Thursday, August 30, 2007

Such a good moment to be malaysian...

Ada yg istimewa untuk hari merdeka kali ini. Kereta, van, motor ada yg sedang mengibarkan bendera di tengah2 jalanraya sekarang. Tak kurang juga menyidai jalur gemilang itu di tingkap2 studio dan di pintu bilik. Betapa bermaknanya bendera kita. Itu detik2 yg boleh kita lihat sepanjang tahun.Dan tahun ini warna wana pelbagai itu mewarnai hari sambutan kemerdekaan esok. apa yg istimewa kali ini..?
Ya, sudah semestinya istimewa kerana tiga gol menarik yg disumbatkan oleh wira2 kita di Stadium Shah Alam semalam. Kepantasan dan lorongan bola yg menarik antara faktor penyebab kemenangan bermakna itu. Sayangnya kejayaan itu hanya aku nikmati di Restoran Al-jennah berdekatan rumahku. Kelewatan juga aku pulang semalam dek kerja yg bertimpa ditambah pula masalah2 biasa. Seronok melihat mereka (penyokong) Malaysia memakai jalur kuning+hitam di stadium. Malangnya tidak sedondon dengan jersi kedua yg disarung oleh pemain negara. Jersi itu banyak memberi tuah barangkali.
Malam tadi ada sedikit keceriaan dan rasa bangga jadi rakyat malaysia. Terima Kasih pasukan bolasepak negara. Ada sedikit sinar harapan selepas tragedi Piala Asia tempohari.
Poster Zaquan dlm iklan Nike di kedai Al-Ikhlas nampaknya berbaloi juga. Baru nampak betapa layaknya dia bergaya di poster cetakan jenama sukan terkenal itu.
hehe
Memang benar kata En.Juhari Said.. Manusia perlukan tragedi untuk berkerja lebih keras dan bersungguh sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

Wednesday, August 29, 2007

IM BACK

Im back again...after i lost my passion to typing all what i feel inside. its all because of log in problem. i donno wut ta heck la blogger ni..but here i am...

Im Back!
Fresh new start....

Gambar di ambil kt Putra Heights. Indah sungguh panorama