Wednesday, December 17, 2008

A s s a l a m u a l a i k u m..

Sawang-sawang udah ku kiat..Lantai usang udah sapu hingga bersih.. debu debu udah dilonggok di tempat pembuangan..
Bersih kembali..Faredoshi..
Udah lama aku tidak berkata apa apa disini. alhamdulillah, aku masih bernafas dengan kadar normal, didalam suhu bilik ni. Ini mungkin kali terakhir aku tatap moniter komputer di kantor.
Esok aku mulai cuti..dengan harapan bisa sambung cita-cita aku dirumah.
Baru sebentar tadi aku terima lagi kad nikah. Aku rasa nak dekat 10 keping sudah aku terima tahun ini. normalnya bila dibincang soal ini aku juga pasti dpt tempiasnya... Bila kad aku nak keluar? Hah, nyata kad kali ini agak istimewa. konsep agak ringkas,hitam dan putih. Kad ini dari temanku 2 tahun yg lepas aku kenalinya..
Emak aku seminggu yg lalu baru sahaja keluar dari wad. Nasiblah baik dia keluar dua hari sebelum Hari Raya Haji. Cuak juga aku. Dia dijangkiti wabak Chikungkunya yg kini agak popular di Kedah. di Kedah aja sehingga kini sudah ada 32 org pesakit di kuarantin di wad seluruh negeri itu. virus moden ini dikatakan agak merbahaya juga. Berasal dari Tanzania. Jauh benar virus ini merantau. Dua-tiga benua mencelah.
Oleh kerana virus itu juga ,rancangan aku ke Simpang Lima_Batu Pahat, Johor juga terencat. Ruzi akhirnya menikah juga. Aku benar2 mau temui sahabat ini. Sudah lama benar tidak ketemu. Rindu juga rasa di hati. Apapun diucapkan selamat penganti baru kepada Ruzi b Jamil dan pasangannya. aku hanya dpt lihat fotonya dari abg. Halim. Aku tersenyum sendiri bila melihat gambar mereka beramai ramai itu.

Hai,selamat pengantin baru, semoga ke anak cucu....

No comments: