Thursday, December 07, 2006

Drifting on the Oasis

Recovered? I donno. It just happened. Normal actually. I tried behave more realistic. Put the ashame beside me. What we saw in the television box of soup opera reflected my life. Its unreel, but its reel. Well, the creator wrote my path on the other way i want, and He know better what is the best fit of me compare to the other. So i have to accepted it in order to submit all my heart to God. Sometimes we cannot ignore the heart vibre whispered, the pain drop down to the bottom, and at the end of the day collapse drowning deep down on the oasis. I had a lucked im still breathing. A single driftwood help me. Hold it tight, and wait until the time has come bring me to a side.
Life must goes on. and a few particular things not finish yet. I need a time to re build my confidence and strength to overcome this pain. On the other hand, Im not point my fingers to a person to blame.Never...because I think im act the dark side of this drama..so, im the one..
Same date of the world war two began...pearl harbour sinking by the lil'japanese in the early morning. Absolutely not a single move to fight back, this time.
:)

Tuesday, December 05, 2006

bahana tech

Teknologi jadikan dunia semakin sempit. sempit kerana diburu. sempit kerana wang.sempit kerana tiada tempat mahu lari lagi. hanya perlu statik dan hanya menekan butang sebagai arahan.Kawan kawan anda tahu dimana anda berada.Manusia jua sempit juga kerana terhimpit dek kerana anda seolah olah tidak perlu bergerak sedepa, atau serelung atau juga sepelaung pun tak perlu! Manusia juga berpikiran sempit, mencari helah dan kedangkalan minda(diulangi kedangkalan minda)
Kerana apa jadi begini? kerana kebijaksanaan manusia. Zaman ketamadunan semakin dikatakan bertamadun. Bertamadun dari segi kemudahan dan cara hidup yang lagi tak perlu bersusah payah. tapi tak mungkin dalam aspek kerohanian. Pembinaan semangat dan kejiwaan manusia seakan luput ditelan kebolehan teknologi yang hampir melakukan apaa saja yang manusia boleh buat.
Dimana tempat kita? di mana duduknya kita nanti? apakah peranan kita? kita seakan tiada berfungsi. Hanya teknologi membuat kerjaan. Kerjaan harian. Suburkah perhubungan manusia sesama manusia? dengan tuhan? dengan alam?

Tuesday, November 21, 2006

NAKAMURA



This probably makes me sad or maybe pleasure.. Nakamura take down my favourate team. gosh.. Absolutely magnificient free kick from Asian blood.. proud to be your fan Shunsuke Nakamura....

Glasgow Celt.......1 (Nakamura 81)
Man Utd ........0

My nap time burned just like that. my study time also distracted by the chat.. I cannot avoid.
Lebam, as a result.

Monday, November 20, 2006

First sight strike all

Story1
Night postguard
A couple of days ago, i really close to the bunch of clan so - call Consumerism. Although i'd only a night session with them, i appriciate with all my heart@soul to have a good relationship with the creatures made from paper. hhehehe..Every single word in them, i try to composed it with my own way.Pages and more pages i kept read out to find my own solution in order to relate my research. Religiously im gonna go upstairs and start 'communicate', initially work out with XPDC song now - reflect my life now... sort of Semangat Yang Hilang and Hijau Bumi Tuhan.
My plan for that every-night activities, is countered by nature call - Mengantukasleep. This disease always come after you had lunch or dinner. My eyes seem to close although my spirit flame hot wanna to stayback till 0300 am. but im always lose. flattern on my bed and sometimes listening thru my walkman-phone..thats i call tak bersemangat! ARGHHHHH
i think wanted to solve this problem this short coming.seriously.
Story2
Motion of enviro to freeze( so that i can check out why...)
When we walking, step up on ladder( ladder huh, i try to find it so that i can change my starter lamp), jumping to the very end its require a lots of energy. Beside your muscle work out little bit harder, your heart will pumping much faster and the respiration + hydrate also happened. okey, i wish i can put all the movement in my world will slowly move.. become in motion.. freeze. You know why? I can chase who or what ever so curious across my eyes in the normal mode, after that just wanna check out, whos a trying to entered my private life. Maybe this methode i will trace out he/she who is so interested to be a penyibuk or suka jaga tepi kain orang. why he/she to act like that? Sound hard ha. i really meant it. in many2 ways, a cant stand this..i donno how long..
You know, sometimes we had a few things that we wont tell to others right, include ur closed friends. Agree uh? plus my trustworthy+loyalty on him/her reduced day by day.. so sad to say that..
Story3
In my lovely comprehension style
Dua lapis pakaianku menutup tubuh ini bagi mengelak kedinginan pagi. Asap motor, deruman enjin lori + bas + treler mengiringi perjalananku memulas pemegang minyak ke seksyen 1 shah alam. Setibanya di sana, tiada makhluk yang bisa bercakap atau pandai berhujah di kawasan tersebut. Aku paling awal tiba. Pelajar pada hakikatnya sudah susut sedikit demi sedikit, bagaikan manusia manusia yang ingin kan tubuh yang lansing mengunakan sendayu tinggi. Tiada persaingan menghirup oksigen di bangunan seni halus ini, hanya di kelilingi hutan belukar. Kalau ada pun seekor kucing yang menghuni di studio 06.Betina.Anaknya merempat tah kemana.
Status aku terbongkar jua pada insan yang ingin aku britau sangat2 semalam. Aku punya cadangan untuk beritahu di masa yang lebih tepat..tapi ketentuanNya menjadi aku lebih akur...Dunia ini kecil. pusing kiri,pusing kanan pasti temui. Lambat laun orang akan tahu jua. Tetapi dalam renjatan kebetulan yang tidak di sangka. Huh, silap perhitungan barangkali.
Aku punya cadangan masa depan yang drastik. Cadangannya adalah bagi meningkatkan ilmu dan kehidupanku. Aku tidak perlu ketinggalan lagi. Pandangan mata ini hanya terarah ke hadapan saja. Wujudkah satu sinar yang mampu mengukir senyuman dan memancarkan cahaya kegembiraan pada semua yang berada disekeliling aku..?
Hehehe

Friday, November 03, 2006

Raya bersama 'manusia manusia'



Assalamualaikum para pembaca yang kunjung tiba hari hari kesini tetapi tiada 'juadah yang disediakan buat anda. Nah, arini aku sediakan ketupat, lemang,serunding, rendang serta 'spagetti'. hehehe
Aku berhari raya pada hari pertamanya di Lenggeng, Negri Sembilan. Ramai juga sanak saudara yang balik. aku pun dah lama tak balik kampung. Nenek aku yang aku panggil wan masih uzur. dia tidak berdaya lagi untuk berdiri..baring sahaja. Tapi pendengaran dan vision dia masih ok. Okk pe...
Tapi raya ni tiada Acu, Aie dan Azuan. Mereka bertiga ni agak rapat ngan aku. Tapi tidak mengapalah. Mereka ada alasan tersendiri untuk tidak bersama sama rakan rakan yang lain. Kita buang yang keruh , ambil yang jernih. Ego tidak akan membawa kita kemana mana. Kelak nanti ruang akan lebih luas dan tidak sempit untuk kita melangkah tapak demi tapak.
Laluan untuk aku meredah hari hari mendatang seperti biasa. cumanya pembawaan itu berbeda mengikut tempat, waktu, dan dengan siapa aku berurusan. Manusia umpama botol botol kicap di kedai yang dekat ngan rumah sewa aku - sama hitamnya,tapi berlainan jenama dan expired date. Manusia semestinya memelihara perhubungan sesama mereka sebaik mungkin. bukan hanya dengan Allah saja tetapi dengan alam sekeliling juga. Mereka juga makhluk tuhan.
aku harap banyak lagi perkara perkara positive akan aku tempuh dihari hari yang mendatang.
Kepada 'student yang akan menghadapi peperiksaan tu, slamat berjaya dan bertawakal.
GAMBAR: PENULIS berbelang belang bersama Husaif yang memakai handset raya.

Tuesday, September 05, 2006

Students



No students around the faculty this week. They away to hometown. Maybe now in da middle of vacation. Only who want an extra practices still living in their workstation. Several of them stayed in studio. They dont have a house to rent. Maybe considered money problem, or maybe dont have enough 'friend' to gather in order to rent a house.
An experience as a student helped me to solved and to understanding the students especially. I think they are special. Every person has their pro n cons... i mean, they got they special ability and the weakness. I consulted them fair and square. No biased to any person. No matter what, if they always see me if they in da middle of confusing or maybe they got a popular face.. i threat them same level as they got.
They are got a different level of personality...... various of click..... kinda guts..... and friendly faces. I can see that.
Now, i can absord the working flow in here. I know how to re-charge my battery, if i got got after lunch..(you know how hard to do to something after eat). Differ from 2 month ago. I have no time to everybody. and u know what, its so tired to teached, really. even you got home early, you still need a bit of sleeping to re-gain your energy. Its not easy as I think so long ago. I got no time to my friend..my housemate.... my brother...
I am not acted like im busy, but thats the truth.. im not pretented to be a busy person to anyone. Im a new person, despite that status so many addhock job and re arrangge the sylabus to handle..But someone got missjudge that. Please, im not a liar... never think of it...
maybe after that happened, may occured a speculative related to my new job.. sombong la, belagak la... its ok.. telan saja lah. Hanya org yg mengalaminya sahaja mengetahui segala sesuatu..
if im wrong ..please... forgive me..
Im still Fared before and after got back in this art school..

Tuesday, August 08, 2006

Life goes on

since last time wrote in here.. im totally lost in da middle of the path that i choose. I survive in the urban forest, but my invironment was so-called 'kemelayuan' despite of the craft and the creative made makers lingers in my workplace.

that long ago...

and now...

i think im in da ryt path...and headed to the end of the turnel of glory.
thanx god, u just save my life, from the hypocrite matters in da KL, and the dictator design of leadership in front of my eyed...and still remained me a negative impact of her..
hope she will step out from the higher chair. Shes not the person who qualified for this job, because of the political and hidden agenda Maybe.. (just said maybe..)

So the fogged smell on my suit not quite hard to clean so far, and the un-mature poeple who less-understanding of element of art and principle of design be realized that you are not popular to be so-call a great leader, a friend of mine in RnD-gud luck and i wish you'all got the way out from there..

so the canvas and acrylic maybe the close person nowdays.. i enjoyed my life now, hope be better and better...
fine art + life = so good

Thursday, June 01, 2006

Hujan oh hujan




Hujan petang ini ...
aku berkurung dan merengkuk dalam RnD..
menanti titis titis rahmat itu berhenti..
sambil bergelumang di serata kawasan aku befikir sejenak..
apalah kerna hujan aku jadi takut mahu rempuh,
rempuh menyebabkan aku kebasahan...

tapi aku mungkin boleh sampai cepat! tapi kenapa perlu takut...
hujan tidak mencederakan...
hujan tidak menbunuhku..
hujan tidak menakutkan...
melainkan ia menjadi bah besar...
jauh sama sekali...

kenapa takut?
kenapa sukar cari keputusan utk rempuh?
rempuh bukan bermaksud terdesak untuk sampai pada matlamat,
cuma pilihan yg ada memungkinkan segala itu berlaku..
apa mungkin?

hujan oh hujan...
aku hormati kejadianmu..
aku bersyukur di limpahan rahmat ini aku patut bersyukur dlm keadaan mahu lewat ...
cepat dalam gesaan bakal padah yg menanti....

hujan....
kau membuatkan perjalanan hidupku,
ada sedikit ruang ruang kosong tecerna..
disamping di celah celah kesibukkan ku...
dapat jua bermuhasabah diri... sendiri...

dikala ini,
aku penuh harap...
harapan agar rintikkanmu semakin berkurangan...
dan pada masa yg sama..
penuhi harapanku..
oh hujan...

Tuesday, May 02, 2006

Janji aku sampai...

Tiga hari aku berada di Chendering , Terengganu. Perginya aku disana bukan untuk suka suka, tapi kerana permintaan kerjaan aku yg memaksa aku kesana. Makanya, aku di arahkan menyediakan persediaan ruang pameran untuk Promosi Kilauan Tembaga 2006, di cawangan PKKM.
Yang menjadi uniknya outstation aku kali ni cara aku sampai ke sana. Mengikut perkiraan awal, aku akan naik MAS. Tapi tidak di izinkan oleh boss aku. Its ok. Aku bukan ralat sangat nak naik flight. Janji aku sampai. Alternative kedua aku adalah naik bas ekspress ke Kuala Terengganu. Malang lagi menimpa kerana tiket paling last pukul 9:30 mlm. Masakan aku mahu gamble nak beli, kerana 'presentation' aku paling lewat pun pukul 9:45 malam. Aku tak berani nak beli awal awal. So, aku pun let it go, bak kata avril lagvine.
Esok pagi pagi lagi aku dah ke opis. Aku pun gamble je dtg opis, dimana hari yg sepatutnya aku dah sampai,tp aku masih lagi berada di KL. Nasib aku baik kerana satu lagi trip bebudak Admin belom jalan. So aku pun follow si Azizi, Tgku Azrul dan Yana..
Nak di jadikan ceritalah, plan nak gerak pukul 10:00 pg, tp akhirnya gerak pukul 1:30 ptg. Hari jumaat lak tu. Aku ni tukang follow taktahu nak cakap apa. Ikut jele.. Janji aku sampai. Dalam kete,barula aku tahu diorang ni ok gak. ble masuk la ngan pale giler giler aku. Tp aku bataskan sedikit, maklumla, baru nak rapat takkan nak keluaq seme kan...
kira kira pukul 8:30 aku sampai ke offis cawangan Terengganu. Letih siut. Dahla seat cam batang kayu...sib baik bebudak dlm Pajero ok ok belaka. buat lawak selamba....

Monday, April 24, 2006

Road to Presentatation

hmmm
Esok aku nak present..Rase cuak gak, walaupun dah besa besa ni. 2 'persembahan' aku kene perform kt lecturer2 kesayangan aku. Aku bukan ape, nak kene perform kene la sehabis baik. dah la duit sendri kan, kenela kasi berbaloi segala pengorbanan. tika saat aku menaip post ni, aku masih lagi dibelenggu asignment tinggal SE je lagi. aku harap malam ni aku ble kasi settle.
Kepada rakan rakan sekelas aku yg sedang buat asignment tu, selamat berjayala. boleh kita grad sama sama.
Akhir kata,
Jangan mimpi gunung yang tinggi kalau kaki panjang sejengkal..

Wednesday, February 22, 2006

Cerita Tahun Baru. Bahagian 1


AKU di Stadium Merdeka
1 Januari 2006

Janji direka. Janji dikota. Sama – sama mengingat antara satu sama lain tentang titik pertemuan yang bakal menemukan tiga sahabat. AKU, yang lagaknya selayak protoganis dlm rekaan ceritera ini, bersungguh meredah dingin dan rintikkan hujan dengan motorsikal kesayangan. Dibelakangnya, Fyzal; cuba melindungi diri dari diterjah rintik rintik hujan dengan mengunakan susuk tubuh abangnya sebagai perisai. Hujan tidak menunjukkan mahu berhenti, malah renyai renyai itu bertukar menjadi lebat. Pandangan semakin terhad dek tembakkan butir butir air membasahi bumi. AKU meningkatkan tahap consciousness dlm tungganganku. Lebuhraya New Pantai Ekspressway menjadi pilihan menuju ke destinasi.
Setibanya disana, AKU lihat lautan manusia. Manusia yang rata rata remaja yang dahagakan muzik live. Kebanyakkan mereka rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini. Mereka datang dari segenap pelusuk Semenanjung, semata mata Mungkin Nanti dan Ada Apa Denganmu. Hujan yang menimpa tidak mampu menandingi kesetian mereka. Tidak kira pria mahupun gadis, sama sama bertekad mahu melihat dan berhibur dengan alunan muzik Peterpan malam nanti, walaupun hujan dari tadi memandikan bumi.
AKU mencari cari Sukhairi dan Diana. Dimanakah mereka didalam kepekatan lautan manusia yg memakai baju hitam? Apakah mereka juga sama seperti mereka? Serba hitam berseluar jeans berkasut Converse? Jangkaanku meleset sama sekali. Mereka melambai ke arah AKU dan Fyzal. AKU merapati mereka.
Ku lihat jam yang tersemat ditangan kiriku. Baru pukul 7 malam. Nampaknya Maghrib-Isyakku di dalam stadium. Suasana semakin sesak yang memaksa AKU dan lain lain mengambil keputusan untuk beratur memasuki stadium. Payung yang AKU pegang hanya dapat mengurangkan kuantiti air meresap ke liang liang baju dan jeans biruku. Basah tetap basah. Apabila semakin hampir dengan kaunter pemeriksa, semakin ramai org yg berasak rasak mahu masuk. Mereka seakan tiada kesedaran sivik. Alangkah baiknya kita beratur dari berebut - rebut seperti binatang yang kelaparan di dalam kandang. AKU terasa rimas dengan keadaan yang di alami ketika itu. Dia terpaksa mengunakan kekuatan jantannya memasuki pintu jeriji besi itu.
Selepas melepasinya, AKU melangkah dengan penuh harapan ke tengah padang. Padang basah, dan bertakung. Tampak jelas kuantiti air bakal merosakkan rumput standard di Stadium Merdeka.
Kawasan bagi tiket paling murah agak jauh benar dengan peletakkan pentas. AKU sedikit tidak puashati. Tambah pula pusat kawalan audio dan lampu berada di tengah tengah padang. Ini sebenarnya menyukarkan penonton yang berada di belakang. AKU menanti dengan sabar bila pagar sementara itu akan dirobohkan agar dapat melihat Peterpan lebih dekat.
Kelihatan susuk tubuh dibaluti pakaian serba hijau mengawasi pagar pemisah. Penonton yang termasuk aku sudah hilang sabar. Nyanyian Gerhana Ska Cinta dan Pretty Ugly tidak dapat meredakan obses penonton terhadap Peterpan yang tidak kunjung tiba. Tiba tiba kedengaran petikkan gitar yang seakan pernah dengar sebelum ini. Ya, itulah Peterpan. Mereka sudah muncul.
Penonton mula bernafsu untuk tampil lebih dekat. Mereka mula menyuarakan rasa tidak puashati kepada pegawai RELA yang bertugas. Ada yang di tengking pegawai itu pabila keadaan seakan tidak terkawal. Aku tersengih melihat kedangkalan pemikiran penonton dari seberang itu. Mereka mengomel dalam bahasa jawa. Mereka begitu fanatik. Akhirnya mereka merempuh pagar itu. AKU pun turut sama merempuh. Bodoh punya penganjur. Patut ke letakkan kawasan tiket RM45 di belakang kawalan audio? Patutkah?
Muzik kebanggaan Peterpan bergema sepelusuk stadium. Hinggar binggar jadinya. Penonton turut menyanyi bersama. Ariel tidak banyak masalah malam itu. Kekuatan vokalnya memang tidak dapat dinafikan. Dialah penyelamat persembahan malam itu. Nyata dia lebih menonjol dari yang lain. Kehadiran Joe Flizow dan Ahli Fikir menggamatkan suasana. Mereka melakukan rapping untuk lagu KuKatakan Dengan Indah. Liriknya diambil dari Dua Dunia, dimana emosi dan penceritaan kedua-dua lagu itu menggambarkan kekecewaan seorang pria ditinggalkan gadis.
“Kau hancurkan hatiku,
hancurkan lagi,
Kau hancurkan hatiku,
Tuk melihatmu…
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku

Tuk melihatmu…”
Jujur benar too phat dalam aktiviti keseniannya. Apa yang telah terjadi, dijadikan suatu tanda, dimana tanda itu mengingatkan individu itu tentang apa yang elah berlaku pada suatu suatu masa.
Harap ianya tersemat dalam niatku jua..