Wednesday, February 22, 2006

Cerita Tahun Baru. Bahagian 1


AKU di Stadium Merdeka
1 Januari 2006

Janji direka. Janji dikota. Sama – sama mengingat antara satu sama lain tentang titik pertemuan yang bakal menemukan tiga sahabat. AKU, yang lagaknya selayak protoganis dlm rekaan ceritera ini, bersungguh meredah dingin dan rintikkan hujan dengan motorsikal kesayangan. Dibelakangnya, Fyzal; cuba melindungi diri dari diterjah rintik rintik hujan dengan mengunakan susuk tubuh abangnya sebagai perisai. Hujan tidak menunjukkan mahu berhenti, malah renyai renyai itu bertukar menjadi lebat. Pandangan semakin terhad dek tembakkan butir butir air membasahi bumi. AKU meningkatkan tahap consciousness dlm tungganganku. Lebuhraya New Pantai Ekspressway menjadi pilihan menuju ke destinasi.
Setibanya disana, AKU lihat lautan manusia. Manusia yang rata rata remaja yang dahagakan muzik live. Kebanyakkan mereka rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini. Mereka datang dari segenap pelusuk Semenanjung, semata mata Mungkin Nanti dan Ada Apa Denganmu. Hujan yang menimpa tidak mampu menandingi kesetian mereka. Tidak kira pria mahupun gadis, sama sama bertekad mahu melihat dan berhibur dengan alunan muzik Peterpan malam nanti, walaupun hujan dari tadi memandikan bumi.
AKU mencari cari Sukhairi dan Diana. Dimanakah mereka didalam kepekatan lautan manusia yg memakai baju hitam? Apakah mereka juga sama seperti mereka? Serba hitam berseluar jeans berkasut Converse? Jangkaanku meleset sama sekali. Mereka melambai ke arah AKU dan Fyzal. AKU merapati mereka.
Ku lihat jam yang tersemat ditangan kiriku. Baru pukul 7 malam. Nampaknya Maghrib-Isyakku di dalam stadium. Suasana semakin sesak yang memaksa AKU dan lain lain mengambil keputusan untuk beratur memasuki stadium. Payung yang AKU pegang hanya dapat mengurangkan kuantiti air meresap ke liang liang baju dan jeans biruku. Basah tetap basah. Apabila semakin hampir dengan kaunter pemeriksa, semakin ramai org yg berasak rasak mahu masuk. Mereka seakan tiada kesedaran sivik. Alangkah baiknya kita beratur dari berebut - rebut seperti binatang yang kelaparan di dalam kandang. AKU terasa rimas dengan keadaan yang di alami ketika itu. Dia terpaksa mengunakan kekuatan jantannya memasuki pintu jeriji besi itu.
Selepas melepasinya, AKU melangkah dengan penuh harapan ke tengah padang. Padang basah, dan bertakung. Tampak jelas kuantiti air bakal merosakkan rumput standard di Stadium Merdeka.
Kawasan bagi tiket paling murah agak jauh benar dengan peletakkan pentas. AKU sedikit tidak puashati. Tambah pula pusat kawalan audio dan lampu berada di tengah tengah padang. Ini sebenarnya menyukarkan penonton yang berada di belakang. AKU menanti dengan sabar bila pagar sementara itu akan dirobohkan agar dapat melihat Peterpan lebih dekat.
Kelihatan susuk tubuh dibaluti pakaian serba hijau mengawasi pagar pemisah. Penonton yang termasuk aku sudah hilang sabar. Nyanyian Gerhana Ska Cinta dan Pretty Ugly tidak dapat meredakan obses penonton terhadap Peterpan yang tidak kunjung tiba. Tiba tiba kedengaran petikkan gitar yang seakan pernah dengar sebelum ini. Ya, itulah Peterpan. Mereka sudah muncul.
Penonton mula bernafsu untuk tampil lebih dekat. Mereka mula menyuarakan rasa tidak puashati kepada pegawai RELA yang bertugas. Ada yang di tengking pegawai itu pabila keadaan seakan tidak terkawal. Aku tersengih melihat kedangkalan pemikiran penonton dari seberang itu. Mereka mengomel dalam bahasa jawa. Mereka begitu fanatik. Akhirnya mereka merempuh pagar itu. AKU pun turut sama merempuh. Bodoh punya penganjur. Patut ke letakkan kawasan tiket RM45 di belakang kawalan audio? Patutkah?
Muzik kebanggaan Peterpan bergema sepelusuk stadium. Hinggar binggar jadinya. Penonton turut menyanyi bersama. Ariel tidak banyak masalah malam itu. Kekuatan vokalnya memang tidak dapat dinafikan. Dialah penyelamat persembahan malam itu. Nyata dia lebih menonjol dari yang lain. Kehadiran Joe Flizow dan Ahli Fikir menggamatkan suasana. Mereka melakukan rapping untuk lagu KuKatakan Dengan Indah. Liriknya diambil dari Dua Dunia, dimana emosi dan penceritaan kedua-dua lagu itu menggambarkan kekecewaan seorang pria ditinggalkan gadis.
“Kau hancurkan hatiku,
hancurkan lagi,
Kau hancurkan hatiku,
Tuk melihatmu…
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku

Tuk melihatmu…”
Jujur benar too phat dalam aktiviti keseniannya. Apa yang telah terjadi, dijadikan suatu tanda, dimana tanda itu mengingatkan individu itu tentang apa yang elah berlaku pada suatu suatu masa.
Harap ianya tersemat dalam niatku jua..