Tuesday, December 30, 2008

HEROES atau David Blaine versi Malaysia?

Ahad lepas, aku bercuti bersama sepupu - sepapat aku. Sudah lama tidak cuti-cuti Malaysia bersama mereka. kali terakhir pun aku rasa ketika kami kecil - kecil dahulu. Destinasi budget kami taklah jauh dari kampung aku yg terletak di Lenggeng Negeri Sembilan. kami ke Pengkalan Balak, MELAKA. Kira2 sejam untuk sampai kesana. Kami pergi 3 kereta. Mase nak pegi macam-macam terjadi. Ditambah pula dengan mengekor kereta projek manager sering tidak kelihatan di jalanraya. Abg Azli membawa kereta agak laju. hahaha. Teruja kot nak sampai segera ke sana. Seronok juga merasakan & lihat deruan angin dan ombak yg bleh la aku kata ganasdi pantai Pengkalan Balak. Tp taklah seganas pantai di Bali. Ble surfing. Quiksilver la plak...
Tp Sebelum kami nak mandi manda..ada adegan yg tak hinggin kita nak lihat...
Sepupuku, RemyO (bukan nama sebenar) hampir putus asa melihat keretanya telah ter-lock dari dalam. Aku pun cuba2 buat2 pandai tp hasilnya mengecewakan. Begitu juga dengan Ajib, Dek An. Nasib baiklah ada seorang pakcik India yg sudi menolong kami mencungkil kereta yg telah terlock dari luar itu.
Selepas itu apa yg menariknya, kami temui seolah satu kuasa di sana. Tp tidak mungkin berlaku ditempat asal kami sendiri. Aku pun tak reti nak eksplain macamna. Korang lihat sendiri lah. Kami tetap merasakan berada disitu. Tp hanya jasad. Jiwa telah dikuasai kuasa yg meronta maukan keseronokan..Ya beda Beduuuuuuu.....

Yehaaaa...

David Blaine pun terkojut beb!

Huaaaagh!!

Macam Pedang Setiawan pun ade..

Amacam David Blaine, Brani?

Donia..Oh, Dunia...

Hmm... Slamat Petang Malaysia.....
Kisah Vietnam dan piala AFF Suzuki 2008
Tragedi bisa kita jadi kuat. Jadi lebih bermotivasi dan berinspirasi melakukan sesuatu. Tidak lama dulu Piala Asia dimenangi Iraq. Negara yg masih dalam keadaan darurat hingga kini. Negra yg aku rase satu padang bola pun tak sempurna kt tanah arab tu. Tapi for sure la mereka berlatih kt oversea. Tapi tak kisah la kan, yg penting mereka dah ukir sejarah. Kt piala tu pun dah terukir nama Iraq sebagai juara. Kini dia berlaku lagi keajaiban yg sama. Vietnam yg digelar negara ketiga pun dah boleh simpan piala diperingkat ASEAN iaitu AAF Suzuki 2008.
Apa dah jadi ngan Malaysia? Billboard dah besar gedabak kt federal hinghway tunjuk jersi baru, tp separuh akhir pun tak sempah nak jamah. Pengeluar? Nike beb. Baju pun mahal giler. Kalu blanja makan aku sebulan pun ble cover setengah bulan baru leh bayo. Menarik mmg menarik. Tp bakal terima ejekan manusia yg mengaggap itu jersi pasukan blasahan. Loser.
Maaf, mungkin aku kasar sket bahasa. tp aku rasa dah abis sopan kut kalu nak tengok prestasi pasukan negara skang.. Tepuk Dada,Tanya Selera.

Kapan dan 3 ekor anaknya yg comel.
Hai tersebutlah kisah seekor kucing yg bernama Kapan. Kapan ni kucing betina yg secara tidak sengaja dijumpai dalam keadaan menyedihkan. Dia telah dibelasah oleh sekumpulan anjing2 liar dikawasannya. Makanya, ketika kejadian itu dia telah diselamatkan oleh seorang Hamba Allah (HM). HM telah menolongnya membawa ketempat yg lebih selamat dah dirawat di sebuat klinik Veterina yg berdekatan. Alahai kesian benar Kapan. Dia telah lumpuh dikedua belah kakinya buat beberapa minggu akibat kejadian tersebut. Selang sepurnama, dia kembali cergas, dam bisa berlari seperti biasa, dan tidak lama selepas itu dia telah bunting beranak tiga. Anak yg dilahirkan amat comel mengikut pengamatan HM. Tp apa yg menyedihkan, kecomelan anak2 kucing itu membawa rindu dendam buat beberapa ketika tatkala 3 ekor itu telah diculik entah kemana. Kini hanya tinggal kapan dan HM saja.
Kenangan 1

Kapan dan Bob

Famili Kapan

Lelaki Emas di Bukit Bintang

Tempoh hari aku berada di Bukit bintang , Kuala Lumpur. Aku kesana saja mencari suasana setelah penat bkerja. Melihat hiruk pikuk dikota pun kadangkala nyaman pemandangannya. Tp ikut moodlah juga. Hehe. Aku bertemu Matt Sariey, seorang teman baikku yg bekerja disana. Segantang bercerita akhirnya kami berjalan 2 dikawasan itu. mata kami tertarik dengan salah satu persembahan yg boleh jugaklah aku klasifikasikan sebagai performing art. tp taktaulah apakah content yg cuba ingin disampaikan. Lagak seorang tua cina ini unik. pakaiannya serba emas. kulitnya disaluti debu2 emas yg ditampal diseluruh yg bisa dilihat. Bila di acukan kamera, dia akan bergaya,seolah olah bersedia untuk di photo-shoot kan.. malah kamera anset aku yg cabok ni pun dia sanggup possing... Hahaha

I'll be watching you..

..wanna ciggar?

Wednesday, December 17, 2008

A s s a l a m u a l a i k u m..

Sawang-sawang udah ku kiat..Lantai usang udah sapu hingga bersih.. debu debu udah dilonggok di tempat pembuangan..
Bersih kembali..Faredoshi..
Udah lama aku tidak berkata apa apa disini. alhamdulillah, aku masih bernafas dengan kadar normal, didalam suhu bilik ni. Ini mungkin kali terakhir aku tatap moniter komputer di kantor.
Esok aku mulai cuti..dengan harapan bisa sambung cita-cita aku dirumah.
Baru sebentar tadi aku terima lagi kad nikah. Aku rasa nak dekat 10 keping sudah aku terima tahun ini. normalnya bila dibincang soal ini aku juga pasti dpt tempiasnya... Bila kad aku nak keluar? Hah, nyata kad kali ini agak istimewa. konsep agak ringkas,hitam dan putih. Kad ini dari temanku 2 tahun yg lepas aku kenalinya..
Emak aku seminggu yg lalu baru sahaja keluar dari wad. Nasiblah baik dia keluar dua hari sebelum Hari Raya Haji. Cuak juga aku. Dia dijangkiti wabak Chikungkunya yg kini agak popular di Kedah. di Kedah aja sehingga kini sudah ada 32 org pesakit di kuarantin di wad seluruh negeri itu. virus moden ini dikatakan agak merbahaya juga. Berasal dari Tanzania. Jauh benar virus ini merantau. Dua-tiga benua mencelah.
Oleh kerana virus itu juga ,rancangan aku ke Simpang Lima_Batu Pahat, Johor juga terencat. Ruzi akhirnya menikah juga. Aku benar2 mau temui sahabat ini. Sudah lama benar tidak ketemu. Rindu juga rasa di hati. Apapun diucapkan selamat penganti baru kepada Ruzi b Jamil dan pasangannya. aku hanya dpt lihat fotonya dari abg. Halim. Aku tersenyum sendiri bila melihat gambar mereka beramai ramai itu.

Hai,selamat pengantin baru, semoga ke anak cucu....

Thursday, July 10, 2008

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Nu_semester

New semester.Baru bermula.Agak perlahan pergerakkan akademik kali ini. Pelajar yg baru habis menjalani latihan amali secara diam diam cuti tanpa kebenaran. Walhal, semester pembelajaran baru bermula.
aku juga seperti tidak merasai nikmati cuti itu. Sibuk juga. Dan aku sedar ramai yg kehairanan kenapa government servant seperti aku juga sibuk macam swasta. alasannya mudah sahaja. Aku buat kerja.

Thursday, May 22, 2008

CHAMPEON OF EUROPE - MUFC

Perlawanan pagi tadi aku tunggu penuh kesabaran itu berbaloi juga akhirnya. Satu ketika seakan Piala Eropah itu akan terlepas ke tangan Chelsea, tetapi keajaiban telah berlaku. John Terry gagal menyempurnakan sepakan terakhir buat Chelsea. Dia terjatuh dan bola tersasar tatkala Van Der Sar sudah tertewas.
Ronaldo,secara peribadi mmg aku sangat sangat marah pada dia. Dia gagal menyepak masuk. Mujur Terry selaku ketua pasukan Chelsea terjatuh dan gagal juga meyumbatkan bola ke dalam jaring. Sepakan Suddent-death di tentukan buat mencari pemenang. Nicholas Anelka, pemain yg dibeli Chelsea pada petengahan musim gagal dalam percubaan sepakannya dek kerana Kecekapan Van der Sar mengagak arah pergerakan bola. Sang Hero Van Der Sar jadi kebanggaan.
Drama babak babak pergaduhan juga menarik dalam game ini. Makelele jadi penyebab Owen Hargreaves dan Paul Scholes mengalami pendarahan di hidung. dia kemudiannya mendapat balasan setimpal oleh Teves yg seakan membalas insiden yg lepas dengan mecekup mukanya. Pengadil tak dapat melihat kejadian itu. Perlawanan terhenti seketika.
Drogba juga jadi perhatian. Dia diarahkan keluar padang dek kerana menampar Vidic. Amat menyedihkan peristiwa itu berlaku tatkala perlawanan hebat dan tampak berhati hati. Kecoh.. Memang kecoh.

Apapun tahniah buat Manchester United!
Penalty taker -giggs, nani, anderson, carrick, owen hargreaves, c.ronaldo
Penalty loser-C.ronaldo(should thanks to Terry after fail to complete the penalty shout out
Hero - Van Der Sar (save the anelka penalty kick)


Kelmarin-Semalam

Kelmarin
Aku terasa gelombang itu. Gelombang persis aku menaiki bot penambang di Kota Kinabalu tempohari. Berhayun ahun buat seketika. Kepala jadi pusing sejenak. Sedetik itu aku dengar org riuh rendah di luar studio ku. aku mula mencari pandangan dari luar tingkap. Kelihatan sekumpulan penginap-penginap ''kotor'' keluar dari kawasan hotel. Hotel Comfort. Hotel itu seakan tempat lampiasan nafsu nafsu remaja.
Ketika itu aku sedang menonton kotak televisi, pelawanan bolasepak Malaysia menentang Nigeria. Sebaik sahaja Safee Sali menjaringkan gol penyamaan buat Malaysia, aku merasai gegaran itu. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku, aku merasai vibrator bumi, seakan memberi amaran. Amaran Ilahi.
Semalam
Suratkhabar... bila saja aku membelinya pasti aku melihat pada bahagian paling belakang itu. Segmen sukan itu pasti aku cari dahulu. Seakan ketagihan dan semacam keperluan apabila baca tanpa berita sukan.Tapi berlainan untuk kali ini. Berita muka depan Metro punya kaitan dengan aku. Oh rupanya gegaran yg aku rasai semalam adalah kesan gegaran dari Sumatera berskala 6.1 richter. cuma aku alami kurang dari 0.5 skala richter aja! Tapi sudah cukup membuatkan aku jadi panik.
Segmen belakang pula jadi bacaan.Pertembungan dua gergasi pasukan bolasepak England bakal bertemu dalam perlawanan akhir Piala Juara Juara Eropah di Moscow. Aku mmg rasa tak sabar sabar nak menonton. Sejar tahun 1999 yg lepas, aku jadi saksi juga tika MUFC julang piala eropah itu. aku jerit sorang sorang kat rumah. Adik dan kedua ibubapa aku dah nyenyak tidur.
Sejak aku tingkatan satu sampai la sekarang, aku masih menyokong Manchester. Aku mash ada simpan keratan akhbar yg lama lama tentang MUFC dek kerana minat yg mendalam.
I sill remember in 1995, when i have a Pendidikan Jasmani class, most of the boys went to the field playing football. Girls, remained in the class, doing a free activities just because the syllibus of that particular subject didnt have. So, the boys playing football. We separate the group into two. One side who ever have a feeling support Manchester United and another side who support the Liverpool or anti-Mufc. Most of the time my group the MU supporter got winning. and the head of the anti-Mufc was a man named -Mohd Rodzi Shamsuri. We live at the same neigbourhood. He stay with his brother's family. He was so into Liverpool and Nirvana.(you know that time was the alternative music influences). the Gamma Suzuki bike, sprayed red and the noisy ekzos buloh break the calmless of school. But i never seem him for 10 years. He's dead in motocycle accident that day. So sad to him and his family,i lost a friend, who got so good brain. i miss that as a some of that my recollection long lost memory..
Al-Fatihah...

Harap ronaldo tak bikin gaya gaya fancy sebelum MUFC gol.
Glory Glory Man Utd!!!

Thursday, May 08, 2008

Orang Halus? Bomoh? Org Seni?

Dahulu, pernah seorang teman aku di kampung bertanya ''Kursus apa ko amik kt ITM?''
'Seni Halus'' jawabku ringkas.
''Ko jadi bomoh ke ape, deal ngan org org halus eh?'' si Polan menambah..
Aku terkedu.. adalah sesuatu yg baru dan ANEH bagi latihan/jurusan menjadi seorang pelukis dimatanya jika nak dibandingkan dengan kursus jadi doktor atau jurutera.
''aku melukis. diatas kanvas.melukis objek2 yg aku suka tp ada makna punya..'' aku cuba menerangkannya dlm bahasa yg lebih mudah.
tp itu dahulu. Mungkin kini mereka sudah faham sedikit barangkali. Kursus aku yg di anggap ilmu perbomohan itu tidak lagi salah dari segi interpretasi. Senyum sendiri jadinya.
Beberapa hari lagi Hari Penilaian Ijazah bagi pelajar Seni Halus akan berlangsung. Penilai dari luar bakal datang. Bagus juga mereka ada. Persepsi dari institusi dari dunia yg lain amat penting. Pak Asmudjo dan Dr. Lenny bakal datang. mereka hadir dari dua benua yg berbeda. Asmudjo dari Institut Teknologi Bandung, dan Dr. Lenny dari United States.
Artwork pelajar aku kali ini bagus dari yg lepas. Ada sesuatu yg boleh kami banggakan disini. Ada juga yg bisa kita jadikan iktibar. Maklumlah, dlm proses pembelajaran pasti ada try and error.
Aku jangkakan pasti ramai yg boleh jadi artis untuk batch kali ini melihatkan potensi dan pendedahan yg telah mereka dapat secara formal ataupun tidak. Jika nak di bandingkan dengan zaman aku, memang jauh benar senarionya. Kini galeri tumbuh bagai cendawan. Lukisan atau lebih general,karya bersifat seni semakin mendapat tempat dikalangan collector. Mereka sgt beruntung.
So, jgn lepaskan peluang ini, kerana kamu - pelajar Seni Halus harus bangga apa yg kamu ada. Begitu juga aku,kerana masih ada kesempatan untuk aku bernafas dlm kelompok org org yg punyai minat yg sama, dan punyai cita cita yg sama....
Seni untuk semua...
Ya, banyak rintahan onak berduri menanti kita, tp kita harus percaya apa yg kita mahu. kita bukan mahu jadi kaya,tp kita bergerak dlm keadaan melakukan kerja kerja yg kita suka - membuat objek objek seni dalam bentuk 2d atau 3d..
Terserah anda, kamu dah berkorban 4-5 tahun di jabatan ini, melukis, mencanai, mengecat, mencetak. Takkan bila keluar nanti TAK praktik kan apa yg kita buat kan?
Fikir fikirkan lah..

Wednesday, April 16, 2008

PERMATA KEPUNYAAN SETAN MERAH


hmmm
skang Alex Ferguson boleh tido lena...
masuk padang ble gurau2 kot.
impian nak simpan Barclay Premier League semakin dalam gengaman.
so sorry to rival; Arsenal -so talented TEAM but not very strong till the end of league
Chelsea -Israelian lead the un-intertainment show of futball by Chelsea
L'pool -So unpredictable team. can loose or win. Freak team
Portmouth-Team ni aku suka. Pemainnya terdiri dari pemain buangan tp kuat dan mencabar.

Ayam tambatan Man Utd, Cristiano Ronaldo dah bitau dah... dia dh begitu setia ngan United. Tak reti reti bahasa betulla Real Madrid ni... Mereka gagal develop young player... pastu nak rembat plak permata Man Utd ni.. Real nak beli Ronaldo lebih kurang 90 juta poundsterling.. gila**** .Ronaldo sendiri menegaskan dlm
www.manutd.com :


“I just don’t care what the whole world seems to want to say about me or speculate about my future. I’ve said it a thousand times and, by now, people should realise . . . I’m totally happy at United. I’m in the form of my life and I’m having the season of my career so far. So it makes me mad sometimes to read some of the things which are supposed to be related to my future"


fikir fikir kan la..
dan selamat beramal....

Wednesday, April 09, 2008

K E R J A = .................

Sekarang sudah bulan empat, dua ribu lapan. Macam banyak benda belom settle. Thesis dah gerak tp lom habis. tinggal dua bab Keje banyak itu dah jadi kebiasaan.Tak perlu nak mengadu ape ape. Semua org ade kerja. Kerana kerja hidup kita ade gak makna. Kalu tak boring je. Nak lepak macam raje,tapi raje pun tau buat kerja. kerja buat kita lupa beberapa perkara. Masalah, teman, komitmen, duit. Kalau kita ikhlas mesti lupa seme tu sbb kita ihklas bekerja. Kerja tak ikhlas akan mendatangkan kemudaratan pada diri dan org lain. Kita akan jadi terlalu berkira. Seme berkira. So biarla kita buat keje yg kita suke.Tp jgn pula terlalu memilih.
Macam buat lukisan juga. Kalu kita tak suka objek yg kita lukis, tentu tak kemana lukisan tu. akhirnya mungkin tak siap.atau dia tak ensem. Kurang segala galanya.kurang pedas, kurang manis.Kurang masin.Kureng arr
Kerja yg bersifat bersama biasanya cepat siap. kadang kadang jadi excellent.Tp kalu dapat genk yg kurang motivasi lain la pula tragedi dia. bergaduh. hipokrit.buat buat rajin.dan paling penting tak buat keje la kan. hubungan pun jadi renggang.anda juga dpt tau juga keperibadian dia bagaimana. so mungkin itu tanda-tanda dihujungnya.
Kerja pakai otak mungkin org fikir tak penat sgt.Maklumlah bukan angkat batu bata pastu susun buat dinding konkrit kt tapak konstruksi.Ditambah pulak panas terik.Itu seme tak betol. Keje pakai otak penat kt bahagian otak le. Bila otak dah penat.seme seluruh anggota takleh nak pakai. Ble la pakai,tp terhad.Jadi tak efisien. Cam bateri lemah ar gitu.
Keje kt mana mana pun sama. Kalu keje jadi PM pun tak tentu hala makan minum. Rasmi sana,pi rasmi sini. Pecah tanah sana, pecah tanah sini.Selagi kita ade komitmen.Semangat nak bekerja.Semua jadi senang.Tak menyusahkan org,tak menyusahkan diri sendiri.
Lu pikir le sendiri....

Thursday, January 17, 2008

Datang dan Pergi






































Prof Ponirin bakal meninggalkan FSSR secara rasmi harini. aku mendapatkan tandatangan beliau buatkali terakhir tadi sblm aku pergi ke Sabah bulan 2 nanti.


Mohd Syuhailly AKA O'om, sudah pun meninggalkan umah di Putra Heights, makanya, aku kena pindah. tapi dimana ya?


No.21 Putra Height.. aku pula meninggalkan dia.. bakal tinggallkan dia dengan seribu cerita.
Life must goes on..

Monday, January 14, 2008

Amboi Ogoi! Ondait Kilan!!


Kawan kawan...Ogoi dan Zai. Setelah menyepi, akhirnya muncul dengan membawa kekasih hati.Dan sekarang jadi
seorang demi seorang dah buat masjid.
aku je belom. Tiap kali balik kampung mesti soalan maut yg menerjah aku, cam abang terjah di MELODI.. no mercy. hehe


ini sebahagian dari gambar gambar yang aku sempat upload. bukan mudah nak dapat tengok ni..
hahahaha

**ni klik aku di Raub. tah ape jadi lagi 10 tahun..