Friday, January 26, 2007

Ade ade sajelah labu...

Untuk pengetahuan Toh Puan/YB/Encik/Cik/Puan, saya dah tulis pos ni kedua kalinya. Tadi dah terpadam dek kerana alasan yang tah ape ape ntah oleh komputer ni. Hampeh.
Bolasepak
Dan tiga kali aku tonton pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia main mase tournoment piala Asean yang sedang berlangsung ni. Main tak pernah nak menghiburkan. Hanya sesekali hati melonjakkan perasaan aku bila bola tu menuju pantas kearah pintu gol lawan dengan hantaran tah ape ape. Long shot. Sebab pe ko tau jadi skill camni? Sebab pemain Mesia tak larat nak lari.Lari takpernah laju. Nak harap Indra Putra lak injured. Hairuddin lak tunggu bola singgah kt kepala dia je. Ish ish ish.. aku ingat nak buat kelas tambahan ar untuk la untuk player mesia lari laju sket. Lagi satu, pemain mesia kali ni cam bersemangat baru ngan baju ade calit mahal berjenama Nike. Belang2 kuning hitam. Memeang nampak garang la. Cam rase nak beli pun ade. Tapi nak letak nama siapa eh? Erk... Cristiano Ronaldo?
Induction Jan 2007
Heh, acara ini sering menarik perhatian ramai umat2 fine art yang dok syok jumpa junior2 baru. Banyak la moto2 cabuk tersadai kat kai lima fine art. Kalu hari hari kan bagus. Ni bila mase nak dekat asesment je penuh.
Ramai juga yang terdiri daripada lepasan ijazah dua-tiga semester lepas. Cam gathering spot la pulak. Sesi ini jika wujud nama sopannya berbunyi Hari suai-kenal. Pelajar yang dari lepasan diploma dari cawangan UITM Negeri dan pelajar baru STPM bergabung dan membentuk gagasan pelajar junior. Mereka akan dilayan 'bagaikan putera - puteri di kayangan'. Setiap dari mereka akan dibelek belek, dikupas, dicanai canai dan disuntik aura kehalusan dan elemen elemen budaya disini. Pasti ada bintang yang bakal menyinar di antara mereka. Dan yang ade pesona bintang tu pasti pas ni ramai yang dok himpit. Biasala. Mana mana pun camtu. Aku dan dua org rakan hanya sebagai pemerhati tindak tanduk senior, agar mereka lebih matang dan terkawal. Kami tak campur. Just enjoy the show! Ahahaha
Sesi Kritik
Adapun ketika mereka para senior meladeni adik2 mereka, pada waktu yang formal pula, mereka berhempas pulas menangkis bom bom atom dan pelancar bom jarak dekat dari pensyarah pensyarah yang berpengalaman. Mereka akan ditegur dan nasihati mengenai cadangan cadangan pengkaryaan mereka. Antara filter yang paling digemari oleh mereka adalah Dr. Leman. He's a legend. Ahahaahaha. Dia bagaikan penangkis kotoran dan bendasing yang paling mujarab. Unique creature actually.... ehehehe

No comments: