Tuesday, December 05, 2006

bahana tech

Teknologi jadikan dunia semakin sempit. sempit kerana diburu. sempit kerana wang.sempit kerana tiada tempat mahu lari lagi. hanya perlu statik dan hanya menekan butang sebagai arahan.Kawan kawan anda tahu dimana anda berada.Manusia jua sempit juga kerana terhimpit dek kerana anda seolah olah tidak perlu bergerak sedepa, atau serelung atau juga sepelaung pun tak perlu! Manusia juga berpikiran sempit, mencari helah dan kedangkalan minda(diulangi kedangkalan minda)
Kerana apa jadi begini? kerana kebijaksanaan manusia. Zaman ketamadunan semakin dikatakan bertamadun. Bertamadun dari segi kemudahan dan cara hidup yang lagi tak perlu bersusah payah. tapi tak mungkin dalam aspek kerohanian. Pembinaan semangat dan kejiwaan manusia seakan luput ditelan kebolehan teknologi yang hampir melakukan apaa saja yang manusia boleh buat.
Dimana tempat kita? di mana duduknya kita nanti? apakah peranan kita? kita seakan tiada berfungsi. Hanya teknologi membuat kerjaan. Kerjaan harian. Suburkah perhubungan manusia sesama manusia? dengan tuhan? dengan alam?

No comments: