Wednesday, November 09, 2005

RaYEeee

Raya wei..
Tahun ini aku sekeluarga menyambutnya secara sederhana. Yg uniknya, kali ini aku tak berhari raya di Lenggeng, Negeri Sembilan. Okla tu, Tetiap tahun first Hari Raya mesti kat sana. Tapi kali ini kami beraya di tempat dimana aku dibesarkan, iaitu di Raub. Mana lagi.. Raya tahun ini cukup sekadar menampakkan kesediaan menyambut hari kemenangan kepada mereka mereka yg tabah dan sabar mengharungi puasa itu. Baju raya aku beli selai je tahun ni dan sepasang kasut yg aku nak gasak habis habisan. Nak blanje sakan tahun ni tak berapa nak bolehla memandangkan kemampuan aku tak berapa nak mampu nak tampung nafsu keduniaan aku ni. Tapi yg paling aku sesal adalah kerana aku tak pergi sembahyang Raya. Tak sempat nak takbir 7 kali itu. Baru je nak kuar bilik adik aku dah sound -org dah start sembahyang. Dengar je camtu aku dengan slamberkodok pi meja makan trus makan nasi himpit yg sudah tersedia. Burrrrrr. Time tu jugak aku dan realize aku dah ble makan anytime n anywhere
Hari pertama di hari raya ni cambiaso lah, kene la melawat sanak dan saudara aku di Dong, Raub. Nak jumpa hari biasa mmg susahla. Elok beno le Hari Raya ni kene gayanya terjalin kembali kemesraan sedarah itu. Pentingnya Raya ke rumah sedare-mare ni, sebab kekadang sepupu kita yg sedang grow tu bleh berubah. Tahun ni tinggi meja, tahun depannya dah ble tengok cermin kt dinding. Dulu pakai spek tebal lapan inci, Raya ni dah pakai spek ala-ala alternative singer dengan rambut terpacaknya. Yg lelain tu biasala, update kan dengan urusan harian masing masing. Tak kurang juga session up diri sendiri dan session mengumpat. Aku dengo jele. Typical malay culture right?
Hari raya kedua aku dah start melilau. Cari member sana sini. SMS Raya takyah ceritala.. Aku rasa nak dekat 30 SMS aje greeting Hari Raya.. Kebanyakkan pakai pantun dosen tu…benci lak aku baca. Tp ade masenya boleh ketawa gak baca pantun lapan kerat tu. Kebanyakkannya aku dah delete. Sebabnya mudah, kerana hp + sim card aku pakai jenis negara ketiga pun tak sangup nak pakai.. Mana boleh simpan banyak-banyak. Paling banyak pun 8 SMS je. Sedihkan bunyinya? Aku rase tahun ni paling banyak aku terima..Dan sementara itu, kad raya aku hanya dapat satu je. Sedis gak. Raya tetiap tahun aku dapat paling bangsat pun 8 keping. Its ok. At least ade gak org ingatkan aku.
Masa nak mula beraya ni, aku memang paling utama aku cari dulu la kan klik yg rapat ngan aku. Tanpa mereka apalah ertinya Hari Raya., dan begitu jualah sebaliknya. Tapi kali ni gathering mmg lain dari yg lain. UNIK skit..Semacam Reunion budak-budak SPM’97, di mana menyatukan beberapa klik masa aku blajo dulu. Kalu dulu si A anti kat si B, skang ni leh pulak A sama B makan sama-sama sambil gelak tawa bercampur gaul. Harmony? Ya, I can tell that, plus Havoc, man! Mereka telah saling tukar nombor telefon dimana nombor mereka tu bertukar setiap tahun. Tukar nombor telefon je, nak call? Hmmmpp haramm. Lagi la kalau yg saling tukar tu jantan sama jantan. Kalu Kuntum tukar nombor sama Kumbang memang malam tu jugak dah start networking…..
Kawan kawan aku kebanyakkannya aku nampak dah start their future career. Kebanyakkannya kerja seme dah nak stabil. Ada juga yang baru masuk keje tempat baru cam aku. Ade gak yg berenti keje dekat2 nak Raya. Katanya kerja ngan Taukeh India. Duit mileage kasi RM100 je sebulan. Kawan tu pakai Putra 1.8 maa... Mana cukup.
Ada diantara kawan-kawan aku ni bercouple. Ade juga segelintir yg dah prepare nak berumah tangga. Ada juga antara kami ada yg saling meminati. Normal right? Ada yg dah bertunang. Ada yg hendak bertunang. Ada juga yg baru je plan nak hanto merisik. Dan tak kurang juga ade yg baru nak masuk jarum.. Ha, salah satu soalan FAQ mase ni – Bila Lagi? Soalan ni feveret kene kt aku. Siut tul.
Kawan-kawan aku yg mana rezeki murah tu ble la kita tengok dengan membawa kereta baru dan 2nd hand itu memunggah kawan-kawan yg kurang rezeki ni. Nasib baik ade diorang, kalu tak susah gak nak gerak sana dan ke mari. Handset diorang ni pulak tade lagi yg skrin hitam kuning. Seme dah color 1 million dan ade kamera paling kurang 1.3 megapixel. Dari segi fizikal pula, intipati keremajaan semakin pudar dan wajah-wajah kedewasaan mengambil alih dan tanda-tanda kegersangan pula timbul. Ada yg makin kurus, ada yg maintain dan ade juga yg berisi dah sikit. Mengandung dua minggu. Tehehe…
Secara keseluruhannya, Hari Raya tahun ni memang happening tanpa Acu. Acu ni ala ala badut la juga. Penghibur..Penglipur lara…Sahabat rapat aku ni. Raya pertama dah balik ke Kuantan. Katanya kene kerja. Taktahula pulak kerja apa.
Apa pun semua destinasi beraya aku dan kawan kawan sampai dengan jayanya dan tiada satu pun kemalangan jiwa dilaporkan. (Ini bermakna budak budak ni berintelek aja dong..seme ada lesen asli, bukan beli.)Terima kasih kepada mereka yg sudi terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga buat cik Azuan kerana sudi menumpangkan aku. Tahun depan kita jumpa lagi.

3 comments:

Anonymous said...

en.farid, meriah jugak awak beraya ye. tumpang seronok plak saya baca citer raya awak. ehe. FAQ tu (yg bermula dengan perkataan BILA) tak dapek nak elak sampailah dah ada anak cucu..maka kenalah memikirkan jawapan-jawapan yang bijak untuk mematahkan soalan seterusnya. hehehe.

hmm, update stories dengan kengkawan lama. pergh, memang best teramat. apapun, slmt kembali bekerja ya!

/zrl/

Abah Adrian said...

slmt raya... gue gemar baca loh punya tulisan... best.... :) tulus, ikhlas dan jujur...

Anonymous said...

ko kalau dah tulis sikit punya panjang. kalau tak tulis tu berbulan2 sepi aje.. hmm apa2 hal pun kalau dah balik ke shah alam ni datang lah umah aku. boleh la makan saki baki kerepak dan kekacang + air sirap (sebab air botol yang aku beli tu dah abis dah..)