Wednesday, May 25, 2005

Pernahkah...

Pernah atau tidak, anda..
...melihat seseorang begitu perfectionist pada zahirnya, tapi sebenarnya ke-hampeh-an duduk dalam dirinya. Ketrampilan dirinya begitu terserlah pada suatu masa, tetapi setelah di gauli kelihatan jua kecacatan pada dirinya. Itulah dia, manusia yg tidak bisa jadi sempurna, tetapi sedaya upaya mau sebahagian dari perkataan itu. Kita harus redha situasi begini.
...melihat seseorang yg coba mengurat/memikat seorang gadis/pria di mana dia telah sedia maklum, bahawasanya individu itu sudah mempunyai teman atau tunang.
...melihat couple couple yg berjalan beriringan di shopping2 kompleks dimana pasangan itu bagai Beauty and the beast. Pada zahirnya mereka tidak cocok sekali, tapi mereka punyai chemistry di dalamnya.
...melihat suatu masa tertentu, rutin hidup anda membosankan dek kesibukkan dan masa yang agak terhad mengadap kerja yang dilakukan berulang2 kali di samping tempo yang agak perlahan?
...terfikir apa yg bakal terjadi pada diri anda 5 tahun akan datang? Apakah perkara baru yang menyelinap masuk dalam diri anda dan apa pula yg keluar secara halusnya?
...anda perasan ketibaan seorang individu yang boleh dianggap berpengaruh boleh mengubah suasana di meja makan menjadi lebih happenning atau mungkin keadaan lebih pasif berlaku?
...bayangkan jika negara kita diserang oleh penjajah seperti Amerika dan kuncu2nya? Apakah persediaan yg bakal kita lakukan? Sudah tentu negara kecil berhampiran kita turut sama menjadi dalang penjajahan itu, bukan? Apakah nasib anak2 kecil melayu yg bisa dipijak2, di perlakukan seperti Penjara di Abu Ghaib? Nauzubillah....
...terfikir sampai bilakah kita mahu menyokong negara yg kita tahu jagoan dlm bolasepak seperti Brazil, Netherlands, England dan Japan? Bilakah kita mahu memakai jersey negara sendiri dan mempunyai nama pemain negara Seperti Akmal Rizal-14? Sampai bila?
...terfikir kenapa budaya barat yang menjadi ikutan dari pelbagai bentuk seperti fesyen,muzik dan gaya hidup? Bagaimana pula keadaannya keadaan itu di-reverse kepada Easternization? Apakah mat salleh akan pakai baju melayu dan samping pergi shopping kompleks dan mengabaikan seluar jeans dan t-shirt logo Star Wars? Tidak mungkin....
...berasa pelik begitu banyak orang nak jadi penyanyi sekarang? Dah tiada kerjaan lain yang boleh menyelamatkan masa depankah? adakah semua orang mahu dirinya dikenali? Begitu mahalkah harga sebuah kepopularitian?
...terfikir bahawa anda memiliki apa yang anda miliki sekarang? Syukur......

p/s Letih daa tulis. Banyak lagi ni lagi nak tulis sebona eh..
Dewa biar tinggal dlm kenangan abadi..Duit tarak. Dah pokai.

Tuesday, May 17, 2005

DeWA de Concert


So, pada rakan rakan yang meminati muzik DEWA, adalah baiknya anda mengambil kesempatan ini untuk melihat sendiri kehebatan mereka. Mereka mempunyai pilihan lagu2 yang banyak, tidak bersandarkan pada satu buah lagu sahaja, malah sebelum kemunculan DEWA (dahulu dikenali sebagai Dewa19), mereka kaya dengan seleksi lagu2 mereka menerusi bekas vakalis lamanya, Ari Lasso (nyanyi lagu Rahasia Perempuan tu...). Sekarang ni dah di ganti dengan Once. Tetapi tulang belakang 'pasukan' ini adalah Dhani Ahmad (nyanyi lagu "hancur hatiku..mengenang dikau.....).

Logo baru kumpulan ini pernah menjadi kontroversi di Indonesia kerana di dakwa menyerupai tulisan kalimah "Allah" oleh satu pertubuhan Islam yg agresif di sana.
Ini iklan dia di website..klik
http://www.kamdar.com.my/v4/contents/cosponsor.htm
Yang ini pula kalau nak save as v/clip baru dia Satu... mmg surealis abis la.... mmg betul2 dewa la aku cakap wei...
http://www.indonewschannel.com/INC_videos/
INC_entertainment/music_videos/FINAL DewaSatu.wmv

Friday, May 13, 2005

Berhenti Kerja

Tahun 2005 ni belum lagi masuk half time, tp macam2 perkara dah berlaku kt tempat kerja aku. Fasal org itulah, si dialah, fasal si polan dengan si polan lah, gaji sangkutlah(normal...), kutuk org tu la, kutuk org ni la.(tp si pengutuk tak sedar dia tu lagi dikutuk..manusia..manusia. bila la kalian nak berhenti tabiat ni..). Tapi semua tu aku anggap klise. Biasalah, itu semua itu asam garam kehidupan. Aku rase semua company ade masalah sebegini. Mahu atau tidak, terpaksa telan jua.
Dalam banyak2 perkara yg berlaku, ada perkara yg bolehlah aku anggap unik, iaitu soal berhenti kerja. Kalau diperhitungkan, hampir sepuluh org dah berhenti kerja dari kompeni aku dlm tahun ini sahaja. Hebat tak? Individu yang aku anggap paling memberi penangan hebat pada aku adalah cik Yen, bekas Art Director aku dan programmer - Bad. Sekarang tempat cikYen sudah diisi oleh org yg paling kanan, Jijoi. Jijoi ade bawa perubahan yg aku boleh aku anggap positif. Harap ia berterusan. Tempat Bad pulak cam tak di isi. Semalam sahaja, seorang ID (instructure designer) resign. Jarang sekali dia meletakkan sebaris ayat dlm status Y!Messenger. Tapi, hari semalam adalah sebaliknya. Bunyinya gembira semacam. Seakan keluar dari Kem Bina Negara. Rentetan peristiwa budak ofis aku berhenti kerja rasanya tidak akan terhenti sampai disini. Kemungkinan besar akan ada yang bakal menyusuri yg telah melangkah keluar dari pejabat ini.
Seingat aku bermula dari Li Foong - Ema - Su Lyn - cikYen - Rina - Sri - Andre(bakal....) - ???... ramai siut. Tiada pengganti lak tu..
Apakah sebabnya mereka berhenti? Mereka sahaja yang tahu. Tapi satu - dua sebabnya semua org disini tahu. Rasanya tak manis bicaranya disini. Cukuplah apa yg ketahui secara umumnya. Tempat kerja di sini bagus bagiku. Semua kemudahan ada. Politikus juga tiada. Kawan2 sekerja juga kebanyakkan ble masuk.. Nasib baik tiada kolam renang di atas bumbung.. Akaka
Segala yg dianggap kekurangan dalam ofis aku ni, aku anggap ia hanyalah perkara biasa. Aku tidak bisa membanding - bandingkan dengan kompeni yg lain. Aku rasa tak adil. Maklomlah, inilah kompeni pertama aku bekerja dan hingga sekarang aku masih menabur bakti disini. Aku masuk tahun 2003, padahal waktu itu, tak sampai sebulanla aku habis belajar.(belum Konvo tau..). Rejeki aku gamaknya. Dari ramai2 batch aku tempohari, tinggal dua org sahaja hingga kini, termasuklah aku. Yg lain ada yg telah di tamatkan kontrak dan ada yang berhijrah.
Aku tidak tahu apa yg berlaku dimasa akan datang. Apa yang aku tahu, aku bekerja sepenuh hati dan memberikan yang terbaik pada masa aku disini. Berhenti? hmmm ajal, jodoh semua ditanganNya.


P/s : konsertnya Dewa pun macam best kalu pergi 28hb ni..

Tuesday, May 10, 2005

FILEM seni untuk seni? seni untuk masyarakat?

Last filem aku dok tengok dua tiga menjak ni seme art movie. er..ble la kut aku klasifikasikan sebagai art movie, sbb citer tu kene pikir2 pehtu lak ngan dia punya shot2 yg menggagumkan. Pehtu dialog cam makan dalam je..Aku sbg student art mmg la ble appreciate hasil kerja seni sebegini, tapi boleh ker org biasa? aku taklah cakap aku ni org luar biasa, cuma mahu membezakan org2 yg memahami seni atu yg tidak memahaminya.
Hmm.. kawan kawan(org biasa) akan cakap - 'biase je filem ni..' 'apa yg bestnyer fared oi?' 'aku tak paham la...' "Lepas dia kene langgar sapa yg angkat tipon ek? voice mail ke?" "boring le filem tu.." Ni la antara dialoq yg biasa aku dapatla.. Eeeee nak je aku luku pale seko2... tehehe Aku tidaklah salahkan diorang, tp salah siapa ya? salah cikgu guru lukisan tingkatan lima ker? sbb guru tingkatan lima ni ajo memain je seni ni... ish ish..
Baru baru ni aku berkesempatan nonton filem indon - Mengejar Matahari. Cerita ini di arahkan oleh Rudi Soedjarwo tu.. pengarahnya Tentang Dia. Aku kagum siut. Ceritanya simple. kisah 4 org sahabat yg bersahabat dari kecil hingga dewasa sehinggalah terjadi satu peristiwa yg memisahkan mereka. Lokasinya tak lawo. Lokasi kt rumah flat murah. Penuh dengan kesesakkan. Terus terang jele cakap. Tp kebijaksanaan kameraman ni la, kawasan tu jadi cun.. Tak caya.. pi la carik kt kodai.. cerita yg penuh simbolis, jujur dan ringkas. Bukan nak mendewa2 kan karya seberang, tp itulah hakikatnya, mereka lebih bagus dari kita. See?
Million Dollar Baby (omputih) dan 2046 (chinese movie) adalah yg menuruti selepas itu. Kalu korang sekepala ngan aku ni aku suggestla ketiga2 filem ni. Baguih tuk pemikiran.. Memang tak rugi la nonton. ..jangan dok tengok Erra ngan Yusri je.... Wakakaka. Upssss jgn marah ek peminat erra yusri...

Thursday, May 05, 2005

COKELAT bisa dimakan dan didengar? waffer atau bar? :)


Aku dan Cokelat (klik pd gambar utk BESAR) Posted by Hello

Hmm, dah lama tak mengepos bait2 kata dan gambaran di sini. Bukan apa, tiada apa yg menarik nak dikongsikan bersama.
Baru2 ini, salah seorang sahabat aku outstation ke Jakarta. Lantas kesempatan itu aku kirimkan tugasan buatnya untuk membeli cakera - cakera padat buatan sana. Menurut rakannya disana, cakera Cokelat yg pertama sukar skali didapati. Iyala, Cokelat dikenali hasil album kedua - RASA BARU. Mmg rase lain la dan sejak itulah aku mengemari muzik mereka. Alunan suara Kikan(vokalis) ala - ala Alanis morisette, ngan Dido. Kalo kat Malaysia ni macam Abot la. Tp Abot dah sunyi. Lagu Abot enak juga. Tp berkubur. Sayang skali.
Gambar kt atas tu karya aku terbaru hasil dari masa yg benar2 terluang di opis ni... ish ish. tade keje pun boring, bila ade keje nak rilek pulak.. takpaham btul aku.
Siapa blom dengar lagu baru Cokelat? esok le aku upload kt Radio blog aku..
Sumber gambar di trace dari www.cokelat.net