Pada awalnya aku agak gugup berhadapan dengan pelajar. Pelajar juga tampak tidak yakin dengan peranan aku. Almaklumlah, aku ni jenis bukan banyak cakap. Bila bercakap pun bila perlu. Aku struggle dalam persiapan setiap kali mahu ke kelas. Malam pada hari sebelumnya aku banyak baca buku, supaya aku ada bahan untuk mengajar, malah aku tidak tidur membuat persediaan bila mengenangkan beberapa jam lagi aku nak berhadapan dengan pelajar-pelajar aku.
Kenapa aku jadi begini? Dalam masa 2 tahun sahaja,aku telah diberi kepercayaan untuk mengajar 05. Major dalam catan. Kelas 05 dan 06 aku kira kelas tahun akhir yang sebetulnya di ajar oleh orang yang lebih berpengalaman. Kelas peringkat tertinggi ini bukan sahaja perlu bagus dalam teknikal, tetapi harus tahu segala teori dan ilmuan lain. Berbalik kepada perkara tadi, kebolehpercayaan yang diberikan kepada aku itu sangat dihargai, dan setiap pengalaman itulah yang mendukung aku sehingga kini. Mana tidaknya, bebanan itu memaksa aku meminjam banyak buku di perpustakaan, mendorong aku ke kedai buku terpakai mahupun yang baru, menyebabkan aku extend pengajian M.A dua kali sampai tiada talian hayat dan menyebabkan hidup aku kucar-kacir buat beberapa waktu dek kerana penguruskan waktu antara mengajar dan belajar(ketika itu).
Aku suka mengajar. Lebih-lebih lagi jika suasana di dalam kelas tampak harmoni dan tiada konfrantasi. Pengalaman menjadi pelajar juga membantu aku. Setiap gerakgeri tanpa kata, tipu helah, semuanya dapat aku kesan. Pelajar yang baik dan kurang 'ajar' membawa keunikkan setiap kali kelas berlangsung.
Aku boleh mengariskan beberapa elemen penting untuk menjadi seorang pensyarah Jabatan Seni Halus yang bagus dan boleh membawa perubahan terhadap pelajar dan di dalam kelas
1. Mestilah sukakan ilmu (suka membaca)
2. Suka Bersembang (Berdiskusi)
3. Suka menghabiskan masa bersama pelajar (Pegi akademik trip, outdoor class, art talk)
4. Mampu melukis (Maklumlah mengajar Seni)
5. Suka berpameran (Kalau boleh 4 Pameran setahun)
6. Bersifat mesra dan tidak sombong.
7. Harus flesibel dengan beberapa keadaan, dan pandai mengurus masa.
8. Bagi pensyarah baru, harus menghormati yang lebih tua dan jika ada pendangan yang lebih baik, eloklah disuarakan dalam keadaan yang paling tenang dan tidak merujuk/menyerang kepada sebarang individu.
9. Mesti rajin berkerja dan tidak terlampau berkira ( tetapi kadangkala jika banyak sangat kerja diberikan, akan menyebabkan lesu dan melihat sahaja kawan seperingkat rileks dan tiada bebanan kerja. Adilkah?)
Bak kata Dr. Kemy, pensyarah hendaklah 3 tapak lebih kehadapan daripada pelajar, kalau tidak tidak ada bezanya pensyarah dan pelajar. Pelajar juga menilai pensyarah. Mereka tahu pensyarah yang mana berilmu, yang mana boleh dipercayai untuk dirujuk, malah tahu kedangkalan pemikiran mereka.
Pensyarah dapat lihat pelajar datang dan pergi. Apa yang pensyarah bekalkan, itulah yang bakal mereka bawa nanti bila keluar. Aku selalu berdoa dan terus berdoa agar ilmu yang diturunkan adalah benar dan membawa bekalan berguna buat (mereka)pelajar. Insyallah.