukan? tapi kerana kelebihan itu aku di kenali sejak aku bertanggungjawab melakarkan kemahiran aku di majalah tahunan sekolah. Aku sememang menanti peluang itu. Dan ia tiba tanpa di undang.
Semua org ada cita cita. Semua org ada impian. Begitu jua aku. Aku ingin berjaya sebagai 'Pembikin Visual'. Saja aku tidak meletakkan tag itu sebagai fine artist karna aku tidak mahu terkongkong dalam dunia fine art sahaja. Aku mahu coba semua.
Kerana minat aku itulah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke ITM (sekarang dikenali sbg UiTM). Aku gembira apa yg aku belajar. Aku gembira diterima belajar di jabatan Seni Halus, Fakulti Senilukis dan Senireka. Aku bertapa di situ hampir 4 tahun setengah dan sekarang coba - coba menjadi Mahaguru pula. Aku tahu akui, fine art student mmg sukar cari makan. Sebb itulah ramai kawan sekelasku yg jadi guru. Ada juga yg menyahut cabaran dengan makan gaji dengan syarikat2 di sektor swasta. Aku tidaklah mengatakan mereka yg jadi guru tidak bagus. Alhamdulillah, mereka ada profesion paling mulia di muka bumi. Mungkin jua aku menyusul selepas ini. Wallah'ualam.
Dalam 5 hari kebelakangan ini, aku telah di tegur oleh beberapa individu (anonymous) di ruangan maya ini. Mereka seakan tertarik pada karya yg aku paparkan di blog ini. Tertarik sebab menarik atau sebab hodoh? itu aku kurang pasti. Ada juga di antara mereka mempertanyakan sendiri tentang ke-fine art aku. Dimanakah letaknya? hmmm. Jawapannya mudah.
Selamanya. Ya, aku akan jadi fine artist selama yg aku mahu. Dan itulah kemahuanku. Walaupun sekarang aku bekerja tidak lagi mengunakan berus dan pening menghidu bau tupertine. Hanya tetikus sebagai ganti. Aku tidak comot seperti dulu. Aku tidak pakai selipar buat kerja. Tiada lagi ke kotoran di workstation ku. Bukan ini yg aku pinta. Bukan ini yg ku impikan. Tapi keadaan merubah segala, akibat tuntutan dan kesan survival di kota. Menjadi artist sepenuh masa bukan semudah yg kita sangka. Bukan mudah seperti bikin Maggi Mee perisa Tom Yam...
Tapi aku masih berhajat ke arah yg asli. Arah yg kurasakan itu yg ku cari. Mungkin masanya belum tiba lagi. Kerana keadaanku tidak bisa menghampiri..
Kita Berusaha hanya perlu berusaha, Allah Penentunya, tp kita jgn putus asa, coba dan terus mencoba jua asalkan masih ada peluang di depan mata.. kejayaan menanti ... dan aku masih menanti....
Insyallah
p/s bukan senang mahu senang...
bukan susah mahu susah...

10 comments:

NANI SHAHABUDIN said...

:)
go fared go!

Anonymous said...

orang kata, dalam hidup ini, jgn buang masa dengan melakukan perkara yang kita tak berapa minat, tapi lakukan perkara yang betul-betul kita suka...mungkin ada kejayaan yg akan menanti di sebalik perkara yang kita suka buat tu.

good luck!

[ zuril ]

Anonymous said...

walau apa bidang pun pekerjaan ko ceburi....apa yg ko minat, teruskan. Minat dan bakat yg ada dlm diri adalah anugerah yg tiada dapat di beli. Sekiranya dapat bekerja dlm bidang berkaitan dgn minat lagik bagus....

hafizulidham said...

Aku quote dari ayat ko:

"Tapi aku masih berhajat ke arah yg asli. Arah yg kurasakan itu yg ku cari. Mungkin masanya belum tiba lagi. Kerana keadaanku tidak bisa menghampiri.."

Teringat aku pada filem star wars, kekeliruan boleh membawa kita kejalan gelap. "Dark Side of the force can lead to many abilities, some consider unnatural"... ko join dark side aje la fared, jadi aku punya apperantice. Amacam..?

'Senator hafizul aka Darth Sidious'.. :)

JoeBangla said...

salam farid, thanks pasal datang blog. selalu dah aku datang blog ko nih, thru anne sama puteri nyer blog, saja jer tak komen apa2, malu kat diaorang (ha, put & anne, jangan gelak!)

Anonymous said...

best ape buat bende yang kita minat dan berjaya..... good luck n all the best.....

~xmen~

Fared Raihan Ahmad said...

hmmm
banyak komen membina.. terharu siol
luv u all
thanx
but i dont think anonymous hide his face is a better decision... show urself:)

minat atau wang? mana lebih penting.... pening tu...
dua dua....
tehehehe

Anonymous said...

i guess being an artist is hard, but then, if u have a dream, go for it!
;)

NANI SHAHABUDIN said...

macam kawan aku pulak, terlalu minat muzik sampai tak mau buat reja lain. kononnya tanak hipokrit pada diri sendiri. tapi poket kosong manjang...tu lagi haru kot. macam aku ni hipokrit la kot no. aku suka menari mak yong tapi mak aku tak bagi....wahahaha!!

Akuro ® said...

eeee...ooo... biskut rendam kopi O...

adeh!

dedulu, masa kecik sy nk jd dokter.

*oi, xde org tnya la!!*
*sukati kiterla nk citer gak..*

tp skrg kite panjat tiang letrik...
sob.. sob..

sapo nak jawab tu?