Hidup ini satu penggembaraan yang mengujakan, cuma tambahkan senyuman dan keikhlasan.
Monday, March 28, 2005
Letter for Eveleen
Saturday, March 26, 2005
Slip Eye's
Aha... tersenyum simpul aku tengok cite ni...2 thumbs up brader! Congrate Jasmin! Really feel the Malaysian soul inside...
Sepet. Cerita melayu yang nak sangat aku tengok sejak dia ditayangkan dulu. Dah nak dekat sebulan rasanya dia bertahan. Minggu lepas keluar paper tentang filem ni dan kemenangannya dlm Festival Filem kt German kalau tak silap aku. Dan aku dengo2 sejak tu Sepet semakin mendapat perhatian. Well, although this Indie film dont make up a really popular stuff among malaysian, the prestigious awards insteads comes from abroad. Congrate' Sepet crew! Tapi apakan daya, kerja kerja sekolah yg bertimbun timbun dan kerja opis yg tak pernah nak abis memaksa aku pending hajat aku nak tengok. Baju - bajan aku pun tak sempat nak sental. Maka, aku pi hantar mesin kt Kedai DOBI amik alih tugas tu.. Terpaksa wei, badan ni bangsa nak kene ditekan2 dan diurut urut dah.. penat siut.
Sepatutnya aku dan budak2 opis pergi beramai ramai tengok cerita ini semalam(jumaat). Ramai juga yg register kt kertas yg ditampal di daun pintu opis. Nama aku nombor dua daripada senarai nama yg nak pergi tengok, menunjukkan betapa interestednya aku nak pi layan. Tapi hajat tu tak kesampaian. Tukang booking cakap takleh nak booke online. Kene gi beli sendiri. Nak pegi lak jauh lak tu, Middvalley. Cinema kt Summit tade lak tayang. Cuma beberapa pawagam je tayang cerita ni. Kasihankan? Sukarnya filem bermutu seperti ini mencuri hari rakyat Malaysia yg terlalu terpesona dengan fantasi Yusof Haslam dan Razak Mohidden. Bukan nak mengutuklah, tapi itulah kenyataannya.
Solutionnya? Senang ajek...
Ostad(Azahari) yg dah beli VCD original Sepet ni meng-Share-kan file VCD itu. Maka, kami pun 'ramai-ramai' tengok kat opis. Jadile labu... nak tunggu lain kali taktau bila pula nak tengok. Pasni aku mesti carik VCD dia. Buat koleksi. Aritu menyesal lak tak beli Spinning Gasing. Sifatnya sama seperti Sepet. Kita dapat feel ke-Malaysian-nya. Tidak hipokrit dengan penggantian fantasi - fantasi bertentang dengan logik akal. Langsung tak pijak tanah, laksana terawang - awangan di awan; tunggu masa saja nak tersembam jatuh.
Sepet, dilakarkan dengan sepenuh kejujuran... Ya, jujur itu element yg paling penting pada hemat aku. Ditambah pula dengan shot2 yg mengagumkan aku. Sangat sangat teruja aku dibuatnya. Tentu siapa2 yg faham art stuff tentu setuju. Sepet had the original accidentally scene in my life too.... and maybe in your experience. Adois, Gracias.
- mate aku Sepet gak cam Jason AKA Ah Loong....tehehe