Thursday, July 21, 2005

Berbalas pantun

MAri berpantun .Yang ni dari DBP...

Ada satu anak Mengkabau,
Cari makan di kebun Cina;
Sudah runtuh gunung Rembau,
Gunung Ledang ada gantinya
...........
Ada rumah tidak berpintu,
Ada pintu tidak bertingkap;
Rimau garang memang begitu,
Mengaum saja tidak menangkap.

Yang ni Aku punya..

Hitam pekat si pendekar Bajau,
Terasa terik mentari cerah,
Jangan menyakat, jangan bergurau,
Bila Bergurau dia yg marah.
......
Terima hadiah bikin terharu,
Tangan yg menghulur berlalu pergi,
Dunia baru,Teman pun baru,
Alamak rindui mendonlod lagi.
......
Duduk bersimpuh kala berfikir,
Gigi air nampak terhakis,
Purnama ini purnama terakhir,
Tinggal bekas dan kisah manis.
......
Syiling di kumpul berdikit dikit,
Dek kerana Wira idaman kalbu,
Pemengang AP menadah duit,
Rakyat melarat buat tak tahu.
......
YAhudi suruh, Bush kata ya!,
Bijak Bush main kata kata,
London meletup simpati sedunia,
Iraq di cabuli tutup sebelah mata.

10 comments:

Anonymous said...

hisap rokok tembakau cina
keluar asap berbunga-bunga
sambil bercuti di hari sabtu
hari minggu pulak lepak aje
hari isnin baru keja balik..
itupun tido aje nanti..
(pantun 6 kerat)

ewwahh..!! cak pung.. cak pung

Maya said...

i x reti pantun la farid.. 2 3 kucing berlari tu tau la...
anyway.. nice pantuns u have there.

Fared Raihan Ahmad said...

Tehehe... maya , u can hav a try. fun betul dpt bepantun skali skala..

Fared Raihan Ahmad said...

Cik Hafizul di reti berpantun ke tidak?

Akakakak

Anonymous said...

quote:
__________________________________
Terima hadiah bikin terharu,
Tangan yg menghulur berlalu pergi,
Dunia baru,Teman pun baru,
Alamak rindui mendonlod lagi
___________________________________

dunia ini ramai manusia
nak kenal semua kepala tergaru
apa makna apa rahsia
mahu berpindah ke dunia baru?

Anonymous said...

pantun kat atas tu khas buat orang yang bakal kerja gomen...

slamat bercuti di hari sabtu..!

Fared Raihan Ahmad said...

alamak.. skali ade cik Wirna kasi soalan dlm pantun ar... camner nak jawab ni.. ah, bedal la...


Angkat senapang hajat berburu,
Pergi ke Hutan Belom naik Honda City,
Dunia baru , Tempat keje pun baru,
Harap meningkat Prestasi dan Kreativiti.

Anonymous said...

"apa barang naik honda city,
campak aje dlm perigi,
bile kije tmpat baru nanti,
jgn lupa org disini.."

hahhaahah...

Anonymous said...

ooooo sonyap2...bila nak berangkat ke dunia baru? nih nak kena open table cito nih...ngeh ngeh ngeh..

Anonymous said...

kanan kiri kanan kiri,
yang mana satu pilihan hati,
biarkan semangat membakar diri,
untuk seni yang dicintai,

hehe, okay la tu eh? bertahun dah tak berpantun. =)

[ zuril ]