Wednesday, January 26, 2005

last five day in my life

I got install my new component in my PC; like DDRAM 512, MSI Mainboard and AMD Suprom, 1.8 Gig. You can imagine how much i spend to get this things.. i didn't want to mention it. just calculate urself... With a very kind of my roommate ,Zul he did the instalation for me( he used to be a technical support for this area..). then my Pc live again after 5 month. Yay!
I ride my bike to my destination, Lenggeng, Negri Sembilan.. I arrived at kampung at 9:30 p.m. It was a traffic near the junction to Nilai that night. Not a very surprise to me because the best moment to run out from KL was that night.. A lots of car, Lorry, and some of group 'mat motor' ride together.
Hari Raya Haji.. The only part that i felt like Hari Raya was a pray that evening.. itupun tak sempat gi,sebab kitorang lambat gerak. Tehehehe.. Most of my relative didnt wear a baju melayu, make that sense of festival was not really hapening.. Most of my relative didnt going back to Lenggeng, including my cousin Angah. He were acting so busy and this hari raya also didnt make it..so the conclusioin is, the festival not really celebrate much..really dissapointed...
My assignment not yet finish. i feel teribble right now. Remember about the assignment like see a ghost to me. Masyallah...

Wednesday, January 19, 2005

Moto,asap dan cilok


REd Devils..Muas kas kas kas!! Posted by Hello

Aku suka benar keadaan cuaca untuk dua-tiga hari lepas.. cantik saja. Tiada hujan. Kalau anda yg bikin dobi dua tiga hari lepas mmg sesuai benar. Hari yg cantik untuk menyidai baju, seluar, cadar, er..sotong...
Motor aku yg dah aku cuci dan polish kekal cam hari pertama. Suka benar aku. Berkilat manjang. Silap2 kalau korang takde cermin boleh le mengadap kat rim tayar aku tu buat cermin. Tu jela aku boleh gambarkan betapa berkilat dan bersihnya motor kesayangan aku ini.
Aku rasa nak dekat 6 tahun aku pakai motor ni. Aku beli di Klang. Asalnya aku nak SS2 Yamaha. Tapi,tiada rezeki aku masa tu. Makanya, aku sambar RG Sport 110. Masa aku beli dahulu, motornya berrwarna hijau lumpur, walaupun dalam geran tulis warna merah. Baru tahun lepas aku tukar cover set motor ini kepada warna yang tertera pada geran. Apa yg anda lihat pada gambar diatas adalah keadaan motor aku sekarang. Sejak aku kerja ni memang aku jaga juga motor aku ni. Tidak seperti aku buat Degree kt ITM dulu, setakat nak pakai ulang alik studio aje...lepas tu bior berkarat dan diliputi oleh minyak hitam..
Banyak kenangan ngan motor ni. Jatuh motor, bawak artwork besar bagak pakai motor(tehehehe),bawak awek, pergi servis motor buat pertama kali tp akhirnya kene tipu dan lain lain lagi.
Motor aku standard sahaja. Tiada sebarang modification padanya. Memang aku suka begitu. Tambahan pula, aku bukan mat rempit yg gemar upgrade motor yang akhirnya menjadi bahan tohmahan dan makian org sekeliling.. Nau'zubillah
Kuat lagi motor aku ni. Masih hebat di persada jalanraya. Setakat Highway tu boleh lenjan lagi la..Aku beli pun bukan motor ni masih baru. Aku beli secondhand tahun 1995 kalau tak silap. Di awal pembabitan aku dalam dunia permotoran ni, memang mendukacitakan aku. Aku rasa nak dekat 2 kali lay block. Giler. Sakit pale gak di buatnya. Mmg duit pinjaman aku save untuk motor aje time tu..Tapi nasib baik dia tidak meragam lama lama. Biasa la motor terpakai ni. Ikut nasib kalau dapat yang elok. Dan sudah nasib aku dapat motor ini. So terima se adanya. Ada orang tak berduit pun nak memliki motor ni. Kalau budak itm , mereka - mereka yang tiada kenderaan sendiri terpaksala daki bukit bukau tu dulu, lepas tu mandi peluh kt bilik lecture/studio. Kasihan...
Motor oh motor, kuda penungganganku.. ke mana saja dapat aku sampai ke destinasi dengan bantuan darimu.. tergantung jua pada diriku jika kering atau pun kebasahan dek hujan yg turun.. bagaikan mutiara...:))

Thursday, January 13, 2005

Aku

Ruang waktu kitaran untuk satu hari ada 24 jam. Ruang -ruang pernafasan untuk aku teruskan survival seakan tersekat-sekat..ku cuba panjat, lalu ku cari ruang yg lebih lapang dan kosong...akhirnya dapat jua bernafas. Aku dapat merasakan kesempitan ruang yg telah di sediakan itu. hidup aku sudah 'pack', sendat. Kerja ofis untuk semalam begitu menduga aku. Banyak.sudah tentu. Pada masa yg sama aku juga kena menghadiri kelas. Syukur juga member aku dapat menolong aku serba sedikit..tapi aku rasa bukan sedikit.. banyak jugala.. akakakakaka
Ilustrasi memang lambat sedikit untuk disediakan. pada masa yg sama terpaksa akur dengan kehendak semasa diamana kerja2 itu seharusnya habis dalam masa2 tertentu. Mesti pantas. sepantas wang mengalir di kawasan urbanisasi ini..Duit,duit,duit,duit. kalau tak kerana duit kita tak perlu semua ini.. ini keperluan. bukan kerana mata duitan. Kalau tak kerana duit macamana nak SORU brader? takkan nak harapkan ayah dan ibunda tercinta di kampung lagi. Kitakan dah besar panjang. Get your own life man.Tapi tak bermakna kita lupakan mereka. U get me?
Tsunami melanda baru baru ini. Sedih juga aku,tapi tak seperti respon aku terhadap kes rogol. Jiwa aku muram dan darah aku naik cam nak terpancut aje dari kepala aku. Sungguh durjana perogol2 malaysia.. takdapat awek dahi licin, sedara sepapat pun ko balun.. Nau'zubillah..
Setakat ni aku enjoy pi kelas Master. Seronok dengar forum dari pensyarah2 yg sememangnya 'Master' dalam bidang mereka. Semalam Dr. Muliyadi adalah panelnya. Aku terlewat hampir 1/2 jam. Nasib baik baru masuk intro.. belom detail lagi. Perkara yg di bincangkan sudah tentulah fasal kartun. Tentang perkembangan kartun2 ni malaysia hingga kini. Perbincangan itu membuatkan aku mengimbas kembali kehidupan aku di Raub. Aku mmg suka komik. Aku suka melukis pun sebab tengok strok2 komik di majalah dan juga suratkhabar. Tapi taklah hardcore.
Nama nama komik yg sudah lama terkubur di arena pasaran tempatan juga terungkap jua semalam. Nama nama seperti (sekadar menyebut beberapa nama) komik Humor, Fantasi, Gelihati, Jenaka, Gadis,Toin-Toin, Gelagat, Politik Kedai Kopi , Lanun, Bujal dan juga X-ray timbul dalam kehangatan forum. Mereka tidak dapat bertahan lama. Komik selaku wadah penyampaian secara tidak langsung kepada masyarakat. Ia berfungsi memberi tindakbalas apa yg berlaku disekelilang kita dan bahan2 itu dijadikan bahan humor utk tatapan se-malaysia. Namun begitu, hanya satu sahaja komik yg sehingga kini masih dapat bertahan.. iaitu Gila Gila. Komik ini lebih berisi. Pengaruh luaran tidak begitu dominan dari segi strok dah juga lawak. Ciri2 ciri masih terpelihara dan kini survive dalam pasaran..
Komik sekarang bukan semata2 komik. Isinya lebih infotainment(bak kata RTM). maklumat tentang action figure, permainan video, anime dan aktiviti dunia komik dapat dipaparkan lebih luas. Komik Gempak, Utopia(yg tengah aku layan sekarang) adalah antara komik yg mempunyai ciri ciri seperti ini. Kartunisnya lebih terdorong dengan lukisan2 komik jepun, Manga. Tapi pada aku tak mengapa dipengaruhi, kerana komik ini adalah media yg bukan dari Malaysia, dari luar juga. Aku sendiri terpengaruh dengan JAPAN stuff ni. Kalu tak masakan blog aku ni namanya FAredoshi! tehehehe. Jangan hilang maruah bangsa, identiti kemalaysiaan dan agama sudah cukup.

Thursday, January 06, 2005

Kegersangan Gol.

Aku kehausan gol. Buat kali pertamanya,sepanjang aku bermain Futsal aku tidak dapat menyumbatkan barang satu gol pun. Ini kalua dikira sudah seperti mengukir suatu sejarah peribadi. Ketajaman dan senses mendapatkan gol se akan hilang dalam pertemuan ulangan dengan WAJA FC. Kami hanya menang 2 perlawanan dan seri sekali daripada 6 perlawanan. justeru itu secara keseluruhannya kami kalah. Kalah lagi untuk kedua kali.
Tapi aku puas. Seluruh tubuh ini telah dijana dan membakar lemak2 yg tersimpan dlm tubuhku.. Hasilnya, aku 'dihujani' peluh di samping keletihan yg ketara. Adakala setitik dua jatuh di atas karpet hijau di Sportsplanet. Kami bermain baik. Cuma tidak sekeras pihak lawan. kami sangat 'baikhati'. Kami jarang bertemu lawan yg berkarektor sebegini. Mereka anggap ini bukan perlawanan persahabatan. Ini perlawanan akhir. Macam Singapura lwn Indonesia yg bakal berentap 16hb Januari. Inilah pendapat yang di beri oleh pengurus pasukan, Su Ling.

Another day without job

Tehehe..
Hari yg damai lagi indah ini, memang sesuai bagi aku untuk tidur. Kerja tak sampai2 di tangan aku. So, aku pun diam ajele..buat pe nak tunjuk baik minta kerjaan. Nanti di cop sebagai kipas boss pula. Nak tido lak takdapat. Resident Evil:Apocalypse dah habis aku layan..
Semalam aku dikejutkan dengan berita si Munif dah quit jadi student Master. Ditambah pula dengan si Hakimah juga tidak dapat berjuang buat sementara waktu kerana dia mengambil keputusan untuk tangguh..tangguh studi lama pula tu,setahun jai.. Maka tinggal la aku dengan si CT awek si Munif. Tinggal berdua.
Semalam juga moto skuter si CT pancit. Nasib baik tak bocor..buat letih aku tunda dengan si Koboi. Rupanya tak bocor..cuma kepala tiub tu longgar. Maklumla tayar tubeless. Susah nak bocor dlm masa singkat. Hampeh..

Wednesday, January 05, 2005

4 Skala Richter

Askm...
pepagi aku dah nak tulis blog.. ini seme gara 2 aku nak lepas perasaan geram kau kt pasukan negara LAGI. Siapa tonton Buletin Utama malam semalam? Tajuk berita Piala Tiger ialah - '4 Skala Richter'. Bertalan Bicskie sound direct punya.. aku nak tegelak pun ada. Scenario pemain yg tengah bermain meminta untuk di keluarkan merupakan scenario baru dalam profesionnya sebagai jurulatih bolasepak. Katanya lagi kalau di Eropah, pemain yg give up awal2 ni mmg di tarik lesen nya sebagai pemain bolasepak dan di suruh cari keje kilang ajele.. Aku rasa Allah tak meredhai la kesanggupan pemain Malaysia mengucup Piala Tiger tu. Piala Arak tu. Haram beb!
Setitik air arak boleh menyebabkan amalan 40 hari tak diterima.. tu baru kira setiitk.. Kalau satu botol? Sendri mau ingatla....
Aku syorkan pemain Malaysia yg macam ni keje aje kilang kt tmpt tinggal aku. banyak kekosongan ni. Kawasan internasional lagi.. Myanmar ada, Nepal ada, Indonesia ada, Bangladesh ada.. kt SS27 Shah Alam.
melalui pengamatan aku, pemain malaysia lemah dalam beberapa aspek2 penting bermain bolasepak. Aku pun jadi heran lak cemana mereka boleh terpilih jadi pemain Malaysia.. Jadi pemain Malaysia tu.. Wakil negara untuk lawan sebuah negara lain. Perlambangan tentang kekalahan itu menunjukkan kepincangan dan the weakness part of Malaysan futball.
Malu... sebab kalah...
aku rasa kalu aku selisih ngan org indon kt mana2 mmg malu.. nasib baik diorang ni tade komuniti yg besar kt Malaysia ni.. Kalu tak mmg bunuh membunuh pun boleh jadi.. Nau'zubillah.

Tuesday, January 04, 2005

Tragedi Bukit Jalil


Khalid Jamlus not really fast to break the 'great wall of Indonesia'.. Posted by Hello


Tanggal 3 Januari 2004, bakal aku ingati sampai bila bila.. Bangun je pagi semalam aku dah excited fasal pertemuan Malaysia vs Indonesia.. Tengok cermin kt bilik air pun ingat bola.. betapa taksubnya aku dengan game aritu.
Aku keciwa? sudah tentu...
Aku marah? sudah tentu...
Tapi aku redha dengan keputusan.. itu sajala kemampuan skuad Malaysia yg ada. Sejauh itu saja mereka dapat pamerkan..bolasepak kita makin teruk.. macam rosak akhlak..
Kita nak main bola untuk dapatkan gol.. bukan nak bertahan...kalu nak bertahan baik suruh FRU yg ade kt sekeliling padang tu.. mmg sure kebalnya.
Tapi betulla cakap pandangan seorang pendengar ERA.fm pagi tadi, pemain kita main macam STAR.. bawak bola macam jogging.... Aper? ko ingat ko Zidane ker? Berlainan pula dengan Indonesia.. mereka berlari sepanjang masa.. nafsu serakah menyerang menengelamkan sorakkan penyokong Malaysia..
Aku kt stadium rasa nak nangis pun ade.. tambah2 lagi bila diorang dah sumbat gol ke-3.. Member aku Zaidi tampak sugul. Begitu juga dengan rakannya lagi 2 org. Kami berempat macam tak percaya apa yg kami lihat didepan mata kami sendiri!
Aku rasa nak jerit kt player tu seme..BODOH!! tp aku tau, itu aja apa yg mereka terdaya... itu saja yg mereka curahkan kudrat mereka.. Mereka dah tumpas.. mereka 'terkorban' akibat 4 bedilan Tomohawk dr Indonesia...Harapan seluruh rakyat terlalu tinggi.. sukar sekali untuk di capai, apatah lagi untuk disentuh!
sebelom game ditamatkan, ramai juga berpusu- pusu keluar. Paling ketara bila gol ketiga Indonesia. Ade juga sorang abg tu baiknya sound kt org2 yg keluar awal.. Aku hanya mampu mengukir senyuman.. betul juga katanya..jgn bila malaysia menang baru nak tunggu sampai wisel penamat, bila kalah keluar awal...Itu sifat org yg mengaku kalah. Aku paling benci org macam ni.