Thursday, May 08, 2008

Orang Halus? Bomoh? Org Seni?

Dahulu, pernah seorang teman aku di kampung bertanya ''Kursus apa ko amik kt ITM?''
'Seni Halus'' jawabku ringkas.
''Ko jadi bomoh ke ape, deal ngan org org halus eh?'' si Polan menambah..
Aku terkedu.. adalah sesuatu yg baru dan ANEH bagi latihan/jurusan menjadi seorang pelukis dimatanya jika nak dibandingkan dengan kursus jadi doktor atau jurutera.
''aku melukis. diatas kanvas.melukis objek2 yg aku suka tp ada makna punya..'' aku cuba menerangkannya dlm bahasa yg lebih mudah.
tp itu dahulu. Mungkin kini mereka sudah faham sedikit barangkali. Kursus aku yg di anggap ilmu perbomohan itu tidak lagi salah dari segi interpretasi. Senyum sendiri jadinya.
Beberapa hari lagi Hari Penilaian Ijazah bagi pelajar Seni Halus akan berlangsung. Penilai dari luar bakal datang. Bagus juga mereka ada. Persepsi dari institusi dari dunia yg lain amat penting. Pak Asmudjo dan Dr. Lenny bakal datang. mereka hadir dari dua benua yg berbeda. Asmudjo dari Institut Teknologi Bandung, dan Dr. Lenny dari United States.
Artwork pelajar aku kali ini bagus dari yg lepas. Ada sesuatu yg boleh kami banggakan disini. Ada juga yg bisa kita jadikan iktibar. Maklumlah, dlm proses pembelajaran pasti ada try and error.
Aku jangkakan pasti ramai yg boleh jadi artis untuk batch kali ini melihatkan potensi dan pendedahan yg telah mereka dapat secara formal ataupun tidak. Jika nak di bandingkan dengan zaman aku, memang jauh benar senarionya. Kini galeri tumbuh bagai cendawan. Lukisan atau lebih general,karya bersifat seni semakin mendapat tempat dikalangan collector. Mereka sgt beruntung.
So, jgn lepaskan peluang ini, kerana kamu - pelajar Seni Halus harus bangga apa yg kamu ada. Begitu juga aku,kerana masih ada kesempatan untuk aku bernafas dlm kelompok org org yg punyai minat yg sama, dan punyai cita cita yg sama....
Seni untuk semua...
Ya, banyak rintahan onak berduri menanti kita, tp kita harus percaya apa yg kita mahu. kita bukan mahu jadi kaya,tp kita bergerak dlm keadaan melakukan kerja kerja yg kita suka - membuat objek objek seni dalam bentuk 2d atau 3d..
Terserah anda, kamu dah berkorban 4-5 tahun di jabatan ini, melukis, mencanai, mengecat, mencetak. Takkan bila keluar nanti TAK praktik kan apa yg kita buat kan?
Fikir fikirkan lah..

2 comments:

caterina chalis said...

org seni.....my auntie...orgnye seni la jugak kot...well...dia pun minat projek 238 tu....do u have one???? my auntie xder...but she looking for it...well..kalau u ade, or ade sources,,,share pls...wanna gift her that book...also wanna find out, crite ape projek 238 tu

Fared Raihan Ahmad said...

hey.. aku pun dah lama tak buka blog aku sendiri. lalu aku terbaca post kamu. Buku itu aku pun tiada. Cuma still menjadi pujaan aku sampai ke harini. Secara ringkas bagaimana seorang anak melayu ini menjadi perisik. ala ala james bond la.. Last aku pegang buku tu pada 1994..