Thursday, May 22, 2008

CHAMPEON OF EUROPE - MUFC

Perlawanan pagi tadi aku tunggu penuh kesabaran itu berbaloi juga akhirnya. Satu ketika seakan Piala Eropah itu akan terlepas ke tangan Chelsea, tetapi keajaiban telah berlaku. John Terry gagal menyempurnakan sepakan terakhir buat Chelsea. Dia terjatuh dan bola tersasar tatkala Van Der Sar sudah tertewas.
Ronaldo,secara peribadi mmg aku sangat sangat marah pada dia. Dia gagal menyepak masuk. Mujur Terry selaku ketua pasukan Chelsea terjatuh dan gagal juga meyumbatkan bola ke dalam jaring. Sepakan Suddent-death di tentukan buat mencari pemenang. Nicholas Anelka, pemain yg dibeli Chelsea pada petengahan musim gagal dalam percubaan sepakannya dek kerana Kecekapan Van der Sar mengagak arah pergerakan bola. Sang Hero Van Der Sar jadi kebanggaan.
Drama babak babak pergaduhan juga menarik dalam game ini. Makelele jadi penyebab Owen Hargreaves dan Paul Scholes mengalami pendarahan di hidung. dia kemudiannya mendapat balasan setimpal oleh Teves yg seakan membalas insiden yg lepas dengan mecekup mukanya. Pengadil tak dapat melihat kejadian itu. Perlawanan terhenti seketika.
Drogba juga jadi perhatian. Dia diarahkan keluar padang dek kerana menampar Vidic. Amat menyedihkan peristiwa itu berlaku tatkala perlawanan hebat dan tampak berhati hati. Kecoh.. Memang kecoh.

Apapun tahniah buat Manchester United!
Penalty taker -giggs, nani, anderson, carrick, owen hargreaves, c.ronaldo
Penalty loser-C.ronaldo(should thanks to Terry after fail to complete the penalty shout out
Hero - Van Der Sar (save the anelka penalty kick)


4 comments:

hafizulidham said...

damn lucky!

Fared Raihan Ahmad said...

hero comes to be a champions again...

Glory glory man utd...
hahaha

aku mizi said...

x sukanya aku..cis...

Lobak said...

Hi Fared...bila nak wat exhibition nie?..