Last filem aku dok tengok dua tiga menjak ni seme art movie. er..ble la kut aku klasifikasikan sebagai art movie, sbb citer tu kene pikir2 pehtu lak ngan dia punya shot2 yg menggagumkan. Pehtu dialog cam makan dalam je..Aku sbg student art mmg la ble appreciate hasil kerja seni sebegini, tapi boleh ker org biasa? aku taklah cakap aku ni org luar biasa, cuma mahu membezakan org2 yg memahami seni atu yg tidak memahaminya.
Hmm.. kawan kawan(org biasa) akan cakap - 'biase je filem ni..' 'apa yg bestnyer fared oi?' 'aku tak paham la...' "Lepas dia kene langgar sapa yg angkat tipon ek? voice mail ke?" "boring le filem tu.." Ni la antara dialoq yg biasa aku dapatla.. Eeeee nak je aku luku pale seko2... tehehe Aku tidaklah salahkan diorang, tp salah siapa ya? salah cikgu guru lukisan tingkatan lima ker? sbb guru tingkatan lima ni ajo memain je seni ni... ish ish..
Baru baru ni aku berkesempatan nonton filem indon - Mengejar Matahari. Cerita ini di arahkan oleh Rudi Soedjarwo tu.. pengarahnya Tentang Dia. Aku kagum siut. Ceritanya simple. kisah 4 org sahabat yg bersahabat dari kecil hingga dewasa sehinggalah terjadi satu peristiwa yg memisahkan mereka. Lokasinya tak lawo. Lokasi kt rumah flat murah. Penuh dengan kesesakkan. Terus terang jele cakap. Tp kebijaksanaan kameraman ni la, kawasan tu jadi cun.. Tak caya.. pi la carik kt kodai.. cerita yg penuh simbolis, jujur dan ringkas. Bukan nak mendewa2 kan karya seberang, tp itulah hakikatnya, mereka lebih bagus dari kita. See?
Million Dollar Baby (omputih) dan 2046 (chinese movie) adalah yg menuruti selepas itu. Kalu korang sekepala ngan aku ni aku suggestla ketiga2 filem ni. Baguih tuk pemikiran.. Memang tak rugi la nonton. ..jangan dok tengok Erra ngan Yusri je.... Wakakaka. Upssss jgn marah ek peminat erra yusri...
11 comments:
meh pinjam cd indon tu bleh? :D
aku suka komen ko ayumagic....
mmg benar.. kata 2 anda..
kekadang pun bila member aku bawak cD erra-yusri ni, aku layan gak... layan jele...
janji tak beli..
akakakakaka
heh.. topik filem la pulak. Hmm.. interesting.. tapi bab yusri dan era tu aku suka nak komen.. aku rasakan yang diorang tu pelakon yang bagus.. cuma kekadang tu jalan cerite filem yang tak best, bukan pelakonnya. So kalau nak salahkan yusri pun takleh gak. Kena salahkan Dato' Yusof atau Prof. la nampaknye.. heh.. ada berani..??
huii kuang ajaq ko ayu...
ni satu penghenaann ni..
tapi apapun .. aku sokong jele..
akakaaka 5 tengkat... lapan tengkat seme usop ngan mamak tu leh sediakan.. ko cakap je.. nak pangkat jeneral pun leh kalu ko nak.. akakaka
tp ada betulnya si hafizul(koboi) di cakap.. fasal jalan cerita... tapi aku tengok felem tajuk ape tha yg jadi anak derhaka tu yusri cam hampeh je.. dia ni jadi playboy ble ar.. erra lak jadi pompuan jalang..huiii slamber dia bercengkerama ngan Farid Kamil..Er bukan aku tau.. yg pelakon 7 Perhentian tu... huii kemain lagi romen...
aper kes nih korang nih..
kalau dah minat tuh..memacamla kan.. kuikuikui..
*biarla prof iteww dgn labu-labunya*
Buat ape nak berbalah pasal yusri ngan era.. pasal dato yusuf ngan prof. Pasal filem indon ngan tempatan. Senang cite selepas filem zaman Jalan Ampas kite dah kehilangan sesuatu dalam industri filem. tak taula kenapa.. bukan tak support.. tiap kali kuar filem tempatan baru, aku pegi tgk (walaupun kekadang tu terpaksa - ikut awek)tapi selalunye aku keluar dengan perasaan menyampah yang amat sangat.. kalau cinematography bagus, jalan cite tak bagus. Macam2 hal.. baik balik umah bukak channel 52 layan cite 'deep jungle' tgk orang jejak orang utan.. lagi best.. heh
mengejar matahari? ada jual eh, VCD citer tu.teringin jugak nak tgk.mesti hasilnya baik macam Tentang Dia & AADC, kan.
[ zuril ]
Aku setuju dengan hafizulidham. Macam ada satu cerita tu.. tajuk ape tah.. Mistik kot. Astaga... Rasa nak mencarut pun ada lepas tengok citer tu... aku ngan housemates aku punyala beriya-iya tengok citer tu, tutup lampu la, tengok jam doblas malam la.. supaya efek seram tu lebih sikit la konon... bila dah tengok, aku rasa hantu pun terkejut dengar pelakon2 cerita tu menjerit. lelebey sangat...
er.. cik Zuril... hi..
felem tu kawan saya belikan kt Jakarta.. kt sini ade kot.. try la usha.
hui punya besemangat para panel2 kita. kata2 anda mmg ade kebenarannya. Tp yg buat aku bengang, kemunculan selebriti popular ni sebenarnya telah mengajar penonton agar lebih memberi perhatian pada mereka, dan nasib pelakon filem atau drama dah ade saingan walaupun si pofuler takleh hebat pun lakonan mereka. Trima jele tawaran wei, duit tu... sapa taknak kan...
apa pun, kita minum dulu!!!
aku ketinggalan nampaknya nih. ada topik hangat-hangat goreng pisang rupanya di sini.
skrip aku dah siap ni. nak kasi kat siapa arr soh buatkan filem? skrip bagus ni! nantikan...
Post a Comment