Manusia sememangnya dijadikan berbeza beza. Manusia itu adalah kita, kita yg berlainan latar belakang, mengharungi laluanhidup untuk kehendak sendiri dan mencari apa apa yg perlu demi mencari kesempurnaan. Itulah uniknya kewujudan mahkluk yg diutuskan oleh Allah S.W.T menjaga alam bumi ini. Bumi yang dikatakan sfera ini dipecahkan kepada beberapa benua. bumi yg aku pijak sekarangdi dalam rangkum benua Asia. Benua yg dahulunya cukup kuat dengan adat ketimuran yg sopan santun dan berlapis - lapis dimana emosi sebenar di lapisan terakhir. Sekarang nilai nilai seumpama itu masih ada, terlekat di setiap jiwapara penduduk Malaysia yg memegang paspot biru. Tapi unsur unsur itu mengira hari untuk pupus. Bak spesis Paus dan Harimau Malaya yang diburu oleh revolusiperubahan bumi dan kerakusan manusia demi kepentingan kepentingan berbau peribadi.
Apa yang berada di dalam kepala aku sekarang adalah tentang orang orang yg berada disekelilingku. Orang orang yg menemani aku setiap rutin hidupku, dan kadangkala dapat jua berjumpa dengan individu individu baru atas urusan rasmi atau hasil dari pemerhatian di tempat2 yang menjadi tumpuan ramai. Setiap individu punyai karektor tersendiriyang bakal mengingatkan kita tentangnya. Tentang buah bicaranya, penampilannya, tindakannya, perkara yg jadi kebiasaannya dan mungkin juatentang kebaikan dan keburukannya. Elemen - elemen seperti yg disebut tadi adalah umpama platform yang didirikan sebagai galang ganti simbolsimbol arahan papan tanda tertera di jalanraya. Setiap simbol di reka berlainan rekaan dan warna, yg membedakan setiap arahan dan amaran.Makanya setiap tanda itu haruslah kita kenali dan fahami, kerana andainya salah perhitungan, kemalangan atau kecelakaan menanti. Parut yang terhasil dek kepedihan di siku dan lututitu tidak bisa hilang dalam masa yg singkat. Oleh kerana itu, dalam menangani permasalahan ini memerlukan kematangan dalam mengatur setiap keputusan. Kita perlu hati hati. Toleh kiri dan kanan. Ada masanya cermin sisi juga berguna untuk itu dan juga menimba kejadian-kejadian lampau sebagai iktibar.

Secara tiba2 je aku teringat episod pindah rumah dari jalan kangkung ke Putra Height...
0212 pagi/Khamis,18 Ogos 2005/Studio.