Hari Ini
Aku seperti terpanggil untuk menyusun ayat kembali ke ruang ini. Banyak perkara yang ingin aku kongsi.itupun jika ada orang yang tahu tentang URL faredoshi.
22 Disember 2011. Aku agak terlewat ke kelas. Lebih kurang setengah jam. Ini semua gara gara 'kerja partime' di studio Naffaskanvas (Passion aku, buat lukisan). Aku jengah sebentar ke studio 06, terlihat dua-tiga pelajar mundar-mandir dalam isi perut studio. Ada yang menyedari kehadiranku,cuba beri isyarat hormat dan berlalu pergi meneruskan projek akhir mereka. Ada juga yang buat-buat tak tahu dan mengelak untuk berjumpa. Ada yang rela tidak mahu meminta pandangan dari aku, agaknya kusut melihat aku. Itulah ego pelajar-pelajar 06. Biasalah, Setandan pisang tidak semuanya elok. Ada yang busuk dan ada yang masih kelat barangkali. Asam garam menjadi pensyarah, nak taknak aku akan hadapi. Ada yang sukakan cara kita, ada yang tidak. Aku bergegas ke tempat punchcard. Merah lagi kali ini.
Aku kembali ke studio 06. Ikut jadual sememangnya aku bersama mereka. Cuma gaya syarahan tidak formal; lebih lagi ini sudah minggu ke 14, lebih santai dan aku cuma perlu membuat pertemuan secara peribadi ke tempat kerja mereka, memberi nasihat dan pandangan terhadap kerja-kerja terbaru mereka. Itu pun kalau mereka bersedia atau mahu. Aku melawat ke segenap sudut,dari tempat Suhana dan akhirnya ke ruangan paling belakang. Agak mengejutkan aku. Ada tiga 'lembaga' sedang enak tidur. yang paling hampir dengan aku adalah Bob. ditengah adalah B dan paling kanan adalah A, kekasih B. A dan B berkongsi selimut yang sama. Nasib kedudukan mereka agak berjauhan. Aku kuis ibu jari kaki B seraya aku cuba kejutkan mereka. Tidak Berjaya. Lalu aku sergah lagi. Kali ini mata mereka terkebil-kebil dan terkejut dengan kehadiran aku. Mereka bingkas bangun. Jam dah menunjukkan ke angka 10:00 pagi. Cubalah bayangkan.
B cuba beri alasan. Penat. Baru tidurlah. Aku halau A, dan aku cuba menegur Azad dan Ilyas yang paling hampir dengan tempat mereka tidur tadi. Aku kurang pasti adakah mereka takut atau memang bercadang ingin 'cover' . Aku dah panas. Pagi-pagi lagi mereka dah bikin aku marah. Aku rasa hilang pertimbangan lalu keluar dari premis catan 06 itu.
B cuba mencari aku di bilik pensyarah. Aku beri amaran dan jangan buat lagi. Dia cuba lagi nak explain. Aku dah rimas dan cuba bagi dia jangan nak pusing keadaan. Sebab kau rasa alasan yang diberi tidak sejelas mata aku yang melihat insiden tadi. Lalu aku keluar minum bersama Chick dan Farif. Aku ingin cari kewarasan dan ketenangan.
Sehari selepas itu, terdapat surat layang. Berkeping-keping diatas meja meeting. Farif yang paling awal sampai pagi rabu itu ceritakan dia jumpa beberapa keping surat itu dan menjumpai banyak copy surat yang sama di studio catan 06. Apakah perkaitannya dengan kejadian semalam?
Isi surat layang itu mempersoalkan keberadaan pensyarah,katanya pensyarah cuma pandai beri teguran tetapi gagal menunjukkan contoh yang baik. Isinya ada tulis SEGELINTIR, SIAPA MAKAN CILI DIALAH TERASA PEDAS. Farif juga menambah surat layang itu dijumpai di kafe. Hebat bukan?
Jikalau benar dikatakan didalam surat itu, ku kira ada lagi saluran yang lebih baik berbanding cara ini. Sebut nama pensyarah itu dan beritahu dekan. Senang bukan? Dan saat aku menaip baris ayat disini, siasatan masih berjalan siapakah yang mengambil kesempatan ke atas insiden aku sergah budak tidur dalam studio dengan mereka satu surat layang lalu menyebarkannya keesokkan harinya.
Ironinya, tiada tindakan dan perjumpaan diadakan. Mereka masih bebas. Dan aku hanya menerima panggilan Prof Madya Ramlan Abdullah untuk men-verified-kan cerita dan meminta aku menulis laporan. Boss ?
No comments:
Post a Comment