Tiga hari aku berada di Chendering , Terengganu. Perginya aku disana bukan untuk suka suka, tapi kerana permintaan kerjaan aku yg memaksa aku kesana. Makanya, aku di arahkan menyediakan persediaan ruang pameran untuk Promosi Kilauan Tembaga 2006, di cawangan PKKM.
Yang menjadi uniknya outstation aku kali ni cara aku sampai ke sana. Mengikut perkiraan awal, aku akan naik MAS. Tapi tidak di izinkan oleh boss aku. Its ok. Aku bukan ralat sangat nak naik flight. Janji aku sampai. Alternative kedua aku adalah naik bas ekspress ke Kuala Terengganu. Malang lagi menimpa kerana tiket paling last pukul 9:30 mlm. Masakan aku mahu gamble nak beli, kerana 'presentation' aku paling lewat pun pukul 9:45 malam. Aku tak berani nak beli awal awal. So, aku pun let it go, bak kata avril lagvine.
Esok pagi pagi lagi aku dah ke opis. Aku pun gamble je dtg opis, dimana hari yg sepatutnya aku dah sampai,tp aku masih lagi berada di KL. Nasib aku baik kerana satu lagi trip bebudak Admin belom jalan. So aku pun follow si Azizi, Tgku Azrul dan Yana..
Nak di jadikan ceritalah, plan nak gerak pukul 10:00 pg, tp akhirnya gerak pukul 1:30 ptg. Hari jumaat lak tu. Aku ni tukang follow taktahu nak cakap apa. Ikut jele.. Janji aku sampai. Dalam kete,barula aku tahu diorang ni ok gak. ble masuk la ngan pale giler giler aku. Tp aku bataskan sedikit, maklumla, baru nak rapat takkan nak keluaq seme kan...
kira kira pukul 8:30 aku sampai ke offis cawangan Terengganu. Letih siut. Dahla seat cam batang kayu...sib baik bebudak dlm Pajero ok ok belaka. buat lawak selamba....