Thursday, May 22, 2008

CHAMPEON OF EUROPE - MUFC

Perlawanan pagi tadi aku tunggu penuh kesabaran itu berbaloi juga akhirnya. Satu ketika seakan Piala Eropah itu akan terlepas ke tangan Chelsea, tetapi keajaiban telah berlaku. John Terry gagal menyempurnakan sepakan terakhir buat Chelsea. Dia terjatuh dan bola tersasar tatkala Van Der Sar sudah tertewas.
Ronaldo,secara peribadi mmg aku sangat sangat marah pada dia. Dia gagal menyepak masuk. Mujur Terry selaku ketua pasukan Chelsea terjatuh dan gagal juga meyumbatkan bola ke dalam jaring. Sepakan Suddent-death di tentukan buat mencari pemenang. Nicholas Anelka, pemain yg dibeli Chelsea pada petengahan musim gagal dalam percubaan sepakannya dek kerana Kecekapan Van der Sar mengagak arah pergerakan bola. Sang Hero Van Der Sar jadi kebanggaan.
Drama babak babak pergaduhan juga menarik dalam game ini. Makelele jadi penyebab Owen Hargreaves dan Paul Scholes mengalami pendarahan di hidung. dia kemudiannya mendapat balasan setimpal oleh Teves yg seakan membalas insiden yg lepas dengan mecekup mukanya. Pengadil tak dapat melihat kejadian itu. Perlawanan terhenti seketika.
Drogba juga jadi perhatian. Dia diarahkan keluar padang dek kerana menampar Vidic. Amat menyedihkan peristiwa itu berlaku tatkala perlawanan hebat dan tampak berhati hati. Kecoh.. Memang kecoh.

Apapun tahniah buat Manchester United!
Penalty taker -giggs, nani, anderson, carrick, owen hargreaves, c.ronaldo
Penalty loser-C.ronaldo(should thanks to Terry after fail to complete the penalty shout out
Hero - Van Der Sar (save the anelka penalty kick)


Kelmarin-Semalam

Kelmarin
Aku terasa gelombang itu. Gelombang persis aku menaiki bot penambang di Kota Kinabalu tempohari. Berhayun ahun buat seketika. Kepala jadi pusing sejenak. Sedetik itu aku dengar org riuh rendah di luar studio ku. aku mula mencari pandangan dari luar tingkap. Kelihatan sekumpulan penginap-penginap ''kotor'' keluar dari kawasan hotel. Hotel Comfort. Hotel itu seakan tempat lampiasan nafsu nafsu remaja.
Ketika itu aku sedang menonton kotak televisi, pelawanan bolasepak Malaysia menentang Nigeria. Sebaik sahaja Safee Sali menjaringkan gol penyamaan buat Malaysia, aku merasai gegaran itu. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku, aku merasai vibrator bumi, seakan memberi amaran. Amaran Ilahi.
Semalam
Suratkhabar... bila saja aku membelinya pasti aku melihat pada bahagian paling belakang itu. Segmen sukan itu pasti aku cari dahulu. Seakan ketagihan dan semacam keperluan apabila baca tanpa berita sukan.Tapi berlainan untuk kali ini. Berita muka depan Metro punya kaitan dengan aku. Oh rupanya gegaran yg aku rasai semalam adalah kesan gegaran dari Sumatera berskala 6.1 richter. cuma aku alami kurang dari 0.5 skala richter aja! Tapi sudah cukup membuatkan aku jadi panik.
Segmen belakang pula jadi bacaan.Pertembungan dua gergasi pasukan bolasepak England bakal bertemu dalam perlawanan akhir Piala Juara Juara Eropah di Moscow. Aku mmg rasa tak sabar sabar nak menonton. Sejar tahun 1999 yg lepas, aku jadi saksi juga tika MUFC julang piala eropah itu. aku jerit sorang sorang kat rumah. Adik dan kedua ibubapa aku dah nyenyak tidur.
Sejak aku tingkatan satu sampai la sekarang, aku masih menyokong Manchester. Aku mash ada simpan keratan akhbar yg lama lama tentang MUFC dek kerana minat yg mendalam.
I sill remember in 1995, when i have a Pendidikan Jasmani class, most of the boys went to the field playing football. Girls, remained in the class, doing a free activities just because the syllibus of that particular subject didnt have. So, the boys playing football. We separate the group into two. One side who ever have a feeling support Manchester United and another side who support the Liverpool or anti-Mufc. Most of the time my group the MU supporter got winning. and the head of the anti-Mufc was a man named -Mohd Rodzi Shamsuri. We live at the same neigbourhood. He stay with his brother's family. He was so into Liverpool and Nirvana.(you know that time was the alternative music influences). the Gamma Suzuki bike, sprayed red and the noisy ekzos buloh break the calmless of school. But i never seem him for 10 years. He's dead in motocycle accident that day. So sad to him and his family,i lost a friend, who got so good brain. i miss that as a some of that my recollection long lost memory..
Al-Fatihah...

Harap ronaldo tak bikin gaya gaya fancy sebelum MUFC gol.
Glory Glory Man Utd!!!

Thursday, May 08, 2008

Orang Halus? Bomoh? Org Seni?

Dahulu, pernah seorang teman aku di kampung bertanya ''Kursus apa ko amik kt ITM?''
'Seni Halus'' jawabku ringkas.
''Ko jadi bomoh ke ape, deal ngan org org halus eh?'' si Polan menambah..
Aku terkedu.. adalah sesuatu yg baru dan ANEH bagi latihan/jurusan menjadi seorang pelukis dimatanya jika nak dibandingkan dengan kursus jadi doktor atau jurutera.
''aku melukis. diatas kanvas.melukis objek2 yg aku suka tp ada makna punya..'' aku cuba menerangkannya dlm bahasa yg lebih mudah.
tp itu dahulu. Mungkin kini mereka sudah faham sedikit barangkali. Kursus aku yg di anggap ilmu perbomohan itu tidak lagi salah dari segi interpretasi. Senyum sendiri jadinya.
Beberapa hari lagi Hari Penilaian Ijazah bagi pelajar Seni Halus akan berlangsung. Penilai dari luar bakal datang. Bagus juga mereka ada. Persepsi dari institusi dari dunia yg lain amat penting. Pak Asmudjo dan Dr. Lenny bakal datang. mereka hadir dari dua benua yg berbeda. Asmudjo dari Institut Teknologi Bandung, dan Dr. Lenny dari United States.
Artwork pelajar aku kali ini bagus dari yg lepas. Ada sesuatu yg boleh kami banggakan disini. Ada juga yg bisa kita jadikan iktibar. Maklumlah, dlm proses pembelajaran pasti ada try and error.
Aku jangkakan pasti ramai yg boleh jadi artis untuk batch kali ini melihatkan potensi dan pendedahan yg telah mereka dapat secara formal ataupun tidak. Jika nak di bandingkan dengan zaman aku, memang jauh benar senarionya. Kini galeri tumbuh bagai cendawan. Lukisan atau lebih general,karya bersifat seni semakin mendapat tempat dikalangan collector. Mereka sgt beruntung.
So, jgn lepaskan peluang ini, kerana kamu - pelajar Seni Halus harus bangga apa yg kamu ada. Begitu juga aku,kerana masih ada kesempatan untuk aku bernafas dlm kelompok org org yg punyai minat yg sama, dan punyai cita cita yg sama....
Seni untuk semua...
Ya, banyak rintahan onak berduri menanti kita, tp kita harus percaya apa yg kita mahu. kita bukan mahu jadi kaya,tp kita bergerak dlm keadaan melakukan kerja kerja yg kita suka - membuat objek objek seni dalam bentuk 2d atau 3d..
Terserah anda, kamu dah berkorban 4-5 tahun di jabatan ini, melukis, mencanai, mengecat, mencetak. Takkan bila keluar nanti TAK praktik kan apa yg kita buat kan?
Fikir fikirkan lah..