Thursday, January 08, 2009

Old town White Coffee looks suck after the absence of Cucumber!

Sabar...Sabar...En.Bad
Sabar..Sabar...

Tempohari aku ade kembali berjumpa dengan junior2 aku. Junior aku ni special sket sbb tanpa mereka ni aku mmg takkan grad sbg pelajar seni halus yg berijazah. Jika di kenang kembali, mereka amat berusaha menolong aku,dan rakan rakan sekelas ku ketika itu. Kepada Syida, Ena dan Oya. Terima Kaseh sbb tolong.
Hubungan yg rapat antara aku dan mereka adalah bukti betapa sesi induksi yg baik akan menghasilkan satu semangat kebersamaan. Walaupun sekarang beberapa sekatan yg menidakkan kewujudan sesi induksi, tp ia wajar dijalankan, memandangkan sikap pelajar sekarang yg lebih kepada individu dan bukan bersifat kolektif.
Berbalik kepada perjumpaan aku dan mereka + En Badrul Naim di Old Town White Coffee. Duduk saja, kami memesan makanan berdasarkan MENU yg tersedia. Aku tertarik dengan gambar di dalam menu itu, lalu aku memesan hidangan itu. Mahu dipendekkan cerita, apa yg aku dapat tidaklah seperti yg di gambarkan di dalam gambar. Aku dapati takde cucumber slice di dalam hidangan. aku cuba nak komplem. Aku cuba beri mereka option,jika tiada cucumber gantikan saja dengan salad.Tp nampaknya pekerja yg kurang daya terlatih itu tidak memahami perkataan aku. Sejak itu baru aku sedar bahawa hampir separuh pekerja disitu adalah org asing.
Aku memberikan pekerja itu option berbicara dlm Bahasa Inggeris. Nampaknya membantu. Hidangan aku dikembalikan kedalam dapur. Aku dan En. Badrul menunggu lagi.
Tidak lama kemudian, aku bertanyakan kembali hidanganku, memandangkan aku dah kelaparan. Begitu juga En.Badrul , Ena, Uya dan Syida. Amat memeranjatkan apabila aku mendapati bahawa hidangan aku sudah di berikan kepada pelanggan lain. Dan untuk menambah lagi derita telinga untuk di dengar, hidangan si Ena juga tidak ada buat masa tu. Wallawei, kenapa dia tak beritahu awal awal? dan kenapa hidangan aku skip pd customer lain? F%@*K!
Ini menyebabkan aku hilang sabar.
Setelah selesai kami hirup minuman, kami keluar dari tempat tu. sungguh memalukan. restoran yg berkonsepkan kopitiam ni mmg memalukan. Old Town White Coffee, itu adalah yg kedua dan terkahir aku kesana!

2 comments:

redSeptember said...

branch mana ni?

Fared Raihan Ahmad said...

Branch Plaza Masalam, Shah Alam
sungguh mengharukan....