Friday, November 03, 2006

Raya bersama 'manusia manusia'



Assalamualaikum para pembaca yang kunjung tiba hari hari kesini tetapi tiada 'juadah yang disediakan buat anda. Nah, arini aku sediakan ketupat, lemang,serunding, rendang serta 'spagetti'. hehehe
Aku berhari raya pada hari pertamanya di Lenggeng, Negri Sembilan. Ramai juga sanak saudara yang balik. aku pun dah lama tak balik kampung. Nenek aku yang aku panggil wan masih uzur. dia tidak berdaya lagi untuk berdiri..baring sahaja. Tapi pendengaran dan vision dia masih ok. Okk pe...
Tapi raya ni tiada Acu, Aie dan Azuan. Mereka bertiga ni agak rapat ngan aku. Tapi tidak mengapalah. Mereka ada alasan tersendiri untuk tidak bersama sama rakan rakan yang lain. Kita buang yang keruh , ambil yang jernih. Ego tidak akan membawa kita kemana mana. Kelak nanti ruang akan lebih luas dan tidak sempit untuk kita melangkah tapak demi tapak.
Laluan untuk aku meredah hari hari mendatang seperti biasa. cumanya pembawaan itu berbeda mengikut tempat, waktu, dan dengan siapa aku berurusan. Manusia umpama botol botol kicap di kedai yang dekat ngan rumah sewa aku - sama hitamnya,tapi berlainan jenama dan expired date. Manusia semestinya memelihara perhubungan sesama mereka sebaik mungkin. bukan hanya dengan Allah saja tetapi dengan alam sekeliling juga. Mereka juga makhluk tuhan.
aku harap banyak lagi perkara perkara positive akan aku tempuh dihari hari yang mendatang.
Kepada 'student yang akan menghadapi peperiksaan tu, slamat berjaya dan bertawakal.
GAMBAR: PENULIS berbelang belang bersama Husaif yang memakai handset raya.

No comments: