Thursday, August 18, 2005

mMengenal kawan.

Manusia sememangnya dijadikan berbeza beza. Manusia itu adalah kita, kita yg berlainan latar belakang, mengharungi laluanhidup untuk kehendak sendiri dan mencari apa apa yg perlu demi mencari kesempurnaan. Itulah uniknya kewujudan mahkluk yg diutuskan oleh Allah S.W.T menjaga alam bumi ini. Bumi yang dikatakan sfera ini dipecahkan kepada beberapa benua. bumi yg aku pijak sekarangdi dalam rangkum benua Asia. Benua yg dahulunya cukup kuat dengan adat ketimuran yg sopan santun dan berlapis - lapis dimana emosi sebenar di lapisan terakhir. Sekarang nilai nilai seumpama itu masih ada, terlekat di setiap jiwapara penduduk Malaysia yg memegang paspot biru. Tapi unsur unsur itu mengira hari untuk pupus. Bak spesis Paus dan Harimau Malaya yang diburu oleh revolusiperubahan bumi dan kerakusan manusia demi kepentingan kepentingan berbau peribadi.
Apa yang berada di dalam kepala aku sekarang adalah tentang orang orang yg berada disekelilingku. Orang orang yg menemani aku setiap rutin hidupku, dan kadangkala dapat jua berjumpa dengan individu individu baru atas urusan rasmi atau hasil dari pemerhatian di tempat2 yang menjadi tumpuan ramai. Setiap individu punyai karektor tersendiriyang bakal mengingatkan kita tentangnya. Tentang buah bicaranya, penampilannya, tindakannya, perkara yg jadi kebiasaannya dan mungkin juatentang kebaikan dan keburukannya. Elemen - elemen seperti yg disebut tadi adalah umpama platform yang didirikan sebagai galang ganti simbolsimbol arahan papan tanda tertera di jalanraya. Setiap simbol di reka berlainan rekaan dan warna, yg membedakan setiap arahan dan amaran.Makanya setiap tanda itu haruslah kita kenali dan fahami, kerana andainya salah perhitungan, kemalangan atau kecelakaan menanti. Parut yang terhasil dek kepedihan di siku dan lututitu tidak bisa hilang dalam masa yg singkat. Oleh kerana itu, dalam menangani permasalahan ini memerlukan kematangan dalam mengatur setiap keputusan. Kita perlu hati hati. Toleh kiri dan kanan. Ada masanya cermin sisi juga berguna untuk itu dan juga menimba kejadian-kejadian lampau sebagai iktibar.
Secara tiba2 je aku teringat episod pindah rumah dari jalan kangkung ke Putra Height...
0212 pagi/Khamis,18 Ogos 2005/Studio.

Tuesday, August 09, 2005

Sepetang di dua titik...

Sabtu lepas aku menerima jemputan majlis perkahwinan Arni dan Nazri. MAjlis dilangsungkan di Dewan besar Majlis Perbadaran Nilai. Sonap sonyap yo nikah.. Tehehe. Cantik Arni pada hari yang bersejarah tu. Nazri pun cam sultan lak. Nazri AKA B-K pulak show off main gitar. Giler babas gempak. Sebelum nak sampai kt Mantin tu punyala perut aku dah nyanyi lapan puluh lagu aku ingat. Lapar bangat sih...
Perjalanan pulang pula kami ditimpa musibah kecelakaan. Bukan aku, tapi kereta Sukri. Keretanya di rempuh penunggang motosikal. Kasihan lak aku tengok Sukri. Tapi nasib baik ade Cik Dzul, Afzan +Ustadz. Kalu tak mau begaduh lak si Sukri ngan Macha yg tercampak kt pagar dawai rumah makcik kek topi jalan tu. Macha tu macam nak makan Sukri je mase dia bangun dari tersembam dari tanah. Aku pun tak pasti siapa yang salah. Hanya mangsa dan Pemangsa jela tahu... Wa allahu alam...
Hari tu tak habis disitu aja. Aku, Dzul dan Afzan secara spontannya setuju pegi KL Convention Centre. Memang banyak gak tokeh2 komputer pamer barang terkini masing 2 dengan harga yang boleh tahan la. Duit aku je taktahan... Ingatkan pergi sana boleh tengok gadget komputer aja, tapi aku sempat juga tengok adegan kejar mengejar. Cam dalam Gerak Khas la pulak. Seorang budak pakai baju oren dikejar pegawai keselamatan disitu. Aku taktahu lak dia curi apa. Tapi intuisi aku berkata dia ni pencopet. Si pencopet ni pun bengong gak. Dah tau nak mencuri pakai baju oren. Pakai la baju biasa2 dah le. Baju hitam ke..putih ke. Kelam kelibut punya modus operandi. budus....
Bila dan kene cekup, si pencopet ni di kelilingi ramai orang lah. Mase dia berlari keluar dari premis tu, ramai yang nampak, tp tak tolong kejar pun. Seme cam blur.. Taktahu nak buat pe. Cam aku la. Akhirnya mamat ni terpaksa la tebalkan muka 18 inci.. siap Leader Pakguard tu tangkap gambo dia buat jadikan bukti. Hmm nasib ko la mat.. pikiran cetek bangat.

Tuesday, August 02, 2005

Shift my Future

Its been a while im not frequently to visit here. For all who notice bout my resignation last week, known im currently not have a really had a chance to stick to the internet connection. Now I'm working at Kuala Lumpur. For the first time, I woke up in da early morning, by 545 a.m, seeing my housemate still surfing in da their dream. Almost my routine, had change obviously. i left my house withot saw a sun light. Only my motorbicyle front light guide to my destination. But one things I know that, there is some good thing come out after this. Im a trying harder to be punctual.. Late means that there is a Red print at your punch card, and you will know what will happen then. This is not a private sector anymore. No more honeymoon time. I left it a side...
So do my studying. I hope no a problem come out deal with my lecturer class. Yes, my master-ji always give me a easy time. But i still not to take this advantages to let him down. Adios