Friday, September 16, 2005

Esok Lusa : Kita Hanya Merancang

Selfpotrait
Klik for enlarge

Semalam

  1. Keje cam biasa.
  2. Makan bersama Ketua Pengarah salah satu bahagian di JPA, Cik Normah di Kelab Putrajaya. Pergh gila punya control aku makan. Kami di jamu ketika lunch hour itu atas tanda terima kasih mereka sebab tolong office diorang kasi cantek. Di akhir sesi makan makan tu, kami di beri gift sorang satu. Masa tu Cik Burn, Amy, Azif pun cam tak caya je. yele, cam tak berbaloi je. Tapi orang dah kasi, amik jele. Tengok, budak Kraftangan jugak yg diorang cari... lepas tu kiotang pending sket nak balik opis, terlepas nak senam robik. Ehah- ehah...
  3. Pergi Ramsay Ong Arterageously, tengok Linda punya solo exhibition. Pergh, aku bangga betul sbb junior aku samapai ke tahap itu. tp dalam hati kecil aku, terbit rasa cemburu tu tetap ada. Tipu la aku cakap takde langsungkan..Dan aku mula mencabar diri sendiri ni... ish ish come on! come on!

Esok
  1. Ada kelas M I S dengan Dr. Kemy. Aku rindu tul nak pi klas jumpa kengkawan, UiTM di hatiku..
  2. Aku rancang nak bikin sketches lagi. Aku rase tak cukup lagi tu untuk aku mengadap Prof. Ponirin.
  3. Nak lepak studio Fine Art lama sket. Amik Feel katakan.... Tp ramai ingat aku nak pi sana pi usha2 junior. Siut tul, aku pi sana dngan semangat perjuangan harmoni serta tulus ikhlas.. ish ish korang..
  4. Aku nak basuh motor. Dah 2 minggu si Red Devil Aku tak mandi dengan sabun mandi khasnya, serta polish tak heeenngatnye kilat....
  5. Ingat nak pi melawat Pooi and dan gang. Budak budak yg dikenali sebagai Gelanggang tu... Hebat bebudak ni..

Lusa

  1. Esok Titonla.. Sib baik minggu ni tak kena keje di hari minggu. Adus, bestnya peluk bantal.. Begitu indahnya pagi yg hening.
  2. Gather ngan bebudak rumah la.. hari2 biasa aku gather juga, tp aku ade komitmen lepas keje. So - so jele. Aku harap diorang faham.
  3. Game Man. Utd lawan Liverpool. Aku tak pasti hari ahad ke sabtu. Tapi yg pasti, itu pasti TONTON... ya, pasti!!! Kalu kalah, monyok jembul la aku...

Banyaknya rancangan aku. Sempat ke? Dapat ke accomplish? rancang je...

Hav a nice weekend bebeh!

Tuesday, September 06, 2005

Sudah 25 tahun aku bernafas di dunia ini...

Tepat jam 12 malam semalam, genap umur aku 25 tahun. Ada 4-5 mesej yang sempat beri ucapan. Ade juga yg siap call aku. Aku terharu. Betapa sayangnya mereka kt aku ni. Rase cam penting gitu... Rase je la kan..taktau la realitinya cemana.. Tp aku tau mereka ikhlas. Friends forever..

Merdeka lepas aku sambut di atas bantal je. baik aku titon dari pegi tak mana hale. PAgi tu pulak, celik2 je Edi (housemate) aku berkemas2 nak balik kampung. Siap balut bendera Malaysia kt motor. tehehe... Dan sejak kepulangan Edi, maka aku akan jadi Jaga rumah sampai hari ahad (4th Sept). Siut tulla, seme gi pakat balik kampung, saja ja kasi aku dok melangut sesorang kt umah tu. Nasib baik la ade Aie. Aie dtg berhajat. dia menuntut belajar Flash dari aku. Aku pun ajo le yg mana mampu. Sampai dia cakap uyooooooooo.....huiiiiii.....

BADAK sahabat lama aku datang bertandang. Diorang ni cam tau tau je aku dok sorang. Dia menginap umah aku hari jumaat. Then, aku temankan dia whole saturday ngan tunang dia beli barang hantaran. Mereka akan bernikah bulan 12 ni. Insyallah, aku jadi pengapit. Dia kate amik berkat. Aku gelak jele.. tu org tua2 yg kate la kan... ble caya ke?

Kete. Aku mmg nak pakai. Tp aku risau installment bulan2 tu. Kawan2 aku dok tanya aku apsal tak pakai kete. Aku cakap aku tak mampu. Tapi diorang tak caya. Sebab mereka tengok aku dok masyukkk je ngan keje freelance. Tp tu bukan nya setiap bulan. Kalu ade tetap punya pendapatan freelance..mmg aku brani. Pak Sedare aku pun bilang soh aku pakai kete. Aku dah cakap, blanja aku dah cukup2 untuk idup satu bulan dengan siap cover belanja M A aku skali..

Ukur baju di badan sendiri..
Alah membeli menang memakai..